Friday 15 April 2016

Hotel murah di Barcelona

Hotel murah di Barcelona / Cheap hotel in Barcelona



Bagi yang sedang mencari-cari penginapan di Barcelona, mungkin senarai di bawah boleh menjadi panduan.
Bagi saya 3 faktor utama ini perlu diambil kira :
  1. Harga dan keadaan hotel
  2. Berdekatan dengan station metro
  3. Senang mencari makanan halal

Lokasi berhampiran La Rambla atau Psg De Garsia menjadi pilhan ramai kerana access kepada public transport terutamanya tren metro, aero tren  dan bas senang. Tapi kalau ambil hotel jauh sikit pun tak jadi masalah asalkan dekat dengan station tren metro atau station trem. Pastikan berhampiran dengan pusat Bandar jika ingin bergerak dengan teksi. Teksi juga banyak di sekitar Barcelona, memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Untuk senang mendaapatkan makanan halal, kena ambil hotel berhampiran La Rambla. La Rambla adalah kawasan tumpuan pelancong, ada beberapa restoran halal di situ. Juga kawasan di belakang La Rambla juga terdapat beberapa restoran halal....

Kami menginap W Barcelona Hotel  di hujung pantai Barceloneta.... tajaan Qatar Airways. Transport paling mudah di sini adalah mengguankan teksi, memang sedia menunggu di hadapan hotel. Kami juga menggunakan perkhidmatan bas, cuma agak lambat berbanding teksi. Station metro agak jauh, terpaksa menapak lebih kurang 900 meter ke station metro terdekat. Dalam radius 1 km, kami tidak jumpa restoran halal di akwasan ini. untuk makan, kami makan di sekitar La Rambla.
Penginapan hotel pilihan lain di sekitar Barcelona mengikut kategori

Hotel paling di minati ( top 3 di booking.com )

  1. Hotel 1898
  2. Olivia Balmes Hotel
  3. Yurbban Trafalgar Hotel

5-Star Hotel paling diminati

  1. Hotel The Serras
  2. W Barcelona
  3. Grand Hotel Central

3 Star Hotel paling diminati

  1. EuroPark Hotel
  2. Citadines Ramblas Barcelona
  3. NH Barcelona Centro
  4. Andante

Hotel Budget / Hostel kegemaran backpakers di Barcelona

  1. St Christopher's Inn Barcelona
  2. Hostel One Paralelo
  3. Bed&Bike Barcelona
  4. Sant Jordi Hostel Rock Palace

~mat-drat~




Booking.com
Entry Berkaitan semasa Trip kami ke Barcelona


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.