Monday, 6 November 2017

Tempat Menarik di Cameron Highland

Tempat Menarik di Cameron Highland Untuk Dilawati

Tempat Menarik di Cameron Highland



Sebelum baca artikel ni, boleh juga baca dulu perkongsian percutian Mat Drat sebelum ni ke Cameron Highland


👉👉 Bercuti ke Cameron Highland 👈👈


Di sini juga Mat Drat share tempat-tempat menarik yang Mat Drat lawati dan juga tempat-tempat yang tak sempat disinggahi tapi dari pembacaan, ia juga menarik untuk di lawati.

Di entry ini, maklumat yang Mat Drat share lebih detail berbanding di perkongsian sebelum ni. 



1. LADANG TEH BOH SG PALAS

Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)

Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland


Ladang Teh BOH Sg Palas merupakan antara destinasi sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Cameron Highland. 

Ladang Teh BOH ni terletak di antara Brinchang dan Tringkap. Persimpangan ke Ladang teh ini lebih kurang 2 km dari Kea Farm, dan ia terletak di sebelah kiri. Perlu pandu perlahan untuk elak terlepas simpang. Nak senang  lagi gunakan sahaja WAZE atau Google Map (Drive).



Tips :

Aktiviti utama mereka yang datang kesini, adalah bergambar di ladang teh,  melawat kilang teh untuk lihat pemprosesan teh dan bersantai di cafe. 

Kena datang awal sebelum 11am untuk melihat bagaimana pemprosesan teh dilakukan. Mat Drat datang lewat,  pemprosesan dah tamat.

Perlu melalui jalan yang agak sempit dan sedikit berliku lebih kurang 1.5 km dari persimpangan jalan utama ke ladang teh ini. Jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana kereta keluar masuk menggunakan jalan yang sama.

Kalau kenderaan banyak (cuti sekolah atau public holiday), bersedia kena berhenti dan saling beri laluan.  

Parking kereta di tempat yang disediakan. Kemudian pelawat perlu menapak dan mendaki sedikit ke BOH Centre yang menempatkan tea shop,  cafe dan kilang. 

Bagi mereka yang membawa pelawat berumur atau berkerusi Road,  minta dengan pengawal untuk drop kan mereka di bahagian atas.  Tapi lepas tu driver kena turun park kereta semula di bawah. 



Harga minuman dan makanan di kafe sini boleh tahan juga, sesesuai dengan statusnya tempat tarikan pelancong. Tapi apa salahnya belanja lebih sekali sekala menikmati secawan teh di sini. 



Dan juga jangan lupa beli produk-produk teh di Tea Shop Centre untuk dijadikan buah tangan.




Bayaran Masuk : Percuma



Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)


Lokasi : 👉👉 Peta Ke Ladang Teh BOH



2. LADANG TEH CAMERON VALLEY (BHARAT TEA)



 

Ladang Teh Cameron Valley ini merupakan ladang teh ke dua terbesar selepas Ladang Teh Boh (Main Plantation). Ladang Teh Bharat ni dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India.

Ada dua lokasi iaitu Tea House 1 dan Tea House 2. Jarak diantara kedua-duanya lebih kurang  800 meter sahaja.

Jika jalan ke Ladang Teh Boh Sg Palas agak berselekoh, Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Tea) ini pula terletak di tepi jalan utama di Tanah Rata.

Untuk ke sini, cukup senang kerana ia terletak di tepi jalan utama dan signboardnya yang cukup jelas. Nak senang gunakan sahaja WAZE atau Google Map (Drive).


Tips :
Lokasinya di tepi jalan utama, jadi parking lot agak terhad. Tea House 2 lebih banyak lot parking berbandingTea House 1.

Selain melawat ladang teh, pengunjung boleh bersantai sambil minum teh di kafe yang disediakan. Harga masih dikira boleh diterima sesuai dengan ia sebagai destinasi pelancong.

Boleh la beli produk-produk teh di kedai di sini seperti teh perasa strawberry, perasa lemon dan pelbagai lagi produk tea untuk dijadikan buah tangan.

Kafe di Tea House 2 juga lebih besar berbandng Tea House 1. Selepas minum bolehlah turun ke ladang teh.


