Sunday 12 June 2016

Tips nak dapatkan Tikets ‘Free Seats’ AirAsia - Tiket tambang murah




AirAsia kembali denga promosi 'free seat'. Jadi nak dapatkan 'free seat' yang kita inginkan sebenarnya ikut nasib juga. Ada kala destinasi yang kita nak, telah habis.... atau pun tarkh yang kita nak tidak ada lagi 'free seat' tersebut. Kita perlu berebut dengan beribu-ribu lagi orang di luar sana yang turut sama  mengejar tiket 'free seat'. 

Memburu tiket 'free seat' ini sebenarnya perlukan kesabaran. Selain perlu menunggu di 'waiting room', kita hanya diberi masa 10 minit setiap sessi untuk menyelesaikan pemilihan dan pembelian tiket kita. 

Jadi saya senaraikan 6 tips untuk memudahkan kita merebut tiket ‘Free Seats’ yang ditawarkan oleh AirAsia. Tips ini saya dapati di laman web AirAsia sendiri.

1. Daftar BIG Shot untuk mempercepatkan proses tempahan.


Biasa terjadi apabila dalam proses tempahan, penerbangan dah di pilih tetapi hadapi masalah apabila tiba di ‘stage’ pembayaran seperti kredit kad tidak dapat dicaj dan sebagainya. Frust ooo ..

Nak dapat balik turn untuk buat tempahan bila proses pembayaran tadi gagal, kena Queue dan ‘Search’ semula penerbangan yang kita nak tempah dan melalui semula stage ‘pembayaran’.


Bagi mereka yang mempunyai akaun BIG Shoot, ‘masalah’ pembayaran seperti ini dapat dikurangkan. Jadi hanya perlu login ke akaun dan pergi semula ke “Manage My Booking” untuk selesaikan pembayaran tanpa perlu ‘rebooking’ penerbangan.





 2. Guna browser yang ‘direkemenkan’


3 browser yang direkemenkan oleh AirAsia adalah Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome. Kat luar tu banyak lagi browser-browser lain, tapi yang 3 ni di rekemenkan oleh AirAsia. Browser lain boleh guna cuma takut ada sesetengan function tak support dan akan melambatkan proses ‘booking’. Lambat bermakna kita akan terlepas tiket pilihan … yang rugi kita!

3. Rancang Perjalanan / Plan your trip in advance.


Ini penting. Jangan masa tengah ‘search’ tu baru nak fikir nak pergi mana… baru nak fikir nak pergi bila…. Yang lagi haru,  baru nak fikir nak pergi dengan siapa?
Sediakan 2-3 pilihan destinasi dan 2-3 tarikh penerbangan pilihan. Jadi masa tidak akan terbuang apabila dah dapat peluang untuk buat tempahan. Ingat kita ada 10 minit sahaja.


4. Cuba Mobile App ….Go mobile!


Bila kita cuba membuat tempahan di website, jangan ‘tension’ sangat bila asyik kena duduk kat “Waiting Room”. Kena ingat ye, bukan kita sahaja yang sedang mencuba dapatkan ttiket ‘Free Seats’ ni, beribu-ribu lemon lagi di luar sana termasuk dari luar negara juga.  
Jadi download app AirAsia di handphone dan cuba juga booking melalui mobile app. Try dua-dua, di website kita cuba, di mobile app pun kita cuba… di mobile app ni mungkin cerah sikit harapan nak dapat peluang untuk buat tempahan.

5.Tempah penerbangan dulu! Yang lain tambah kemudian. Secure your flights first. You can add on anytime!


Jangan buang masa nak fikir perlu ambil baggage allowance berapa kg…. nak pilih seat tepi tingkap ke kat tengah-tengah ke.... atau nak fikir  nak pilih menu makanan apa. Ini semua kita decide dan add-on kemudian. Yang penting penerbangan tu kita tempah dahulu.
  • Baggage allowance - 4 hours before flight
  • Pick A Seat            - 4 hours before flight
  • Pre-book Hot Meal  - 24 hours before flight 


Ini semua boleh di add-on di Manage My Booking.


