Friday, 15 April 2016

Trip ke Paris : Dari Barcelona ke Paris - Day 1

Trip ke Paris : Dari Barcelona ke Paris - Day 1





... Trip ke Paris ini adalah sebahagian dari Trip Barcelona - Paris -Doha yang ditaja oleh Qatar Airway.


Kami tiba di Paris Charles de Gaulle (Terminal 2D) dari Barcelona dengan penerbangan Easyjet. Jam ditangan menunjukkan pukul 12 tengah hari.Nampaknya suasana di Arrival Hall terminal 2D ni agak sibuk. Agak crowded macam LCCT pun ada ( sebelum KLIA2 dibuka).

Selepas mengambil luggage terus keluar dari Hall. Tiada pemeriksaan imigresen atau kastam. Mungkin kerana penerbangan dari negara Europe, jadi tiada pemeriksaan. Passport tak di chop bila masuk. Risau juga masa nak keluar nanti kalau dia check, tak ada chop masuk. 

Pandang kiri-kanan mencari gerai atau kedai menjual sim kad. Tak jumpa pula. Jadi tanpa buang masa kami terus menuju ke platform untuk menaiki train ke Paris.

Pengangkutan dari Airport ke Paris - ( Aeroport)

Pilihan yang paling cepat dan senang adalah menggunakan train . Di sini lebih dikenali sebagai Aeroport. Jarak dari Airport ke Paris City dalam 40 km.
Perhatikan signboard Paris par Train / Paris by Train untuk ke platform train.

Harga tiket cuma 10.00 dan train akan berhenti di beberapa station utama. Di Paris sendiri, ia akan berhenti di 3 station utama. Kami akan berhenti di station Gare du Nord. Kalau yang naik train Eurostar London-Paris pun akan berhenti di sini. Kemudiantren RER B akan terus ke station paling sibuk iaitu Châtelet Les Halles, dengan bersambung dengan 4 lines metro dan 3 line RER. Kemudian train akan berhenti di station Saint Michel/Notre Dame, Luxembourg, Port Royal dan seterusnya.

Train station RER B ni terletak di Terminal 2. Dari mana-mana Terminal 2, terus sahaja berjalan menuju ke "Paris par Train/ Paris by Train". Manakala, jika dari Terminal 1 perlu naik train Airport Shuttle (CDGVAL) yang disediakan ke Terminal 2. 

Train ticket vending machines kat sana ada banyak colour, bergantung kat station. Kalau kat Airport ada vending machine warna kuning dan putih. Yang kuning untuk tiket TGV/Intercity train. Manakala yg putih berkotak tu untuk tiket RER B. 




Lain-lain ticket vending machine kalau jumpa, 


Green train ticket machines: 
Paris and suburbs city trains (tickets for Paris RER, Paris Metro, Transilien)

Yellow train ticket machines: 
TGV / SNCF and other highspeed/normal speed intercity trains (Thalys, Lyria, Eurostar, ICE, Intercities, Corail, etc.)

Blue train ticket machines: same as green machines – RER B tickets, Paris Metro, Versailles, Disneyland, etc.


Bagi yang nak beli Pass Paris Visite atau Paris Navigo, boleh di beli di mesin ini juga. Kami beli di sini.


Memandangkan kami akan berada 3 hari di sini, kami terus beli Pass Paris Visite di sini. Lebih jimat dan tak perlu beli tiket setiap kali nak naik metro/train. Oleh kerana tempat yang akan kami lawati hanya berada di Zone 1 - Zone 3, jadi kami beli untuk Pass yang cover ke Zone 3 sahaja. Untuk Airport ke Paris (Zone 5), kami beli tiket asing € 10.00 sehala. Jimat sikit sahaja la berbanding beli siap-siap Pass Zone 5 untuk 3 hari.


Harga Paris Pass (Transport) 

Paris Visit (Pass Transport) 1 day (zone 1 to 3) / Adult € 12.30
Paris Visit (Pass Transport) 2 day (zone 1 to 3) / Adult € 20.00
Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 3) / Adult € 27.00
Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 5) / Adult € 55.00

Tips : Kat sini hanya menerima kad kredit/kad debit dengan chip serta 4-6 PIN nombor. 

Untuk panduan ParisByTrain boleh baca di sini

Hati-hati penyeluk saku jika berada di tren station atau pun di dalam tren!



Sewaktu melalui pintu laluan tiket ke platform train, isteri saya di tolak dan seakan dirempuh dari belakang oleh seorang perempuan, sedangkan laluan lain kosong. Terconfius sekejap kami pada waktu tu. Pada mulanya kami sangka mungkin dia tiada tiket dan cuba mencuri masuk ke train tetapi apabila dia tidak menaiki train, baru kami rasa agak janggal. Mungkin inilah contoh cara penyeluk saku yang dikatakan cukup cekap di sini. Terus wife saya check hand beg, Alhamdulillah tiada apa-apa yang hilang.

Kami ambil RER B terus ke station Gare De Nord. Train yang menunggu sudah hampir penuh, jadi kami terpaksa berdiri hampir separuh perjalanan.