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Kilang di tutup pada Isnin tetapi)

Lokasi : Peta Ke Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Tea)

Website : http://www.bharattea.com.my/







3. LADANG TEH BOH (Main Plantation)

Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)

Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland




Ladang Teh BOH Centre (Main Plantation) yang terletak di Ringlet ini merupakan terbesar di Cameron Highland dan juga di Asia  Tenggara.

Kedudukannya ladang teh ini yang agak jauh kedalam (6km) dari jalan utama. dan pengunjung perlu berjalan kaki 

Persimpangan ke ladang teh ini terletak di jalan utama Ringlet - Tanah Rata. Jika dari Tanah Rata, ia terletak di sebelah kiri. Untuk elak terlepas simpang, gunakan WAZE atau Google Map (Drive).

Tips :
Pengunjung perlu melalui jalan yang agak sempit dan sedikit berliku lebih, jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana pengunjung memang ramai. Papan tanda mengingatkan pemandu supaya memandu berhati-hati dipacak sebagai peringatan.

Sama seperti Ladang Teh BOH Sg Palas dan Ladang Teh Cameron Valley, di sini juga terdapat kafe. Sambil minum teh bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh ini.

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)

4. STRAWBERRY FARM


Di Cameron Highland ni terdapat be berapa strawberry farm sama ada di Tanah Rata atau di Brinchang. 

Ada sesetengah Strawberry Farm, pemilik membenarkan kita petik sendiri strawberry. Cuma perlu bayar harga masuk dan kemudian strawberry yang dikutip akan ditimbang apabila keluar. Harga strawberry memang akan sedikit mahal kerana kita turut bayar "harga pengalaman dan keseronokan petik strawberry".

Nak makan strawberry banyak-banyak, jangan petik banyak-banyak di strawbery farm ye. Beli yang telah siap di petik sama ada di strawberry farm itu sendiri auatu di Pasar Malam Brinchang ataupun di Kea Farm Market.

Strawberry Farm di Cameron Highland agak banyak. Nak kata mana yang paling best tu susah jugak. Kebanyakkan lebih kurang sama dengan membenarkan pengunjung melawat ladang strawberry, sesetengahnya membenarkan pengunjung memetik strawberry (dengan bayaran) dan juga menjual produk berasaskan strawberry. 

Berikut beberapa strawberry farm di Cameron Highland beserta peta ke lokasi.

Lokasi Strawberry Farm : TANAH RATA



 KHM Strawberry & Jam 




 YZ Agro Farm & Cafe 





 Taman Agro Al-Mashoor 




Ketiga-tiga strawberry farm ini (KHM Strawberry Jem,   YZ Agro Farm dan Taman Agro Al-Mashoor) terletak di Kampung Taman Sedia atau dikenali juga sebagai Kampung Melayu Cameron Highland. Rasanya ini adalah starwberry farm milik bumiputera yang ada di Cameron Highland. 

(Jika ada maklumat tambahan, boleh la tinggalkan di ruang komen. Nanti Mat Drat update .TQ)

Lokasi Strawberry Farm : BRINCHANG


 Big Red Strawberry Farm 


  Kea Strawberry Farm 


  Raju's Hill Strawberry Farm 


  EQ Strawberry Farm 


Kasimanis Strawberry Farm 



Big Red Strawberry Farm yang terletak bersebelahan Cactus Valley dipekan Brinchang bagi Mat Drat antara yang terbesar di Cameron Highland ni. Parking luas dan banyak kedai-kedai di sini.

Di 'puncak' Brinchang pula, Kea Strawberry Farm, Raju Hill Strawberry Farm dan EQ Strawberry Farm masing-masing agak berdekatan antara satu sama lain.


Bayaran Masuk : Berbeza mengikut lokasi dan kebanyakkannya tidak mengenakan bayaran masuk. Bayaran hanya untuk memetik buah strawberry.

Waktu Operasi :  Kebanyakkan dibuka mulai jam 9 pagi



5. CACTUS FARM


Antara tempat tumpuan pengunjung di Cameron Highland adalah tempat menjual pokok-pokok kaktus.  Di Cameron Highland pokok-pokok kaktus hidup cukup subur. 

