Friday, 15 April 2016

Trip Percutian ke Barcelona - Day 1

Trip ke Barcelona Day 1




Barcelona ... Catalunya   Spain

Sebenarnya memang tak pernah terlintas atau terfikir pun akan sampai ke sini. Kalau ada rezeki lebih pun, angan-angan mungkin akan ke Korea atau Jepun dahulu. Kemudian Turki dan baru ke Europe. Tapi tak tahu bila la…..

Selepas lebih 18 jam penerbangan ( termasuk 2 jam 40 minit transit di Doha), akhirnya kami tiba di Terminal 1 Airport Barcelona atau dalam Spanish-nya Aeroport de Barcelona / Barcelona El Prat. Jam menunjukkan 2:15pm waktu tempatan atau 8:15pm waktu Malaysia. Beza waktu Barcelona dan Malaysia adalah 6 jam, (Malaysia awal 6 jam)

Untuk penerbangan antarabangsa kebanyakannya akan tiba di Terminal 1 (T1), manakala Terminal 2 (T2) lebih kepada untuk penerbangan domestik, penerbangan serantau dan penerbangan tambang murah.Jadi pastikan betul-betul lapangan terbang ketibaan sebelum buar arrangement dengan mana-mana pihak di sana untuk pick-up kita.

Bila penerbangan QR 139 dengan pesawat Airbus A330-200 kami mulai terbang rendah dan  membelok ke arah Airport, maka terdamparlah Barcelona disebelah kanan kami… sayup mata memandang.


Percutian ke Barcelona Spain
Barcelona sayup sayup kelihatan


Trip Percutian ke Barcelona Spain
Semakin tak sabar, lagi-lagi bila Hotel W-Barcelona 
yang berada di hujung pantai Barceloneta mula kelihatan



Selesai sahaja urusan pemeriksaan kastam dan imigresen, kami terus ke kaunter Tourism Barcelona yang terletak di sebelah kanan apabila keluar dari pintu airport. Setelah mendapat pamplet2 dan info2 berkenaan Barcelona, langkah pertama adalah mencari transport ke Barcelona City.

Kastam di sini macam kebanyakan kastam dinegara-negara lain, tidak terlalu ketat. Tidak lah sampai beg dibuka untuk dilihat dan diperiksa isi kandungan beg seperti di Airport di Australia. Makanan-makanan segera yang kami bawa, tiada masalah untuk dibawa masuk.


Trip Percutian ke Barcelona Spain
Beratur nak ambil pamplet n map berkaitan Barcelona











Transport Barcelona Airport

Untuk ke Barcelona City, boleh pilih transport mana yang rasa sesuai sama ada nak naik bas Aerobus, train Reffe atau pun teksi.

3 pengangkutan yang mungkin boleh dipertimbangkan :

1. Aerobus Barcelona

  • Berlepas setiap 5 atau10 minit, ikut jadual.
  • Berhenti di dua stesyen utama iaitu Plaza Espanya dan Placa Catalunya
  • Masa perjalanan lebih kurang 25 minit ke Placa Espanya dan 35 minit ke Placa Catalunya
  • Tambang hanya €5.90 sehala (€10.20 pergi balik – valid 15 hari).
  • Ruang bagasi disediakan khas didalam bas, besar mana pun beg bagasi, Insyaallah boleh masuk.
  • Bas ni lebih kurang macam bas ekspres KLIA – KL Sentral.
  • Bas A1 utk perjalanan Terminal 1 – Placa Catalunya manakala 
  • Bas A2 utk perjalanan Terminal 2 – Placa  Catalunya. 
  • Kalau dari Airport memang tidak menjadi masalah tapi jika dari Barcelona hendak ke Airport, pastikan betul2 nombor bas trsebut sama ada A1 atau A2


Maklumat lanjut boleh klik website Aerobus


2. Train Renfe

  • Berlepas setiap 30 minit dari stesyen di Terminal 2
  • Bas transit disediakan dari T1 ke T2
  • Berhenti dibeberapa stesyen tapi untuk ke Barcelona City, elok berhenti di Psg De Garcia. Kira stesyen paling besar dan bersambung dengan lain2 public transport.
  • Masa perjalanan ke Psg De Garcia (berhampiran Placa Catalunya) adalah lebih kurang 25 minit.
  • Dari Psg De Garcia boleh sambung ke destinasi dgn underground train, bas atau teksi.
  • Tambang adalah €4.10 sehala tetapi untuk jimat boleh gunakan tiket travel T10

Trip Percutian ke Barcelona
Ikut signboard sama ada nak menaiki tren atau bas


3. Teksi

  • Pilihlah teksi airport yang berwarna hitam kuning, jangan ambil limo pula.
  • Tambang dari T1 lebih kurang €30 dan bergantung kepada destinasi.
  • Sesuai untuk yang tak suka turun naik bas/train dan wang bukan faktor utama.
  • Jangan risau kena caj mahal sebab jalan raya di Barcelona memang lancar.  Kenderaan persendirian memang agak kurang mungkin kerana public transport mereka agak efficient dan integrated antara satu sama lain.


