Tuesday 10 May 2016

Makanan Halal di Paris

Makanan Halal di Paris


Senarai Restoran Makanan Halal di Paris


Terlupa nak post sebelum ni.... dah post pasal trip ke Doha baru teringat nak post pasal Makanan Halal di Paris


Di bawah ini saya senaraikan beberapa restoran halal hasil pembacaan dan review saya sebelum ke Paris dan hasil pemerhatian saya sewaktu di sana. Bagi saya, saya mempercayai 100% status HALAL yang terpampang di pintu restoran tanpa ragu-ragu. Saya nampak tanda HALAL, saya percaya memang halal....

Sebelum ke Paris, hasil bacaan di blog-blog dan review-review terutama di tripadvisor, saya dapati restoran halal banyak terdapat di kawasan yang ramai penduduk Algeria terutama di kawasan Pantin dan Marcedet. Atas beberapa factor, akhirnya saya pilih hotel di kawasan Marcadet.


Area Montmartre - 18 Th Arr .

Kami menginap di Victoria Hotel
Faktor utama kami pilih Victoria Hotel ni kerana :



  1. Station terhampir dengan hotel ini adalah station metro Marcedet -- Passioniers (200 meter sahaja)
  2. 2 line metro melalui station metro Marcedet - Passioniers ini, jadi senang bergerak ke sana sini.
  3. Hanya 3 hentian dari Station Gare du Nord, tak jauh 
  4. Dan yang paling penting, Restoran jual makanan Halal senang di dapati di sini.


1. Grec Algerian 
Tempat makan utama kami. Kebanyakan makanan Algerian.  'Nasi' pun guna beras lain macam sikit... macam beras barli je. Boleh je kami makan, pilihan menu pun banyak....






2. Extra Doner
- Ada tertulis Halal dan "Sans Alcool" ( Alchohol Free )
- Betul-betul di sebelah pintu keluar station metro Marcedet Passionier






3. Fast Food Chez l' Ami
- Menu, kebab, cheese nan dan Tacos
- Terletak sebelah exit station metro Mercedet-Poisoniers
- Opposite Extra Doners

4. Istanbul Taksim Restaurant



5. Kedai Daging Mentah Boucheri Gouraya
- selang beberapa lot kedai dari Hotel Victoria
- kalau yang menginap di Apartment, boleh la daparkan daging mentah di sini. Halal






Area Pantin

Station metro terhampir adalah station Aubervilliers - Pantin - Quatre Chemins . Untuk kawasan ni, saya review sebelum ke Paris dan lihat di google street view sahaja. Saya tidak sampai ke tempat-tempat ini - hanya sampai secara maya di google view sahaja.

Jadi saya nasiihatkan, kena cek signboard / notis di luar restoran sebelum masuk ke kedai ye untuk pastikan halal atau tidak.


1. SM Café - Best Chicken Fried - Indian


2. MISTRAL BURGER

1 Rue Gabrielle Josserand, 93500 Pantin, France
http://www.misterhalal.com/302-mistral-burger


3. 2 MILLE 4

62, avenue Edouard Vaillant - 93500 Pantin


4. Snack Time

40, rue Edouard Vaillant - 93500 Pantin
Baobab D' Afrique

5. Chez Aziz

63 Avenue Edouard Vaillant, 93500 Pantin, France

6. Boucherie Aida



Nanti saya upload gambar-gambar restoran ini semua.






~mat-drat~



Booking.com

BOOK YOUR FLIGHT WITH   KLM

 http://invl.co/rxn

1 comment:

  1. ade 1 restoran Melayu Islam kat Paris ni link dia : http://corporate.gisbholdings.com/france/paris/restaurant-nur-malaysia-paris.html

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.