Pokok kaktus ni selain sensetif dengan cuaca, memang perlu jagaan sedikit. Tak boleh terlebih air waktu siram. Jadi nak selamat beli pokok kaktus yang agak besar. Cuma harga pokok kaktus ni, makin besar saiz dan usia, maka makin 'besar' harganya.

Antara tempat yang banyak koleksi pokok kaktus dan menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong :


Cactus Valley

  
Cactus Point 

   Arked Peladang  


Selain beli pokok kaktus tu di Cactus Valley, Arked Peladang atau Cactus Point, boleh juga beli di Kea Farm atau kedai-kedai tepi jalan. Cuma nak cari kaktus yang besar dan "rare" sikit, agak susah. Itu kena cai di 3 tempat di atas.

Selain kaktus, biasanya di turut dijual pokok-pokok bunga seperti orkid dan pokok-pokok hiasan lain. 


(Jika ada maklumat tambahan, boleh la tinggalkan di ruang komen. Nanti Mat Drat update .TQ)

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi :  Kebanyakkan dibuka mulai jam 9 pagi


6. PASAR MALAM

Ini antara tempat wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland. 

Pasar Malam Brinchang pada setiap malam minggu telah bertukar lokasi mulai awal 2017 hari tu. Lokasi terbaru terletak berhampiran Cameron Golden Hills Resort. Lokasi baru ni kira-kira 2km dari lokasi lama. Jika dari Brinchang kita perlu menghala ke Tanah Rata dan persimpangan ke tapak baru pasar malam terletak disebelah kanan. Bukan ditepi jalan utama lagi, jadi tidak akan nampak pasar malam ini kecuali kita masuk ke kawasan  Cameron Golden Hill.


Lokasi Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Pelbagai produk-produk Cameron Highland, boleh didapati di sini. Cuma jangan terbeli produk dari bawah yang dibawa naik sudah. 

Antara yang jangan dilepaskan adalah 
- Jagung 'mutiara' . Jagung Cameron ni memang manis rasanya. 
- Produk straberry. Selain buah strawberry jangan lupa beli juga strawberry yang telah dikeringkan, dan pastinya jem strawberry.
- Sayur-sayuran. Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, boleh juga beli sayuran segar di sini. Selain tu, di sini juga ada sayur yang digoreng tepung seperti cendawan dan bayam. Juga sedap untuk di makan panas-panas di c sini.
- Produk berasaskan lebah juga boleh di dapati di sini. Mungkin ada yang tak sempat ke bee farm, boleh sahaja beli di sini.

Nak cari hotel atau homestay berdekatan tapak pasar malam yang baru ni, boleh klik  
👉👉 Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru  👈👈


Bayaran Masuk : Semestinya Percuma

Waktu Operasi :  6 ptg sehingga  9 malam

Lokasi : 👉👉 PETA Lokasi Pasar Malam Baru Brinchang 







7. KEA MARKET 






Ni boleh dikatakan pasar yang wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland.

Dibuka setiap hari dan terdapat pelbagai barangan dan produk tempatan.



Kalau ada masa, berjalan la ke gerai-gerai di kawasan yang jauh ke dalam sedikit.


Sayur-sayuran segar, bunga  segar, kaktus, straberry memang murah di sini.



Sesuai disinggahi di hari terakhir sebab ikut pengalaman, pasti akan banyak sayuran dan strawberry yang dibeli. Jadi tidak lah kita menyimpan lama di Cameron Highland sebelum turun ke bawah kalau beli awal


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 8.00 am - 6.00 pm

Lokasi : 👉👉 PETA Lokasi KEA Farm



8. LAVENDER GARDEN 




Ini antara tarikan terbaru di Cameron Highland yang mulai dibuka pada tahun 2013. Ia terletak di antara Brinchang dan Tringkap.

Nak merasa bergambar dengan dikelilingi bunga-bunga lavender, boleh la datang ke sini, lepas tu berangan ala ala di ladang lavender di France atau Holland. 

Jangan lupa makan aiskrim perisa lavender dan beli souvenior dari lavender.