Untuk maklumat lanjut mengenai Airport dan  Airport Transport, boleh baca di website  Airport Info


Tiket  Travel  T10 Barcelona

  • T10 adalah tiket public transport yang boleh digunakan untuk menaiki metro train / train Renfe (zon 1 sahaja) / bas / tram) sebanyak 10 kali penggunaan.
  • Berbaloi jika kita akan naik lebih 3 kali pengangkutan awam
  • Harga adalah €9.95
  • Berbanding harga tiket individu adalah €2.15 sekali naik, jadi kita save €11.55 untuk 10 kali penggunaan dengan tiket T10 ini. Kalau dalam RM dah hampir RM50 tu!
  • Barcelona City ke Airport dikira zon 1 untuk Train Renfe
  • Kebanyakan tempat menarik di Barcelona adalah dalam zon 1
  • Penggunaan di metro train dan bas dikira 1 kali penggunaan jika digunakan dalam masa 1 jam 15 minit. Maknanya  kita naik metro train (bersambung/bertukar train juga boleh) dan tukar ke bas pula masih dikira satu perjalanan.
  • Jika keluar dari station metro dan masuk semula, akan dikira 1 perjalanan baru. Jadi dalam interchange station, pastikan ikut pintu yang betul ke next train. Kalau dah keluar, kena touch semula untuk masuk. Kira rugi satu perjalanan.


Info lebih boleh baca di sini T10 Ticket


Beli Sim Kad Murah di Barcelona

Pesanan saya, elok rasanya sebelum keluar dari Airport, beli siap siap kad sim tempatan. Jurujual disini pastinya mereka boleh berbahasa English, jadi senang kita berurusan. Jika di bandar nanti, pening kita pusing2 nak cari kedai telco dan penjual yang boleh berbahasa English.

Kami beli 2 sim kad  di kaunter jualan sim kad Lebara Móvil dengan harga €5 setiap satu. Dan top-up €10 kedua duanya. Rasanya cukup untuk penggunaan data dan call selama 4 hari disini. Di hotel pun dah ada disediakan Wifi.

Trip Percutian ke Barcelona
Kaunter jualan sim kad Lebara Móvil

Trip Percutian ke Barcelona
Lama juga nak setting internet. 
Nasib baik beli sim kad kat sini. Sim kad semuanya dalam Spanish.
 Minta juru jual tu selesaikan setting sehingga dapat buat call pertama
dan msg whatapps pertama berjaya dihantar.


Kami memang perlukan sangat sim kad ni sebab anak-anak kami di Malaysia perlu sentiasa dihubungi.  Lagi pun mana la tahu, kami berdua terpisah di negara orang ni… senang la nak kesan semula.

Untuk mendapatkan lebih penjimatan untuk panggilan ke Malaysia, saya juga telah siap2 beli dan aktifkan Flexiroam pass untuk 3 hari di Barcelona. Memang jimat jika kita gunakan flexiroam ni di luar negara terutama jika kita perlu kerap kali hubungi keluarga di Malaysia.  Flexiroam ni syarikat Malaysia yang menawarkan penjimatan panggilan telefon ke Malaysia apabila kita berada di luar negara.  Maklumat berkaitan Flexiroam



Perjalanan dari Airport Barcelona ke Hotel

Oleh kerana tak nak buang masa terpaksa naik bas-transit dari T1 ke T2 untuk menaiki train ke Barcelona City, maka kami pilih naik Aerobus sahaja. Bas pun memang sudah sedia menunggu, tak sampai 5 minit kami berada di dalam bas, bas pun bergerak. Tiket berharga  €5.90 boleh  dari pemandu sewaktu ingin menaiki bas.


Semasa di dalam bas, kami terserempak dengan seorang brother dari Malaysia. Saya ingatkan brother ni dari negara arabjke apa... hilang sikit muka melayu dia. Seronok sebenarnya kalau dapat jumpa orang Malaysia di negara orang, lagi lagi negara tu tak ramai pelancong dari Malaysia. Brother ni nama dia zaimi, tengah buat ‘kembara solo’ ala ala backpacker keliling dunia. Dah berbulan dia mengembara. Boleh intai2 FB dia, banyak gambar2 menarik di negara yang dia lawati. Tak silap saya, dia baru selesai pusing2 negara Afrika dan sekarang nak pusing2 Europe pula dan balik Malaysia sebelum Ramadhan tiba. Kira Barcelona destinasi pertama dia di Spain n Europe untuk trip dia kali ni. Best ooo pusing2 dunia, janji duit penuh kat poket. Respect la lu bro…. sekarang pun dah jadi rakan saya di FB.