Station Gare De Nord

Station Gare De Nord ni antara salah satu station metro di Paris yang integrated dengan lane-lane metro yang lain. Walau pun ia dah lama tetapi tetap anara yang paling menjadi tumpuan. Bagi saya, ia satu station yang cukup besar dan juga serabut dengan orang ramai yang bertali arus. Semuanya berjalan pantas, pagi jalan laju.... balik petang pun jalanlaju. Mungkin budaya mereka, tak seperti di Negara kita yang berjalan sambil lewa. Ini contoh negara maju, hargai masa!

Jika belum beli Paris Visit Pass, sediakan duit syiling atau kredit kad untuk membeli tiket metro train untuk ke destinasi lain. Kami gunakan Paris Visit Pass

Dari sini, kami mengambil tren ke station Mercedet Passioner. Di Paris, train bawah tanah mereka sahaja rasanya ada lebih 10 laluan tak termasuk train inter-city. Di KL tak silap hanya ada 3 - 4 laluan sahaja campur monorel dan juga komuter.

Gare du Nord

Image result for gare du nord paris
Gare du Nord ni memang ramai orang

Hotel Murah di Paris

Di Paris terlalu banyak hotel,beribu-ribu hotel. Pilih sahaja hotel atau penginapan mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Seperti biasa saya booking hotel di booking.com sebab best booking melalui  booking.com tak perlu bayar semasa booking dibuat.. Setelah membaca review-review, akhirnya saya pilih Hotel Victoria.Susah juga nak buat pilihan berdasarakan budget



Saya pilih Victoria Hotel sebab

- hanya € 65 semalam, agak murah

- top di booking.com bagi kategori hotel murah di bawah RM 220 semalam

di kawasan ramai muslim, senang cari makanan halal

- berhampiran metro station ( 200 meter sahaja)

- hotel-hotel yang lagi okey (rating tinggi) di bawah € 100/malam kebanyakannya penuh

- wifi percuma / boleh tinggal luggage

- ada kedai runcit sebelah hotel


Hotel di Paris

Rasanya kalau cari hotel tu, faktor paling utama adalah berdekatan dengan station metro dan senang mencari makanan halal. Ada yang suka mencari hotel berhampiran station Gare du Nord atau pun station Gare de L'East
Tapi perlu tahu juga kawasan penginapan kita tu kawasan apa.... ada tempat yang saya lalu, agak kurang selesa apabila lihat terlalu ramai golongan pengemis dan tempat macam kurang selesa. Sewaktu kami berjalan di sekitar station Gare de l'Est ni, saya kata kepada isteri.... nasib baik tak ambik hotel area sini!. Entah, rasa cukup tak selesa melihat gelagat orang di kawasan sekitar sini.

Image result for gare du est paris



Image result for gare du est paris
Gare du l'Est .  Ni rasanya station dah lebih 100 tahun kalau tengok kepada bangunan dia

Penginapan murah di Paris -Hotel bawah RM 220 / malam


Di Paris, penginapan dalam range RM 200 semalam boleh di kira sebagai budget hotel. Mungkin hanya dapat 1 star hotel * atau 2 star ** sahaja. Jika ambil hotel dalam range ni, jangan harapkan macam-macam seperti 3-star atau 4-star hotel. Apa yang penting, kena baca review mereka-mereka yang pernah menginap di hotel tersebut.

Hotel murah/budget ( RM 220 ke bawah)
Hôtel Victoria 1-star
B&B Hôtel Paris Porte de la Villette 2-star
Bridgestreet Champs Elysées Deluxe Residence Apartments
Hipotel Paris Nation Gare de Lyon 3-star
ibis budget Paris Porte de Vincennes 2-star


Kalau nak hotel mahal sikit je ( RM 220 ke atas)
Hipark Paris - La Villette - 4-star
Mercure Paris Terminus Nord - 4-star
Holiday Inn Paris Gare de l'Est - 4-star
Best Western Premier Opéra Faubourg (Ex Hotel Jules) 4-star
Avalon Hotel - Gare du Nord Paris 3-star



Victoria Hotel

Dari station metro Marcadet - Poissoniers kami hanya perlu berjalan sejauh 150 meter ke Hotel Victoria. Cuma sedikit kecewa apabila sampai, bilik yang ada hanya di tingkat 4. Terpaksa lah kami mengangkat beg-beg kami ke atas melalui tangga kayu antiknya. Victoria Hotel ini merupakan hotel lama dengan seni binaan lama..


Marcedet-Poisoniers - Masa kat Malaysia saya dah hafal nama station ni
Awek ni awal sikit je, kalau tak dapat kami bilik di 2nd floor

Tangga kecil sampai ke tingkat 4


Bilik agak sempit, cukup-cukup untuk 2 orang. Kira boleh la sebab bilik hanya untuk tidur sahaja, banyak masa akan di habiskan berjalan-jalan di Paris. Wifi di tingkat 4, sekejap okey...sekejap tak okey. Bilik air kecik sangat tapi kira boleh la untuk rate yang kurang RM 250 se malam kat Paris ni. Yang penting, restoran halal ada dua berdekatan dan di bawah juga ada satu kedai runcit (sebelah sahaja).

~mat-drat~




Booking.com

BOOK YOUR FLIGHT WITH   KLM

 http://invl.co/rxn