Bayaran Masuk : RM 8.00 (Dewasa) / RM 5.00 (Kanak-Kanak)


Waktu Operasi : 9.00am - 6.00pm (Isnin-Khamis) / 9.00am - 7.00pm (Jumaat - Ahad)

Lokasi :  👉👉 PETA Lokasi Lavender Garden

Website : http://cameronlavender.com/


9. TAMAN AGRO TECHNOLOGY MARDI 



Taman Agrotechnolgy Mardi ni terletak di Tanah Rata.

Taman ni dibahagikan kepada 4 taman iaitu iaitu English Garden, Herb Garden, Orchid Garden dan Rose Garden. Pelbagai spesis bunga ros, strawberry,  sayuran dan buahan ada di sini.


Sesetengah hasil tanaman ini akan di jual pada harga cukup murah dan juga terdapat produk-produk lain.

Di sini juga ada disediakan beberapa unit cottage untuk di sewa. Mat Drat bermalam di sini untuk 2 malam, cukup berbaloi rasanya.
Bangun-bangun pagi, terus bersiar di taman depan cottage. Nyaman je

Bayaran Masuk : RM 5.00 (Dewasa) / RM 3.00 (Kanak-kanak)


Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 8.00am - 5.00 pm ( Waktu rehat 12.30pm - 2.00pm)
Jumaat            : 8.00am - 5.00 pm ( Waktu rehat 12.45pm - 2.30pm)
Sabtu - Ahad   : 8.00am - 5.00 pm

Website :  Taman Agro Technology MARDI 

Lokasi :  👉👉 PETA Lokasi Taman Agro Technology MARDI


10. BEE FARM - Ee Feng Gu 


Bee Farm Ee Feng Gu ni terletak di antara Brinchnag dan Tringkap. Sudah pastinya sarang lebah menjadi tarikan utama di sini. Produk berasaskan madu lebah ada dijual disini, jadi boleh la beli pada harga sedikit murah.

Selain melawat sarang lebah, juga ada sedikit tarikan permainan lain di sini. 


Bayaran Masuk : Percuma


Waktu Operasi :  8.00am - 7.00 pm 

Website :  http://www.eefenggu.com/ 

Lokasi :  Terletak di antara Brinchang - Tringkap

              👉👉 PETA Lokasi Bee Farm - Ee Feng Gu



11. TIME TUNNEL MUSEUM 


Bagi Mat Drat, Time Tunnel Museum agak menarik jika ingin melihat barang-barangan lama. Koleksi barang-barangan lama disini pasti mengimbau seribu kenangan.

Seronok juga dapat melihat barang yang dahulunya kita amat biasa dengannya. 

Tempat yang sesuai untuk disinggahi kerana di sini, pengunjung tidak akan lama.



Bayaran Masuk : RM 6.00 (Dewasa) / RM 4.00 (Kanak-kanak)


Waktu Operasi :  9.00am - 6.00 pm 

Website :  http://www.timetunnel.cameronhighlands.com/

Lokasi :    👉👉 PETA Lokasi Time Tunnel Museum



Nota :


Buat masa ni, ini sahaja yang Mat Drat kongsikan. Ada lagi lokasi yang Mat Drat rasa menarik, akan Mat Drat share di sini.


Jika pembaca ada cadangan tempat untuk dimasukkan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Semoga info yang ditinggalkan diruangan komen akan beri  manfaat untuk pembaca lain.

Selamat Bercuti


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Sunday, 5 November 2017

Bercuti ke Cameron Highland

Jom kita bercuti ke Tanah Tinggi Cameron....

Bercuti ke Cameron Highland




Kali ni Mat Drat share mengenai pengalaman dan tips bercuti ke Cameron Highland. Beberapa tahun kebelakang ni dah beberapa kali Mat Drat naik ke Cameron Highland. Walaupun rasanya ramai yang lebih arif tentang Cameron Highland ni berbanding Mat Drat, tapi Mat Drat share juga la.

Tapi Mat Drat share general info sahaja lah.

