Saturday 12 March 2016

Lounge di Hamad International Airport - HIA

...bersambung dari post sebelum ini.... Terima Kasih Qatar Airways....

Hamad International Airport - HIA

Lounge di Hamad International Airport HIA
Pak Arab dari QatarAirways yang sponsor tiket kami...



Jika sebelum ini saya share berkenaan layanan 5 bintang untuk Business Class di udara, entry ini pula serba sedikit saya kongsikan berkaitan layanan khas untuk penumpang Business Class di Hamad International Airport (HIA).





Hamad International Airport (HIA)  ini merupakan hub penerbangan Qatar Airways. Dari sini, sebut sahaja nak ambil penerbangan ke ceruk mana… Afrika, Asia, Europe, America… semua ada. Qatar Airways adalah airline yang paling pesat berkembang sekarang dan memiliki penerbangan ke lebih 150 destinasi di seluruh dunia.

Kalau Emirates, Hub penerbangan mereka di Dubai dan Ethidah di Abu Dhabi


Kiranya kami ada 3 pengalaman berbeza semasa di Hamad International Airport - HIA ini ;

1. Sewaktu transit
2. Sewaktu arrival
3. Sewaktu departure



Klook.com

1. Transit di Doha (Kuala Lumpur - Barcelona )

Ini pengalaman kami sewaktu transit Penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona.

Setelah membuat pelbagai pertimbangan, saya memilih untuk mengambil penerbangan Kuala Lumpur – Barcelona dengan transit paling singkat di Doha, iaitu kami hanya ada dalam 2 jam 40 minit di Airport HIA ini. Kira okey la untuk selesaikan urusan tuntutan hadiah tiket ke Stadium Nou Camp, Barcelona serta urusan pertukaran penerbangan ke Barcelona.

Kami tiba di HIA , Doha Qatar pada jam 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) setelah 7 1/2 di dalam penerbangan. 5.30 pagi di sini telah nampak matahari terik dan di luar telah mencecah 33 degree. Memang panas keliahatan di luar.

Kalau anda bekejar untuk next flight, pastikan masa transit mencukup untuk perkara-perkara emergency! Kalau dapat gate hujung, nak sampai ke terminal untuk pertukaran flight… boleh mengah berjalan, lagi lagi kalau ada bawa anak-anak.

Kat sini saya tak berapa paham dengan pak arab ni, ruang di laluan ini cukup luas dan lapang, tapi hendak berhenti sekejap untuk hilangkan lenguh2 pun tak boleh. Cepat je pak guard dia suruh teruskan perjalanan.

Untuk makluman Airport ini agak sibuk, pastikan laluan betul samaada ke bahagian “Transit” atau ”Arrival”.

Sewaktu kami tiba, kami antara yang paling awal keluar dari pesawat. Macam biasa, penumpang biz class keluar dahulu.



Sewaktu kami tiba di bahagian transit, suasana agak kelam kabut, terlalu ramai penumpang yang menunggu untuk melepasi bahagian pemeriksaan untuk ke penerbangan seterusnya.  Agak panjang barisan mereka yang menunggu giliran. Biasa lah pemandangan macam ni di hub penerbangan yang menjadi antara pilihan penumpang di dunia.



Nasib baik kami ada boarding biz class, jadi terus melalui pintu khas. Itupun ada juga beberapa penumpang tiket biasa yang menggunakan laluan ini kerana masa mereka agak suntuk untuk mengejar penerbangan seterusnya.



Paling awal keluar dari pesawat




Setelah masuk ke kawasan terminal utama, perkara pertama saya kena cari adalah Giant Teddy Bear warna kuning sebagai meeting point kami untuk menuntut hadiah kami. Teringat kata pak arab di dalam telefon sewaktu menghubungi saya “…find a big yellow teddy bear. Very big!”

Giant Teddy Bear ni kira ikon Hamad International Airport ni. Boleh kata kalau yang sampai sini, mesti bergambar dengan bear besar ni.

Kiranya teddy bear ni tempat meeting point la. Rupanya dibelakang teddy bear ni ada kaunter informasi. Jadi kami berurusan di kaunter ini.

Dengarnya Teddy Bear ni adalah yang terbesar didunia dan berharga lebih USD 1 juta dan di’wakaf’kan oleh tuan empunya kepada Airport ini. Agaknya tak ada tempat nak letak kat rumah, jadi diletakkan di Airport… terjaga dan selamat. Bijak… bijak…



Big Yellow Teddy Bear Hamad international Airport
Big teddy bear



Ini adalah majlis ringkas penyerahan hadiah  kepada kami iaitu tiket VVIP ke Perlawanan Barcelona FC di Stadium  Nou Camp. Yang pasti ini bukan dermawan dari negara arab yang sanggup bagi berbillion ringgit tu.... ala, yang derma duit 1MDB tu!

Setelah 30 minit menunggu, akhirnya Par Arab ni datang hulurkan hadiah kami



Kemudahan di HIA
Di HIA ini, pelbagai kemudahan disediakan di sini,  butik, restoran, cafe, surau, transit lounge dll. Dan yang paling penting, kemudahan wifi turut disediakan secara percuma di dalam terminal ini. Untuk kelajuan internet yang lebih, boleh langgan tapi kena sedia maklum lah… harga internet di Doha agak mahal.