Lebih kurang 35 minit, bas pun sampai di Placa Catalunya dan kami tak bercadang nak pusing-pusing buat masa ni. Hajat hati nak terus ke hotel dan berehat hilangkan letih dahulu. Maklumlah jam dah hampir pukul 4ptg (10 malam waktu Malaysia), keletihan sudah mula terasa.



Trip Percutian ke Barcelona
Placa Catalunya - tidak sesibuk mana

Saya mula buka map dan cari bus stop yang khusus untuk bus route ke hotel penginapan kami. Di sini, bus tak berhenti sesuka hati, bus hanya berhenti di bus stop yang telah ditetapkan. Boleh perhatikan nombor bas-bas yang terdapat di bus stop, cukup jelas dan cukup membantu.


Trip Percutian ke Barcelona
Mula membaca nota di telefon untuk mencari direction ke bus stopyang betul


Pusing punya pusing dalam 10 minit, tak jumpa bus stop yang dicari. Betullah Psg De Garcia ni agak mengelirukan untuk mereka yang kali pertama sampai kes sini. Mungkin kerana keadaan simpang2 dan  bangunan2 yang hampir sama sahaja. Akhirnya kamiterpaksa naik teksi bermeter dari Psg De Garcia ni terus ke Hotel penginapan kami.


Trip Percutian ke Barcelona Teksi
Taxi hitam kuning ni cukup banyak di Barcelona

Nak berbual banyak2 dengan driver teksi pun tak boleh sebab dia tak berapa fasih bahasa Inggeris. Nak bual lebih2 pasal Kelab Barcelona pun tak dapat. Dah seperti dijangka mereka memang kurang berbahasa Inggeris. Dalam 15 minit naik teksi, kami pun sampai ke hotel penginapan kami, W Hotel Barcelona.

Tambang teksi yang dikenakan adalah €12.

Kebanyakan taxi di sini menggunakan kereta jenama Spain sendiri iaitu "SEAT". Cukup kuat jati diri mereka. Teksi memang banyak dan cukup mudah untuk didapati. Agaknya sebab teksi banyak, penggunaan bas dan train yang efisen serta ramai penduduk menggunakan basikal dan motorsikal, maka 4 hari di sini, kami tidak jumpa atau rasai langsung kesesakan jalan raya.



Kami sampai di W Barcelona Hotel jam di tangan menunjukkan telah  4:30pm waktu tempatan.


Masa check-in, awek receptionist tu tiba-tiba begitu excited bila tahu kami dari Malaysia.  

Dengan berkobar kobar dia bagi tahu ”my name actually means “kasih” in Bahasa”. Rupanya mak dia lahir di Kuala Kangsor. Excited dia cerita macam macam. Saya pun terpaksa la gebang sikit bla bla bla pasal Malaysia n Perak. Dah letih katakan.

Sempat juga si Kasih ni bertanya “Come here for Barcelona game?”
Dengan berkobar2 nye pula saya menjawab “Yup, fly for 18 hours from Malaysia just to watch this last game and to celebrate together with Messi”………


Langkah pertama masuk bilik, terus call anak2 di Malaysia. Ini pun dah kira lewat sebab 5pm disini, di Malaysia dah 11 mlm. Rupa-rupanya anak2 masih menunggu panggilan dari kami walau pun telah 11 malam di  Malaysia.


Dapat bilik yang cukup selesa dan menarik di W Barcelona ni dapatlah kami merehatkan diri sebelum memulakan sesi jalan jalan di sini.


Trip Percutian ke Barcelona
Berehat sebentar sebelum memulakan aktivit 
ronda-ronda selepas 18 jam dalam pesawat.


Trip Percutian ke Barcelona



Trip Percutian ke Barcelona
Pandangan dari bilik. Cantik dan menenangkan.
TQ Qatar Airways untuk penginapan yang awesome in
i!
Trip Percutian ke Barcelona
Pemandangan laut Mediterranean yang terbentang luas….
 sungguh mengasyikkan terutama waktu maghrib dan sebelum subuh.


Package ‘Wonderful room’ yang diberi kepada kami memang cukup selesa dan harga bermula dari €275/night.  Untuk yang berhajat menginap disini, boleh booking di W Barcelona .  Pelbagai pilihan bilik lain dan pastinya dengan harga berbeza.







Penginapan hotel pilihan lain di sekitar Barcelona

Saya senaraikan beberapa hotel di sekitar Barcelona mengikut kategori tertentu seperti di bawah :

Hotel pilihan ramai di Barcelona


5 Star Hotel - antara yang paling disukai


3 Star Hotel - plihan ramai


Hotel Budget / Hostel - Untuk backpakers






...bersambung ke entry..... Jalan Jalan ke Barcelona - Barceloneta Beach Day 1


~mat-drat~






Booking.com


Entry Berkaitan semasa Trip kami ke Barcelona




No comments:

Post a Comment