Tip dan info untuk Ke Cameron Highland

  • Perjalanan dari Tol Jalan Duta  ke Cameron Highland ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Keluar di EXIT TAPAH dan terus ke Cameron Highland.
  • Jalan agak berselekoh dan ada selekoh yang agak tajam. Cuma perlu memandu lebih berhati-hati. Jangan nak main potong je, lagi-lagi kalau follow belakang lori.
  • Selain naik ke Cameron Highland melalui TAPAH, boleh juga naik melalui Simpang Pulai. Keluar di EXIT Simpang Pulai. Cuma perjalanan agak jauh tetapi jalannya kurang beselekoh. Lebih sesuai untuk mereka yang menginap di area Brinchang. Tapi kalau menginap di sekitar Ringlet, Mat Drat rasa lebih elok melalui Tapah.
  • Kalau minyak kereta dah tinggal 1-2 bar, isi penuh-penuh di Tapah atau Simpang Pulai. Di atas ada station minyak, cuma agak kecil dan kadang-kadang jalan di atas agak sesak.
  • Jika dari Tapah, akan jumpa disebelah kiri tempat istirehat iaitu Air Terjun Lata Iskandar. Boleh la berhenti berehat di sini (kalau letih atau saje-saje nak berehat. Tapi Mat Drat cadangkan, singgah masa nak balik dari Cameron la. Banyak gerai-gerai makanan dan kraftangan di sini.

Air Terjun Latar Iskandar.
Air Terjun Latar Iskandar.
Waktu ni, air agak 'surut'


  • Disepanjang jalan tu juga nanti akan jumpa gerai-gerai orang asli. Mereka jual produk kraftangan dan juga hasil-hasil hutan, termasuk PETAI. Kalau nasib baik, akan jumpa yang jual pokok "bulu ayam emas". Sekarang dah susah sikit nak dapat poko ni, dulu banyak sikit.
  • Pekan pertama akan dijumpa adalah Ringlet. Kemudian Tanah Rata dan Brinchang. Jika teruskan lagi perjalanan akan bertemu Tringkap
  • Nak isi minyak kereta, elok isi siap-siap di Tapah atau Simpang Pulai (Kalau ikut jalan alternatif. 
  • Di Cameron Highland ni, jalannya akan tersangat jem ketika weekend cuti sekolah dan juga public holiday. Pernah sekali dari Tanah Rata nak naik ke Brinchang terlalu jem, kereta hanya dapat bergerak tak sampai 2 km untuk 45 minit. Jadi patah balik  ke Tanah Rata, check-out dan terus balik. 
  • Harga makanan di sini biasa-biasa sahaja, tak mahal mana. Mat Drat kat sini tak memilih kedai makan, sebabnya waktu cuti sekolah dan public holiday akan terlalu ramai orang. Mana jumpa kedai yang kosong, singgah je.
  • Kalau pertama kali ke sini, JANGAN lupa singgah Pasar Malam Cameron Highland. Pasar Malam Brinchang dah bertukar tempat ye mulai tahun 2017!! Jangan pula pergi tapak lama tepi jalan tu.





Hotel di Cameron Highland

  • Nak menginap di Cameron Highland, pilih la ikut citarasa sendiri sama ada di area Ringlet, Tanah Rata atau Brinchang. Kalau datang bercuti, rasanya jarang orang menginap di Ringlet. 
  • Brinchang kawasan paling tinggi, jadi situ lebih sejuk. Tapi sejuk di Cameron Highland sekarang tidak lah sesejuk seperti 15-20 tahun dahulu.
  • Boleh kata kebanyakkan bilik hotel di Cameron Highland tak disediakan air-cond sebab malam dah memang sejuk. Siangnya agak dingin. Awal pagi nak mandi, memang kena ada water heater, kalau tak....menggigil nak mandi.
  • Mat Drat pernah menginap di Brinchang dan Tanah Rata. Di Ringlet tak pernah sebab tak rasa sangat suasana Cameron Highland kat situ.
  • Kalau pergi masa weekend cuti sekolah atau public holiday, Mat Drat cadangkan check-out awal. Biasa jam 11 lebih jalan mulai jem antara Brinchang ke Tanah Rata, jadi plan elok-elok.
  • Pergi balik hari pun Mat Drat pernah rasanya dulu tanpa menginap di Cameron Highland. Tapi ingat lagi otw balik ke KL malam tu,  highway PLUS jem teruk. Jadi terpaksa cari homestay malam tu jugak. Dapat Homestay kat area Sg Klah dan esoknya dapat pulak anak-anak mandi kat Hot Spring Sg Klah. Yang paling best tu, kebetulan masa tu musim durian. Bangun-bangun pagi tuan rumah letak 2-3 biji durian depan pintu. Tak puas makan yang tuan rumah bagi, makan buffet durian dekat simpang menghala ke Sg Klah Hot Spring pulak. 😂