Duty Free di HIA
Di HIA ini, butik-butik free duty agak banyak, jadi jika anda dalam transit untuk pulang ke Malaysia bolehkan ambil transit yang panjang dan buat la sedikit aktiviti shopping menyopping disini. Tepuk poket tanya selera…. Kami tak explore lebih disini kali ini kerana masa pun agak suntuk, jadi kami terus ke boarding gate untuk penerbangan kami ke Barcelona. Transit lounge pun kami tak singgah.


Panggilan untuk penumpang pesawat ke Barcelona kedengaran dan 8.10 pagi pesawat kami berlepas ke Barcelona.


>> Baca pengalaman kami di Barcelona 4H3M <<<

>> Baca pengalam kami di Paris 3H2M<<


Untuk penerbangan balik ke Malaysia, kami ambil penerbangan dari Paris dan akan bermalam 1 malam di Doha. Kami pilih penerbangan yang akan tiba paling awal di Doha dan penerbangan balik ke Malaysia paling lewat keesokan harinya. Jadi dapatlah lama sedikit di Doha.


Lounge di Hamad International Airport HIA 


Ada beberapa Lounge di sini. Tapi senang kita bezakan Arrival Lounge, Transit Lounge dan Departure Lounge.



Transit Lounge (Kuala Lumpur - Doha - Barcelona )

Memandangkan kami punya transit untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Barcelona hanya dalam satu jam lebih di sini, jadi kami tak ke Lounge. 

Nak makan, dah makan macam-macam dalam flight. Baik masa yang ada kurang satu jam, kami pusing-pusing dalam area airport ni.



Arrival  Lounge (Paris - Doha )

Kami gunakan kemudahan Arrival Lounge ini semasa tiba dari Paris dan di mana kami 'perlu' menginap satu malam di Doha, Qatar. Memang syarat di tetapkan oleh pihak Qatar Airways yang mahukan kami menginap di Doha ini. 

Kena la melawat negara kelahiran Qatar Airways ni, dan kena la promote Doha sikit.

Memandangkan kami tiba di sini dari Paris agak awal, jadi sementara hendak menunggu waktu check-in di Hotel, kami beristirehat dahulu di Arrival Lounge di HIA ini. 

Arrival Lounge sewaktu kami tiba sedang di naik taraf, jadi kami diminta ke Lounge sementara. Penumpang Business Class dan First Class boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma.


Kami masuk ke sini, suasana lengang dan tiada penumpang yang menggunakannya. Mungkin kebanyakan penumpang business Class dan 1st Class akan terus ke hotel atau pun pak arab Qatar sendiri, jadi mereka akan terus pulang ke rumah mereka sendiri. Buat apa nak melepak di loung ni kan bila dah sampai destinasi.


Sewaktu berbual dengan petugas di meja kaunter, dimaklumkan kami berdua penumpang pertama yang masuk hari ini. Kami hanya berdua tetapi pelayan kami sampai empat orang. Macam VIP rasanya. Kononnya rancang nak berehat-rehat sekejap di sini dalam 2 jam untuk recharge tenaga sebelum meronda-ronda di Doha. 

Baru duduk sekejap, datang la pelayan offer itu dan ini. Bersungguh-sungguh suruh kami makan. Kesian kat chef yang telah sediakan makanan, kami yang kekenyangan makan di dalam flight Paris- Doha tadi terpaksa juga la merasa apa yang terhidang kat sini. Makanan pelbagai tetapi selera dah tak ada sebab kekenyangan.


Akhirnya kami makan juga la sebab kasihan kat chef yang bersusah payah sediakan pelbagai pilihan makanan walau pun tak ada pengungjung. 


Terasa seperti Lounge ini kami yang punya…. 
Boleh makan sepuas-puasnya. Boleh guling-guling sebab tak ada orang

Isteri saya ... sampai tak tahu nak pilih apa. 


Selepas mengisi perut, kami melelapkan mata di ruang bilik yang agak kecil. Tiada sofa dan tiada katil untuk tidur. Mungkin kerana ini lounge sementara sahaja. Kami buat style kami, susun kerusi dan jadikan katil.


Dalam jam 11 pagi lebih, untuk segarkan diri kami mandi disini. Bilik air cukup bersih dan kemas. Tip Top. Kelengkapan lengkap disediakan termasuk tuala, sabun, shampoo, body lotion dll. Kalau dalam pesawat diberi jenama Giorgio Armani, di sini pun sama.


Betapa tak ada kerja nya mereka-mereka ini, sampaikan ada tiga orang pekerja yang menunggu saya sewaktu saya hendak mandi. Mereka menunggu di luar bilik mandi dan tak sabar-sabar nak masuk ke bilik air apabila saya selesai mandi. Tak sabar nak lap semua kesan-kesan percikan air rupanya. Patut saya masuk tadi kering semacam je bilik air ni.

Di sini disediakan bilik conference dan bilik komputer ala ala cyber cafe. Dalam bilik yang ada lebih kurang 10 komputer ni pun, ada 2 orang pekerja. Setiap kali saya lalu, bersungguh-sungguh la mereka ni mengelap meja dan kaki kerusi yang memang sedia berkilat tu. Agaknya pak arab ni memang garang kot… sebab tu mereka takut betul kalau nampak tak ada kerja.


