Saturday 16 April 2016

Trip Paris - Day 2 di Champ Elsyee dan Arc de Triomphe

Shopping Murah di Paris

sambungan dari entry sebelum ni....


................................................................................................................
Terbaru  2018 :
Baca perkongsian terbaru Mat Drat jika ingin melancong atau bercuti ke Paris.
Perkongsian ni agak detail dan juga ada info-info terbaru. 
................................................................................................................


Paris Day 2....bersambung lagi....

Untuk part 2 ( sessi petang ), kami hanya bercadang ke Arc de Triomphe & Champs-Élysées sebab turun dari Eiffel Tower pun dah pukul 4 lebih. Tak banyak tempat yang boleh pergi dah petang-petang ni.

Arc de Triomphe

  • Dari Eiffel Tower, kami ambik tren di station metro Bir-Hakeim dan turun di station Charles de Gaulle - Étoile. 
  • Dari Eiffel Tower tadi perlu menapak lebih kurang 800 meter ke station Bir-Hakeim. 
  • Di sepanjang jalan Eiffel Tower- Bir-Hakeim, ada beberapa gerai menjual souveniour tetapi harganya agak mahal. Biasalah, tempat tarikan utama.
  • Arc de Triomphe ni di bina sempena memperingati kejayaan Napoleon.


"Iconic triumphal arch built to commemorate Napoleon's victories, with an observation deck. "


  • Kalau datang sini nak pergi bergambar di luar sahaja tak de masalah... ia  sentiasa dibuka TAPI kalau nak masuk ke monumen, kena bayar 12€
  • Arc de Triomphe ni terletak di tengah-tengah roundabout.... rasanya roundabout terbesar di Paris, di France dan mungkin juga roundabout terbesar di dunia. 
  • Roundabout ni sahaja mempunyai 12 simpang.
  • Oleh kerana roundabout ni tersangat la besar jadi ia tersangat la sibuk terutama di sebelah petang, maka janganlah sekali-kali mencuba untuk menyeberanginya. 
  • Laluan bawah tanah ada disediakan untuk ke monumen Arc de Triomphe ni. 
  • Akan ada sorang dua yang tidak paham bahasa nak tunjuk handal. Memang ada yang berani, tapi saya lihat betul-betul menyabung nyawa....

Sedikit gambar di sekitar Arc de Triomphe....









Kebetulan mereka ada perbarisan memperingati veteran tentera mereka...
dan baju pula sama dengan bendera mereka


Champs-Élysées

  • Champs-Élysées satu jalan yang menjadi tumpuan manusia kalau ke Paris.
  • Katanya antara tempat shopping di Paris, murah atau tak....saya tak arif sangat sebab rata-rata senua butik di sini butik terkenal
  • Bagi yang biasa shopping handbeg ribu-ribu, mungkin boleh bexakan harga sama ada memang murah atau tak kalau beli di sini.
  • Ia bermula dari Arc de Triomphe dan terus Place de la Concorde. Metmang panjang.
  • Place de la Concorde pula dipisahkan dari Placa du Carrousel dan Musee du Louvre oleh Jardin des Tuileries. 

...



...


  • Champs-Élysées begitu dikenali kerana ia menghimpunkan pelbagai butik-butik terkenal dan ternama. Perempuan kalau nak sambar hand bag, bolehlah membeli di sini. Budget kena besar la.....
  • Macam isteri saya, awal-awal lagi saya dah pesan.... Kalau jumpa hand bag bawah RM 1,000 boleh dipertimbangkan. Masuk 2 3 butik, tak jumpa pun yang bawah RM 1,000 ...  Jadi rezeki saya dan bukan rezeki dia.
  • Kami ni sampai kesini pun sebenarnya bukan niat nak membeli belah pun,  tapi masuk jega la butik-butik yang ada kat sini. Sekurang-kurangnya boleh la join kalau kawan-kawan cerita pasal Champs-Élysée ni. 
  • Ops...jumpa pun McD.... inilah public toilet la ni ye. Ilmu yang dapat di Barcelona di practicekan di sini, sebab susah betul nk cari public toilet di Paris ni.



Kiri kanan ramai manusia.....

Deretan sport car di Champ-Elsyee. Tak silap 100 € utk 20 minit  ronda-ronda.
BukNak rasa naik Lamborgini, boleh la.. tapi bukan drive sendiri ye
Mengintai Butik LV, dari luar je...


Walau pun tak ada hajat nak membeli belah di sini, tapi wife tertarik dengan Disney Store. Kebetulan teringat anak perempuan kat rumah memang minat sangat dengan Elsa Frozen, jadi dapat la untuk dia satu patung soft Elsa. Harga dalam 35€. Dan untuk adik dia dapat la patung soft Aladin, murah la sikit...cuma 30€. Betul-betul meniaga Disney Store ni, masa nak bayar dia kata mereka tak provide plastic bag, kena beli plastic bag yang harga dalam 3-5€ satu. Dah nak jadikan hadiah, kena la letak dalam plastic bag... Tapi plastic bag pun dekat RM 15 satu.... hu hu hu


Elsa dan Aladin yg di bawa balik

Hajat hati nak terus ke Place de la Concorde, tapi kami dah keletihan dan kaki sudah tersangat la lenguh. Tak sempat sampai ke Place de la Concorde, kami dah ciluk ke station tren Franklin D. Roosevelt untuk terus balik ke hotel.

Dan singgah lagi di restoran Algeria untuk dinner kami.

Dan keletihan yang amat sangat....  tertidur walau pun kat luar ni agak hiruk pikuk sikit.

... bersambung....




Entry-entry Trip Paris ini



Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2



Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡








No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.