Kat bawah ni 4 hotel yang pernah Mat Drat menginap di Cameron Highland. 




Brinchang

Bilik Studio dari RM 310


Brinchang

Bilik Studio dari RM 85


Brinchang

Bilik Studio dari RM 100

Tanah Rata

Cottage 3 bilik dari RM 250



Strawberry Park Resort


Menginap di Strawberry Park n Resort dulu tu sebab nak cuti-cuti yang tenang sikit. Lokasi pun atas bukit dan agak terpencil. Relaxxx. 
Bilik cukup selesa. 


Country Lodge Resort



Ni trip dengan beberapa family bersama adik beradik. Pilih resort ni selain murah, sebab utama dekat dengan tapak pasar malam. Bila ramai-ramai dan banyak kereta ni, faktor nak parking bila makan dan kesesakan jalan kena ambil kira. Jadi kami ambil hotel yang walking distance dengan tapak pasar malam dan tempat nak makan. 
Tapi sekarang pasar malam dah berpindah ke lokasi baru.


Hotel Titiwangsa

Menginap kat sini sebab company trip. Trip pun dikira trip budget. Okey la, buffet dinner di sini dikira agak murah. Dan lokasi pun dipilih sebab dekat dengan Pekan Brinchang, jadi nak ke Pasar Malam Cameron Highland ni dekat. 
Tapi lokasi pasar malam sekarang agak jauh la.


Mardi Cottage 

Sebenarnya 3 kali ke Cameron Highland, tak pernah terlintas pun nak ke Agro Technology Park Mardi ni. Entah macam mana tersinggah laman web Mardi ni dan terjumpa "accomodation". Rupanya dia ada sediakan 'cottage', tapi bilangan agak terhad. Terus tempah 2 malam. Memang menarik menginap di sini dan bersiar di Agro Technolgy Park ni.

Bangun-bangun pagi, boleh terus bersiar di hadapan cottage dan menikmati ketenangan dan keindahan taman depan cottage.





Di Cameron Highland ni, pilihan hotel dan apartment cukup banyak. Bergantung kepada budget dan ciatarasa kita.

Untuk lihat senarai Hotel ni Cameron Highland, boleh 👉👉 KLIK DI SINI. 👈👈


Atau boleh klik juga senarai hotel  ikut kategori yang dah Mat Drat pilih

- Hotel / Homestay di kawasan Pasar Malam Baru

- 10 Hotel pilihan bawah RM 200 / night di Cameron Highland

- 10 Hotel pilihan bawah RM 100 / night di Cameron Highland

- 10 Apartment pilihan keluarga di Cameron Highland



Tempat Menarik di Cameron Highland Untuk di Lawati

Di Cameron Highland, tempat menarik memang banyak. Kalau yang pertama kali kesini, 3H2M sudah mencukupi.

Kalau mencari tempat menarik di Cameron Highland pada waktu malam, Mat Drat rasa tak ada kecuali berjalan-jalan di pasar malam. Ikut pengalaman Mat Drat, selain ronda-ronda pasar malam, aktiviti lain adalah makan-makan je la.

Untuk maklumat general, Mat Drat share di artikel ni. Untuk maklumat terperinci, boleh ke link di bawah.




Ladang Teh
  • Boleh pilih nak ke Ladang Teh Boh Sg Palas atau ke Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea). Pegi dua-dua pun okey, boleh minum-minum sambil menikmati pemandangan indah.
  • Elok datang sebelah pagi sambil berjalan di ladang teh. Pemandangan memang cantik, hijau pemandangan. 
  • Mat Drat dah ke dua-dua tempat ni. Ladang Teh Boh Sg Palas ditutup pada hari Isnin ye.

Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea) 

Kita minum dulu... 

Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland
Ini pula di Ladang Teh Boh Sg Palas, pengunjung boleh
bersantai  di anjung sambil menikmati secawan teh
sambil  menikmati pemandangan menghijau ladang teh.



Strawberry Farm 

  • Kat Cameron Highland ni ada beberapa strawberry farm, di Tanah Rata ada dan di Brinchang pun ada. 
  • Ada sesetengah Strawberry Farm, benarkan kita kutip sendiri. Bayar masuk dan strawberry yang dikutip akan ditimbang apabila keluar. Harga yang dibayar termasuk "harga pengalaman petik strawberry".
  • Nak makan strawberry banyak-banyak, jangan petik banyak-banyak di strawbery farm ye. Beli je pasar malam atau pasar di Kea Farm Market.
  • Boleh kata Strawberry Farm di sini agak banyak. Nak kata mana yang paling best tu susah jugak. Mat Drat kadang-kadang, pilih mana yang senang nak park kereta je. 
  • Jika di Brinchang, boleh ke Kea Strawberry Farm, Raju Hill Strawberry Farm, EQ Strawberry Farm. 3 ladang strawberry ni semua berdekatan antara satu sama lain, iaitu di kawasan 'puncak Brinchang'.






  • Satu lagi strawberry farm  yang jadi tumpuan adalah Big Red Strawberry Farm. Yang ni terletak di pekan Brinchang. Bersebelahan dengan Cactus Valley. Anak-anak suka betul petik strawberry kat sini, mungkin kebetulan pada waktu tu buah-buah strawberry banyak yang besar. Nak parking senang, nak makan minum di sini pun senang. Banyak pilihan. Nak habiskan duit beli souveniour pun tak ada masalah kat sini 😂
  • Dari Brinchang ke Tanah Rata juga rasanya ada 2 strawberry farm. Masa menginap di Strawberry Park Resort dulu, ada juga Mat Drat habiskan masa di Kasimanis Strawberry Farm. Senang sebab dekat.
  • Jika di Tanah Rata pula, bolehla ke KHN Strawberry Farm. Tak silap, ini satu-satunya strawberry farm milik Bumiputera di sini. Kawan kata lah, tak sure betul atau tidak.
Aktiviti memetik strawberry.
Petik - timbang dan bayar



Cactus Farm 
  • Satu lagi aktiviti Mat Drat kalau ke Cameron Highland adalah beli pokok kaktus. Rajin beli tapi malas nak jaga. Selalu terjadi, selang beberapa bulan selepas dibeli, mesti ada pokok kaktus yang mati.
  • Pokok kaktus ni selain sensetif dengan cuaca, memang perlu jagaan sedikit. Tak boleh terlebih air waktu siram.
  • Bila tengok pokok-pokok kaktus di atas ni, rasa geram je. Tu yang selalu beli.
  • Tips: Kalau malas nak jaga pokok kaktus ni, beli yang besar sikit. Senang sikit untuk dijaga.
  • Kalau nak beli pokok kaktus tu, Mat Drat cadangkan ke Cactus Valley (Brinchang - Bersebalahan Big Red Strawberry Farm), Arked Peladang CameronHighland (Brinchang) atau Cactus Point (Brinchang - Kea Farm).
  • Kalau nak beli pokok kaktus kecil-kecil tu boleh juga beli di Kea Farm atau pasar malam. Disini pun ada jual. Gerai-gerai kecil tepi jalan pun banayk yang jual kaktus, cuma nak cari yang besar dan "rare" sikit, agak susah.
  • Selain kaktus, biasanya di turut dijual pokok-pokok bunga seperti orkid dan pokok-pokok hiasan lain.
Memang banyak jenis kaktus.
Dan saiz pun boleh pilih, dari saiz kecil hingga yang besar.