Apabila kami bersiap-siap untuk keluar, datang la pula pelayan suruh kami tunggu sekejap sebab chef akan serve lunch dalam 10-15 minit lagi. Emmm…. rezeki jangan di tolak, kami tunggu sekejap untuk menu lunch disediakan. Kesian pulak kat chef kalau tak ada orang nak makan masakan dia... jadi kami tunggu.


Lunch time…. Ini Lounge, ana yang punya. ha ha ha…..

Nampaknya buffet lunch yang disediakan, hanya kami sahaja yang makan. Kesian chef, masak macam-macam tapi yang makan kami berdua sahaja.

Selesai memenuhkan perut, kami terus menuju ke hotel penginapan kami, Hotel W Doha.


>> Baca pengalaman kami di Doha 2H1m <<<


Departure ( Doha - Kuala Lumpur )

Kami ke sini semasa penerbangan kami dari Doha ke Kuala Lumpur.

Doha ( DOH) 19:45 – Kuala Lumpur (KL) 7:55 ( 7 jam 10 minit)

Dari Hotel W Doha kami menaiki teksi. Minta pihak hotel uruskan. Tambang dikenakan sebanayak QD 60. Disini rupa-rupanya, disediakan entrance khas untuk Business dan First class. Apabila teksi berhenti sahaja, terus akan datang seorang petugas menyambut dan mengangkat beg-beg kita dari teksi dan kita di bawa terus ke kaunter check-in.



Gambar Staff Departure 1
Sebelah saya tu petugas yang menyambut kami dari teksi, dan membawa beg-beg kami sehingga ke kaunter check-in. Banayak kaunter disediakan, jadi tidak perlu beratur. 


Gambar Staff Departure 1
Petugas kaunter very friendly. Urusan dipermudahkan tanpa banyak songeh.


Selesai urusan check-in, kami dibawa terus ke laluan pemeriksaan imigresen dan kastam. Tak perlu kelam-kabut kerana penumpang busines class ada laluan dan petugas khas Selesai urusan check-in, imigresen dan kastam….

Selesai pemeriksaan, boleh la kami mulakan aktiviti shopping menyopping (window shopping)


Dan kami terus ke Lounge yang menanti...



Departure Bussiness Class Lounge 

Lounge ini cukup luas dengan menyediakan dua ruang makan di 2 tingkat. Tangga dan lif disediakan, tak larat naik tangga boleh naik lif..... maklumlah dah letih berjalan. 


Makanan "berat" disediakan di atas termasuk makanan ala-carte yang boleh di request dari chef. Sewaktu kami makan-makan di tingkat bawah, 2 kali pelayan datang untuk maklumkan kami banyak pilihan makanan di tingkat atas dan chef menanti di atas.Oleh kerana 2 kali dipesan, jadi kami naik jugalah ke tingkat atas.


Klook.com


Masa untuk menikmati makanan yang disediakan…. 

Suasana Business Class Lounge... cukup luas dan selesa. 2-3 kali ganda dari Golden Lounge kat KLIA. Lagi ramai manusia. 



Untuk maklumat mengenai Hamad International Airport, baca disini…HIA




Baca catatan seterusnya untuk pengalaman kami bercuti ke Barcelona - Paris - Doha atas tajaan Qatar Airways







BOOK YOUR FLIGHT WITH QATAR AIRWAYS


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

.

Tiket Percuma Qatar Airways : Terima Kasih

Qatar Airways

Al kisah.... Rezeki Bertuah

Sebagai pengenalan…. entry ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada Qatar Airways kerana memberikan percutian yang cukup istimewa kepada kami iaitu Package percutian ke Barcelona - Paris - Doha. 

Rezeki datang melayang hasil menyertai peraduan "Holiday with FC Barcelona and Qatar Aiways" dan terpilih memenangi hadiah Grand Prize . Contest tu kiranya senang sahaja dan tidak memerlukan modal untuk menyertainya, saya cuma perlu menonton video promosi destinasi pelancongan Qatar Airways yang menapilkan player-player team FC Barcelona. Kemudian saya hanya perlu jawab 3 soalan mudah, jawapan pula objektif……. Dan tunggu keputusan pemenang jika bertuah.

Beberapa minggu kemudian kami terpilih sebagai pemenang...hadiah utama pulak tu!!

Di link peraduan inilah hadiah itu dimenangi FCB Qatar Airways Contest.


Kiranya kemenangan ni boleh lah dianggap bertuah sebabnya contest ini di buka penyertaannya kepada seluruh dunia….. Dan pemenangnya hanya dipilih seorang sahaja.

Dan untuk trip ni, Qatar Airways berikan hadiah berikut kepada kami
  • 2 return tickets KL – Barcelona (business class)
  • Penginapan 3 malam di W Hotel Barcelona
  • VVIP Tiket perlawanan Barcelona  pilihan sendiri di Stadium Camp Nou
  • 1 malam stopover di Doha, Qatar dengan penginapan 1 malam di W Hotel Doha



Pilih Tarikh Ke Barcelona

Sewaktu dapat email makluman sebagai pemenang, Qatar Airways maklumkan hadiah ni valid sehingga 31 Disember dan kami perlu maklumkan tarikh penerbangan beserta perlawanan pilihan yang ingin ditonton 3 minggu sebelum berlepas. 

Waktu dapat email ni pun dlm bulan April, jadi game di Liga Bolasepak Sepanyol La Liga pun tinggal 4 games shj lagi sebelum musim tu berakhir. 3 games tak sempat nak pergi sebab masa dekat sangat. Yang sempat untuk kami pergi hanyalah perlawanan terakhir La Liga iaitu perlawanan diantara Barcelona vs De Portivo La Caruna. Jadi kami pilih game ni….No choice.

Al-Classico

Kawan-kawan ada juga yang bertanya kenapa saya tak pilih Al Clasico game iaitu perlawanan Barcelona vs Real Madrid, rugi la mereka kata ke Barcelona tetapi tak pergi tonton perlawanan Al Clasico…. Game Al Classico ni perlawanan bolasepak antara Barcelona vs Real Madrid yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun di Sepanyol, dan antara yang ditunggu-tunggu juga didunia. Setiap tahun penuh stadium dalam 90,000 orang.... Kalau pergi sekarang ni kira tgk Christian Ronaldo vs Lionel Messi la.


Jika di Malaysia pun peminat Barcelona dan Real Madrid sanggup menunggu perlawanan ni, tapi kami ada sebabnya tak pilih game ini.

Kalau kami nak tunggu game Al Classico, kami kena tunggu season baru yang akan bermula bulan Ogos. Dan katakan bila jadual game keluar dan game Al Clasico tu jatuh pada bulan Ogos atau September, macam tak sesuai pulak nak berjalan-jalan pada bulan tu sebab anak-anak ada yang nak ambik exam. Kalau game tu dijadualkan pula pada bulan November atau Disember, macam tak berapa seronok sebab di sana tengah sejuk waktu tu. Jalan waktu winter ni tak best sebenarnya kecuali main salji je.

November tu dah penghujung Autum dan Disember tu dah nak start Winter. Waktu ni untuk melancong agak kurang sesuai kerana cuaca agak sejuk dan premis banyak ditutup awal.

Hasil pembacaan di blog2 dan website, masa terbaik dan paling sesuai melawat Barcelona adalah dalam bulan May – July… cuaca agak pa
nas dlm 22℃ paling tinggi dan langit pun cerah, dan malam agak sejuk.

Jadi pilihan kami ni kira tepat jugak la, sebab memang waktu ramai pelancong ke Sepanyol ni.

Kalau nak semak average cuaca destinasi pelancongan boleh semak di sini http://www.holiday-weather.com/barcelona/averages/



Destinasi Tambahan - Lajak ke Paris

Dah alang-alang sampai ke Barcelona, takkan nak pergi Barcelona je kan… Mula la terlintas nak memanjangkan langkah dan tambah hari bercuti…. Terfikir nak melawat  Granada dan Real Madrid.


Hajat hati nak pergi ke Granada tu sebab ingin melihat peninggalan kerajaan Andalusia terutamanya Istana Alhambra. Seronok juga baca coretan-coretan mereka yang pernah ke sana.

Dan nak sambung bercuti ke Real Madrid tu tak lain tak bukan kerana selama ni saya memang Real Madrid punya fan … Jadi kena la menjejakkan kaki ke sana…

Selepas melihat jarak yang agak jauh serta tak banyak destinasi pelancongan dikedua-dua tempat tu, rasa macam tak berapa berbaloi ke situ utk kos perjalanan dan penginapan yang kena keluarkan sendiri. Mula la cari destinasi lain pulak….

Saya email kepada pihak Qatar Airways untuk tanya kalau boleh saya ambil penerbangan balik ke KL dari lain2 destinasi. Jawapan sungguh positif, BOLEH!

Ini sudah bagus…. Mula la saya tengok google map dan intai-intai negara lain yang berdekatan. Tanya pendapat kawan-kawan dan pembacaan di blog-blog, serta pertimbangan faktor kos dan masa, saya pilih PARIS. 

Selain tu terfikir jugak nak ke tempat ni tapi rasa tak sesuai sbb

Italy : Venice & Rome sebab agak mahal, tak banyak tempat menarik.
Switzerland : Kos agak mahal

Jadi Paris pilihan paling sesuai....kos tidak mahal sangat dan PARIS antara destinasi impian orang (terutama wife).


Jadi trip saya kali ni adalah  KL – Barcelona – Paris – Doha – KL.

Kena la cerita pengalaman dan kongsikan sebagai tanda terima kasih kepada Qatar Airways. Mana tahu dapat peluang lagi di lain kali.


.



.



Pengalaman Menaiki Bussiness Class Qatar Airways

Jika ingin merasai penerbangan dengan layanan terbaik ala-ala 5 bintang, boleh la intai2 tiket diQatar Airways. Kabin Business Class nya menjanjikan keselesaan, ruang yang cukup luas dan perkhidmayan yang betul-betul mantap. Tak hairan la apabila Skytrax mengiktiraf Qatar Airways sebagai penerbangan Business Class terbaik dunia. banyak tahun Qatar Airways diiktiraf sebagai pemenang Bussiness Class terbaik.





Penerbangan  KL – BARCELONA

Untuk penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona, kami akan singgah di Doha :

KL ke DOHA dengan penerbangan QR 853 :  Airbus A 330 200. 
Kuala Lumpur : 3 pagi – Doha : 05.30 pagi Masa penerbangan :  7 1/2  jam)

Transit lebih kurang 2 jam 40 minit di Hamad International Airport Doha dan sambung penerbangan seterusnya ke Barcelona.