Pasar Malam


Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
  • Ini antara tempat wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland. 
  • Pasar Malam Brinchang pada setiap malam minggu telah bertukar lokasi mulai awal 2017 hari tu.
  • Lokasi terbaru terletak berhampiran Cameron Golden Hills Resort.
  • Lokasi baru ni kira-kira 2km lebih dari lokasi lama, dari Brinchang menghala ke Tanah Rata dan terletak disebelah kanan. Bukan ditepi jalan utama lagi. 
Lokasi Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
  • Nak cari produk-produk Cameron Highland, boleh la cari di sini. Cuma jangan terbeli produk dari bawah yang dibawa naik sudah. 
  • Jagung 'mutiara' di cameron ni memang sedap. Manis je rasanya. Jangan lupa juga beli produk strawberry yang telah dikeringkan, juga jem strawberry.
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
Antara produk wajib beli...strawberry kering


  • Nak cari hotel atau homestay berdekatan tapak pasar malam yang baru ni, boleh klik  
👉👉 Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru  👈👈






Pasar Kea Farm
  • Ni boleh dikatakan pasar yang wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland.
  • Dibuka setiap hari dan terdapat pelbagai barangan dan produk tempatan.
Kea Farm

  • Kalau ada masa, berjalan la ke gerai-gerai di kawasan yang dalam sedikit.
  • Sayur-sayuran segar, bunga  segar, kaktus, straberry memang murah di sini.
Strawberry memang fresh kat sini.
Kena survey sikit beberapa gerai untuk cari
yang murah dan bersaiz besar.

  • Sesuai singgah di hari terakhir sebab ikut pengalaman Mat Drat, setiap kali singgah pasti akan banyak sayuran dan strawberry yang dibeli. Jadi tidak lah kita menyimpan lama di Cameron Highland sebelum turun ke bawah.
  • Kini Kea Farm market sedikit berbeza dengan dahulu.






Lavender Garden
Antara bunga-bunga yang mewarnai lavender garden
  • Ini antara tarikan terbaru di Cameron Highland yang mulai dibuka pada tahun 2013.
  • Terletak di antara Brinchang dan Tringkap.
  • Nak merasa bergambar dengan dikelilingi bunga-bunga lavender, boleh la datang ke sini, lepas tu berangan ala ala di ladang lavender di France atau Holland. 
  • Jangan lupa makan aiskrim perisa lavender dan beli souvenior dari lavender.






Taman Agro Tech Mardi
Waktu menginap di sini, bangun pagi
terus mengadap taman didepan cottage.
Memang nyaman

  • Taman Agrotechnolgy Mardi ni terletak di Tanah Rata.
  • Taman ni dibahagikan kepada 4 taman iaitu iaitu English Garden, Herb Garden, Orchid Garden dan Rose Garden. Pelbagai spesis bunga ros, strawberry,  sayuran dan buahan ada di sini.

Subur sungguh sayuran di sini
Perhati betul-betul kat buah tu,
ada je tangan-tangan yang gatal tulis nama kat kulit 

  • Sesetengah hasil tanaman ini akan di jual pada harga cukup murah dan juga terdapat produk-produk lain.
  • Di sini juga ada disediakan beberapa unit cottage untuk di sewa. Mat Drat bermalam di sini untuk 2 malam, cukup berbaloi rasanya. Rasa laindari lain.
  • Bangun-bangun pagi, terus bersiar di taman depan cottage. Nyaman je
  • Boleh layari laman web rasmi 



Bee Farm
Jika ada banyak masa, boleh la ke Ee Feng Gu Bea Farm. Kalai ada banyak masa ye nak buang.
Kali pertama ke sini dulu, rasa seronok. Kali ke dua dah tak rasa apa-apa, datang sekadar nak beli madu asli sahaja di sini.


Time Tunnel Gallery
Sebenarnya Mat Drat tak pernah ke sini dan tak tahu apa yang ada di dalam ni.
Pernah baca dan jumpa Time Tunnel Gallery ni antara tempat menarik di Cameron Highland, tapi belum tergerak hati dan berkesemptan untuk singgah.



Rasanya ini dahulu perkongsian untuk percutian ke Cameron Highland. Ada apa-apa info dan berkesempatan, nanti Mat Drat update.



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