DOHA ke BARCELONA dengan penerbangan QR 054 : Boeing 777 300ER.    
Doha : 08.10 pagi – Barcelona : 14.10 ptg (Masa penerbangan :  7 1/2 jam )

Total Penerbangan 17 jam 40 minit. Memang lenguh satu badan tu duduk dalam pesawat hampir 18 jam. Tapi nasib baik naik business class, dapat la tidur dengan lena. Walaupun sampai di Barcelona jam 2 ptg di sini, tapi ikutkan kat Malaysia dah pukul 8 malam.... dah terasa letih dan mengantuk.



Golden Lounge MAS


Selepas check-in dan sebelum berlepas kami berehat-rehat dahulu di Golden Lounge MAS. MAS dan Qatar Airways menyertai kumpulan “One World”. Jadi, pemegang tiket Qatar Airways juga layak menggunakan Golden Lounge MAS. Petugas di kaunter masuk ke Golden Lounge ni tak tahu pun kami ni hanyalah pemegang tiket free business class…. janji ada boarding pass business class, boleh je masuk.

Masa kami masuk Golden Lounge pun dah 12 tgh malam, jadi kami cuma minum dan makan santai2 sahaja, dah tengah malam ni nak makan pun tak berapa ada selera. Pilihan makanan agak banyak walaupun sudah tengah malam. Tapi bagi mereka yang lapar tu dan tak sempat makan sebelum ke KLIA, boleh la makan sampai kenyang disini.


Bilik persalinan, bilik mandi juga di disediakan. Juga beberapa ruang dengan di dalamnya tersedia sofa bed untuk tidur, jamin boleh tertidur dengan selesa dan lena. Kemudahan wifi juga disediakan di sini, point untuk caj handphone/laptop juga banyak disediakan. Jika tak bawa cable untuk caj hp, disini disediakan “vending machine” untuk caj hp.


Layanan 5 bintang di udara oleh Qatar Airways

Lebih kurang jam 01.30 am, panggilan untuk penerbangan kami dah kedengaran. Awal sungguh mereka panggil sedangkan pesawat berlepas pukul 3 kalau ikut jadual. Kami terus ke boarding gate. Selepas pemeriksaan keselamatan di boarding gate, kami terus dibenarkan masuk dalam kabin kapal terbang. Lega awal-awal pagi ni tak perlu nak beratur panjang-panjang dan di dalam kabin pun tak perlu nak tunggu penumpang-penumpang lain masuk dan susunkan beg di ruang ekonomi, biasalah laluan khas untuk penumpang Bussiness Class.

Kami masuk sahaja ke ruang business class pesawat Qatar Airways A300 200 ni, disapa mesra dan terus di bawa ke seat yang ditetapkan.  Memang terserlah kekemasan dan terasa cukup luas ruang Business Class di Qatar Airways ini. Ruang luas dan lapang serta dekorasi cukup kemas dan elegen. 

Sewaktu penerbangan dari Doha ke Barcelona.



Amenity Kit Bussiness Class Qatar Airways

4 kali menaiki pesawat Qatar Airways ini, sentiasa tersedia souvenior dari Qatar Airways iaitu berupa satu persalinan baju tidur pyjamas dan amenity set by Giorgio Armani. Kuala Lumpur ke Doha, kemudian Doha ke Barcelona, kemudian balik Paris ke Doha dan Doha ke Kuala Lumpur. 4 penerbangan, jadi 4 set seorang.

Amenity kit for men dari Qatar Airways Business Class disediakan Giorgio Armani Acqua di Gio after shave balm (75ml), perfume (5ml), Rituals lip balm, socks, eyeshades and ear plugs. 

Manakala amenity kit for women dari Qatar Airways Business Class pula adalah Giorgio Armani Si fragrance and a perfumed body lotion(75ml), perfume (5ml), Rituals lip balm, socks, eyeshades and ear plugs.

8 beg kecil Georgio Armani kami kumpul untuk 4 penerbangan kami... selain set pyjamas dan set amenity.

Set pyjamas yang diberikan cukup selesa. 'Terpaksa'kami kumpul pyjamas ni untuk penerbangan ini semua. 3 flight malam X 2 orang.

Dah hampir 3 pagi, terus sarung set pyjamas yang diberikan sebab dah mengantuk tahap gaban…..  ini pun lepas tengok penumpang sebelah kami terus pakai pyjamas yang dibekalkan. Kami pun follow je la...


Seat Bussiness Class Qatar Airways

Business Class seats untuk Aibus A300 ni boleh buat 180 degree recline (lie-flat seats) cuma perlu tekan pilihan mode seat. Kalau tak nak flat, adjust secara manual ikut citarasa dan keselesaan kita. Confirm boleh tidur lena macam ni.

Flat macam katil, cuma tak besar macam first class.

Bagi saya ruang di business class Qatar Airways ini cukup selesa. Cuma saya lebih suka penerbangan dengan pesawat Airbus A300 200 berbanding pesawat Boeing 777 300ER . Di pesawat Airbus A300 200, kita boleh turunkan seat sehingga menjadi katil 180 degree recline (lie-flat seats) atau kita ubah mengikut keselsaan dan kemahuan kita. Berbanding pesawat Boeing 777 yang saya naiki, kedudukan seat hanya boleh diubah mengikut pilihan setting yang telah ditetapkan, paling “flat” pun rasanya dalam 150-160 sahaja.

Lena semasa penerbangan Kuala Lumpur ke Doha



Layanan Mesra Stewardess Qatar Airways

Sepanjang perjalanan dengan 4 pesawat berbeza, kami di layan oleh pramugari dari 4 negara yang berbeza. Cantik-cantik dan anggun-anggun pramugari mereka ni. 

Flight KL- Doha dillayan oleh pramugari dari Korea
Doha-Barcelona pula pramugari dari Poland
Paris – Doha dilayan pramugari Philipina 
Doha-KL dilayan pramugara arab. 

Apa yang saya perasa, setiap pramugari/pramugara akan menjaga beberapa penumpang sahaja, jadi layanan cukup istimewa. Seorang akan jaga dalam 8-10 orang 




Qatar Business Class Stewardess
Inilah pramugari dari Poland. Tak silap nama dia Alezendria. Paling mesra dan paling banyak kami berbual.


Teringat sewaktu penerbangan Paris-Doha, pramugari dari Philipina yang comel dan manja itu bersungguh-sungguh pesan kepada saya untuk kurangkan gula dalam satu minuman yang saya order. Sungguh prihatin dia apabila saya mengambil gula agak berlebihan. Nasib baik penerbangan hanya mengambil masa 6-7 jam, kalau berbelas jam tu boleh jatuh cinta dibuatnya.



Hidangan istimewa di awan by Chef Qatar Airways

Untuk penumpang Business Class, bersedialah untuk merasai in-flight meal yang cukup istimewa dibawakan oleh Qatar Airways.

Awal-awal stewardess dah suakan menu untuk kami, duduk je dalam 4-5 minit terus ditanya apa yang kami ingin makan. Semuanya boleh di order ala carte dan boleh request anytime sepanjang penerbangan.

Menu disediakan untuk semua penumpang Business Class. Pilih mana yang berkenan. Dan pilihlah masa yang rasa sesuai untuk makan. Kalau bangun-bangun tidur teras lapar, panggil sahaja pramugari dan order la apa nak makan. Buku menu tersedia.

Oleh kerana penerbangan kami hanya 7-8 jam sahaja, dan 3 dari 4 penerbangan kami adalah di waktu malam, jadi tidak dapatlah kami menkmati makanan di dalam flight sepuasnya kerana banyak masa kami dihabiskan dengan tidur.  

Boleh kata semua menu yang dihidangkan dipersembahkan mengikut penarafan 5 bintang. Kemas dan menyelerakan. Cuma ada satu dua menu yang kami order tetapi tak kena dengan tekak orang Malaysia….  Satu kali tu, pramugari yang suggest untuk tukar makanan sebab nampak kami macam tak berapa selera nak makan. Tak silap waktu tu saya order makanan Egpyt ke Algeria

Sebagai menghargai usaha pramugari/pramugara present cantik-cantik menu yang kami pilih, saya kongsikan beberapa gambar makanan yamg sempat kami rakam. 


Kemudahan Hiburan Oryx
Seperti mana mana penerbangan lain, Qatar Airways juga menawarkan kemudahan hiburan melalui sistem hiburan interaktif Oryx. Pilih la movie, drama, lagu atau permainan yang anda berkenan untuk menemani penerbangan anda. Tapi kalau penerbangan malam, tidor juga lagi sedap apatah lagi kalau kit.a penat berjalan-jalan ditempat orang. Di dalam flight la kita nak beristirehat

Kemudahan Internet dan telekomunikasi
Jika anda inginkan sambungan internet atau aktifkan roaming didalam pesawat semasa penerbangan, tiada masalah kerana Qatar Airways menawarkan perkhidmatan OnAir Mobile dan wifi. Anda hanya perlu subscribe service yang ditawarkan tapi perlu sedia membayar harga yang ‘sepatutnya’. Servis ini bergantung kepada pesawat yang anda naiki. Tidak semua pesawat menawarkan service ini terutamanya service wi-fi di dalam pesawat.


Entry ni sebagai tanda terima kasih kepada Qatar Airways.


Entry berikutnya, saya sambung di .... Kemudahan di Hamad International Airport HIA - Qatar Airways



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

.





Beza Passport dan Visa / Beda Passport dan Visa


Teringat lagi beberapa tahun dulu masa mula-mula saya nak travel ke luar negara. Antara perkara yg pertama saya fikir macam mana dan di mana nak buat passport dan visa. Masa tu passport dan visa pun saya tak tahu apa bezanya. Keluar negara pulak secara persendirian, jadi semuanya kena buat sendiri.
beda passport dan visa
Passport vs Visa

Jadi, sebelum memulakan perjalanan ke luar negara, perlulah tahu apa itu passport dan visa kerana anda mungkin memerlukan kedua-duanya.

Passport

Untuk yang baru pertama kali nak ke luqr negara, “Passport” adalah antara perkara paling penting yang anda kena ada.

Tapi apa itu passport ye…?
Passport adalah satu dokumen pengenalan diri yang menunjukkan negara kerakyatan kita. Di Malaysia, dokumen pengenalan kita adalah Kad Pengenalan tapi bila kita nak ke luar negara, kad pengenalan kita tak boleh digunakan, kita perlu gunakan passport.

Passport diperlukan untuk keluar dari Malaysia dan diperlukan untuk masuk ke negara lain. Tanpa passport, kita tak boleh keluar negara. Sebab tu mahkamah boleh perintahkan passport seseorang yang sedang dibicarakan disimpan oleh mahkamah untuk elak seseorang itu keluar negara.

Passport ini lah yang akan kita bawa ke hulu ke hilir sebagai pengenalan diri bila kita ke luar negara. Jagalah elok-elok ye. Macam saya, selain bawa passport ke hulu ke hilir, saya juga photocopy siap-siap passport bila keluar negara. Ini untuk persediaan kalau-kalau passport hilang semasa di perantauan, jadi urusan berikutnya tidaklah menjadi terlalu sulit. Maklumlah kadang-kadang destinasi kita pergi tu terkenal dengan kegiatan penyeluk saku… jadi ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk makluman juga, passport Malaysia kita ni boleh digunakan diseluruh dunia kecuali di Israel kerana kita tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan mereka dan kerajaan kita pun tidak mengiktiraf negara mereka.

Kulit passport juga ada pelbagai warna tetapi kita rakyat Malaysia, passport kita warna merah ye macam gambar kat bawah ni.
Sebab tu Zizan dan Kaka nyanyi lagu   “Bawaku Pergi"  ada sebut….
“Buku Merah jangan lupa bawa…  Moga-moga belum tamat tempoh…”

 “Tamat tempoh” Pastikan passport kita ada tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan lagi apabila kita ingin ke luar negara. Biasanya itulah had minimum jangka hayat passport yang dibenarkan masuk ke sesebuah negara. Kalau kurang, takut tak dapat masuk/visa tak dapat.




Visa

Visa ni berbeza dengan Passport. Visa dikeluarkan oleh negara yang ingin kita lawati tetapi perlu ingat tak semua negara perlukan visa untuk kita lawati. Visa ni lebih kurang macam permit nak masuk ke negara mereka la.

Sebelum ke luar negara (secara persendirian), kena semak dahulu dengan kedutaan mereka sama ada perlukan visa atau tidak untuk masuk ke negara mereka. Tapi tak perlu la sampai pergi ke kedutaan, cukup semak di website “imigresen” atau “tourism” mereka. Biasanya maklumat berkenaan visa akan di paparkan. Tak pun macam biasa, guna je Google dan taip “visa to …… ” , akan jumpa lah apa yang kita cari.

Biasanya kalau ke luar negara untuk urusan kerja, majikan kita melalui HR akan uruskan visa kita. Dan jika pergi menggunakan travel ejen, biasanya travel ejen juga akan uruskan visa untuk kita. Kurang la sikit pening kepala.

Visa ni ada pelbagai jenis, mengikut kategori dan mengikut negara tersebut. Ada visa pelancong, visa umrah, visa sementara, visa kerja dll. Kalau nak melancong jangan pula minta visa kerja!
Visa yang kita perolehi, akan dikepilkan di passport. Tetapi ada juga visa yang kita perolehi semasa tiba (visa on arrival), visa akan di”chop”/stamp di passport kita.

Sekarang ni tiket flight banyak yang murah-murah, jadi senang rakyat marhain macam kita nak keluar negara. Tapi ingat, dalam 3 bulan sebelum berlepas tu, intai-intai la maklumat berkenaan visa ke negara tersebut… kalau perlukan visa, tak ada la kita kelam kabut nak apply last minute….




~mat-drat~

Itinerary Gold Coast Australia : 4D3N ( Initerari Ke Gold Cost Australia)


Itinerari kami untuk short trip ni lebih kurang :


DAY 1
09.40 am : Kuala Lumpur International Airport
07.45 pm : Brisbane International Airport
09.00 pm : Check In Hotel / Apartment


DAY 2
07.30 am : Sarapan
08.30 am : Ke Seaworld (Bas #705)
09.30 am : Seaworld
05.00 pm : Balik ke Apartmen/Hotel
07.00 pm : Surfer Paradise (Bas #705)
10.00 pm :Apartmen/Hotel


DAY 3
07.30 am : Sarapan
08.30 am : Ke Warner Bros Movie World (Bas #704 & #Bas #720)
09.30 am : Movie World
04.00 pm : Keluar dari Movie World
04.30 pm : Ke Harbour Town
05.00 pm : Cuci mata di Harbour Town
07.00 pm : Balik ke Apartmen/Hotel (bas # 704)


DAY 4
06.30 am : Bersiar-siar di Main Beach
08.00 am : Sarapan
09.00 am : Ke Harbour Town (Bas #704)
10.00 am : Harbour Town - Beli apa yang patut
03.00 pm : Balik ke Apartmen/Hotel (bas # 704)
06.00 pm : Bergerak ke Brisbane International Airport
11.20 pm : Berlepas pulang ke Kuala Lumpur


DAY 5
6.00 am : Tiba di Kuala Lumpur International Airport

Rasanya untuk trip 3 hari di Gold Coast memang tidak mencukupi. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu dilawati dan dan terokai di sini. Jadi datanglah ke sini paling kurang pun 5 hari.

Ini adalah hadiah pertama untuk trip ke luar negara yang saya menangi dari sesuatu peraduan, jadi saya terima sahaja apa yang diberi oleh pihak penaja. Tak terfikir pada masa itu untuk minta lanjutkan tempoh di sana.



Baca juga entry berkaitan trip Gold Coast ini;

>> Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC
>> Trip Gold Coast Day 2 - Sea World
>> Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah
>> Trip Gold Coast : Day 3 - Warner Bros Movie World
>> Trip Gold Coast : Day 4 - Harbour Town 



~mat-drat~


Booking.com




Tuesday 1 March 2016

Shopping di Harbour Town, Gold Coast Australia: - Day 4


.... sambungan dari ....Day 3 - Warner Bros Movie World

Harbour Town. Signboard cukup besar, senang nampak


Shopping Barang Murah  di Harbour Town, Gold Coast Australia:  - Day 4 


Hari ni adalah hari terakhir kami di Gold Coast dan flight kami ke Kuala Lumpur adalah pada jam 11.30 malam dari Brisbane Airport. Transport dari apartment ke Airport pula dah di arrangekan pada pukul 6.30 petang. Jadi kami hanya bercadang aktiviti free and easy sahaja hari ni sementara menunggu jam 6.30 petang.


Main Beach

Pagi ni kami bersiar-siar agak awal di pantai Main Beach ini. Seronok melihat kehidupan mereka yang awal-awal pagi beriadah sebelum memulakan kerja. Kebanyakan pejabat dan kedai di sini di buka jam 10 pagi, jadi banyak masa untuk mereka melakukan pelbagai aktiviti pagi. 

Jalan pula tidak sibuk di area Main Beach ini, jadi mata pun tak serabut dengan hiruk pikuk kenderaan.

Terasa kehidupan mereka yang agak relax, tenang dan damai sahaja di sini....  seronok rasanya....


Matahari pagi mula menyinar... 
Mentari merah di ufuk timur...


Daun-daun keguguran di Main Beach Park


Relaxxx dan santai kehidupan mereka. 
Beriadah sebelum memulakan kerja






Southport Yatch Club


Dalam jam 9.00 pagi kami menunggu bas untuk ke Harbour Town. Sambil menunggu bas, kami sempat lagi snap beberapa keeping gambar dengan pemandangan yang agak menarik di sekitar Soutport Yatch Club ni, Hanya seberang jalan dari De Ville Apartment. Tak ada apa pun di sini, cuma tempat kapal-kapal layar berlabuh.



Tempat tunggu bas berhadapan dengan Southport Yart Club


Soutport Yatch Club Gold Coast
Tak ada pulak tuan punya kapal nak offer naik...


Sempat kami bersantai tengok kapal layar dan bot orang...



Harbour Town


Bas yang membawa kami tiba di Harbour Town dalam jam 10 pagi, dan kedai-kedai baru hendak di buka. Orang tak berapa ramai lagi, jadi agak seronok shopping waktu ni, selesa untuk kita memilih barangan.

Untuk makluman, kedai-kedai di sini akan ditutup sekitar jam 5 petang. Dan waktu tutup sebenarnya berubah-rubah mengikut musim. Pada waktu kami kesini, malam agak awal iaitu sekitar jam 6 petang, jadi pukul 5 sudah banyak kedai yang di tutup. Malam akan sangat sejuk dan tak ada orang nak menyopping waktu sejuk...





Macam biasa, masuk dari satu kedai ke satu kedai. Antara kedai / butik yang paling lama kami masuk adalah LEVI'S, ESPIRIT , FILA, dan NIKE.


Kami beli beberapa pasang seluar jeans Levi's , harga dalam range AUD 30 - AUD 40 sahaja sehelai. Kena lama memilih dan mencari sebab mereka tak keluarkan semua saiz dan semua jenis pada satu masa. 

Di Espirit, beberapa pasang Jeans juga sempat kami sambar. Agak murah kalau di banding di Malaysia. Dan di FILA kami sambar seorang sepasang kasut sukan. Kasut yang kami beli pun yang murah-murah sahaja, dalam range AUD 30 - AUD 50. 

Untuk yang nak beli perfume, ada satu kedai jual perfume di Harbour Town ni. Harga jauh lebih murah kalau beli di Airport. Di sini juga sempat la sambar sorang dua botol perfume.



Hasil tuaian hari ini



Solat / prayer room di Harbour Town

Solat di sini tiada masalah kerana surau di sediakan di tourist lounge.


Ala-ala macam JPO...






Restoran Halal di Harbour Town



Mengikut laman web goldcoastislam terdapat sebuah restoran halal di sini iaitu Real Adana Chargrill. Tapi kami tak jumpa walaupun dah pusing, akhirnya kami singgah di sebuah pasaraya dan beli roti sahaja dan makan bersama susu segar. Kebetulan sewaktu terkial-kial memilih makanan halal, ada seorang wanita Malaysia yang menetap di sini membantu saya... di tunjukkan mana yang halal. Dia pun faham bila kami terkial-kial nak pilih makanan.


Dalam pukul 3 petang kami meninggalkan Harbour Town selepas 4 jam lebih di sini.


Kami sampai di Apartment dalam jam 4 petang dan terus bersiap-siap packing barang untuk ke Airport. Jam 6 petang, van yang sama datang pickup kami untuk terus ke Airport. Kami sampai agak awal di Brisbane Airport, dalam pukul 7 malam. 


Penerbangan pulang kami dari  Brisbane - Kuala Lumpur pada  jam 11.20 malam.



-Tamat 4D3N Trip ke Gold Coast Australia-

~mat-drat~



Booking.com
Baca juga entry berkaitan trip Gold Coast ini;

Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC
Trip Gold Coast Day 2 - Sea World
Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah
Trip Gold Coast : Day 3 - Warner Bros Movie World
Trip Gold Coast : Day 4 - Harbour Town 
Trip Gold Coast : Itinerari 4D3N