6. Ingat Perkara Penting Ini !!!

  • Anda hanya ada 10 minit di page ‘Search” dan ‘Search Flight’. Lebih sahaja masa, anda akan di redirectkan ke ‘Waiting Room’ semula…. Tunggula semula kat situ.
  • Elakkan buka ‘multiple tabs’ dengan menggunakan browser yang sama. Anda akan hadapi masalah apabila untuk membuat pembayaran ataupun mungkin nanti tarikh penerbangan berbeza. Ye la, setiap ‘tab’ mesti kita cuba lain-lain tarikh… nanti masa pembayaran, computer pun boleh tersalah pick-up tarikh yang kita nak. Haru ooooo…
  • Pastikan “disable’ pop-up blockers untuk pastikan proses pembayaran lancar
  • Anda akan diridirectkan ke Waiting Room apabila anda memerlukan masa yang lama (lebih 10 minit la tu). Jadi, jangan ‘refresh’ browser ….untuk elak anda dikira ‘orang baru’ di ‘Waiting Room’ tu


Akhir kalam… selamat membuat tempahan  dan selamat bercuti. Tak kisahlah… Cuti-Cuti Malaysia atau Cuti-Cuti  luar Malaysia

~mat-drat~


Promosi 3,000,000 Free Seats AirAsia

Ya!! 3,000,000 Free Seats !!



Promosi terbaru oleh AirAsia dimana syarikat penerbangan tambang murah ini akan menawarkan sehingga 3,000,000 tempat duduk promosi dalam Kempen 'Free Seats' terbarunya bagi seluruh rangkaian penerbangan jarak jauh dan jarak dekat.


Bermula dari tambang asas RM0, tidak termasuk cukai dan fi, penumpang boleh boleh membuat tempahan perjalanan kemana-mana lebih 120 destinasi di 24 negara melalui AirAsia atau AirAsia X.


Tawaran ‘Free Seats’ ini boleh didapati untuk tempahan bermula 13 hingga 19 Jun 2016 untuk tempoh penerbangan dari 4 Januari hingga 21 Ogos 2017.


Tempahan boleh dibuat di AirAsia.com atau melalui aplikasi mudah alih.


Bagi yang selalu ‘berebut’ untuk mendapatkan tiket ‘Free Seats’ ini tahu betapa pentingnya perancangan dan teknik tertentu untuk memastikan kita dapat ‘Free Seats’ yang ditawarkan.


Untuk Tips untuk dapatkan tiket 'Free Seats' ini , saya kongsikan di entry berikutnya. Tips rebut tiket

Tuesday 7 June 2016

Long Beach Pulau Perhentian







Day 2 kami bersambung di...... Long Beach Pulau Perhentian (entry 9)


sambungan dari entry ke-8 sebelum ni.... 
👉👉Jalan-jalan ke Kampung Nelayan, Puau Perhentian Kecil


Selesai makan tengah hari merangkap minum petang, kami terus bekejar ke Long Beach. Long Beach ini terletak di Pulau Perhentian Kecil. 

Masa mula-mula membaca mengenai Pulau Perhentian, hairan juga kenapa kat Pulau Perhentian di Terengganu ni boleh ada pantai dengan nama Long Beach... kan lebih manis di namakan Pantai Panjang ke.... baru la keMelayuan sikit nama dia.

Bila dah kesini, baru tahu... selain pantainya yang memang memanjang, mat dan minah salleh memang suka menginap di area sini terutama yang backpackers. Mesti ada sebab kenapa mereka suka kawasan ni. Mungkin dari situ la lekatnya nama Long Beach

Kami bergegas ke Long Beach sebenarnya untuk melihat dan menikmati suasana sunset di Coral Bay, dari Jeti Long Beach itu sendiri kami perlu pula berjalan kaki dalam 30 minit ke Coral Bay.

Dari Long Beach ada trek untuk pejalan kaki ke Coral Bay, jadi tak perlu la kami menaiki teksi air dari resort Barat Perhentian ke Coral Bay. Kalau menaiki bot ke Coral Bay, kiranya seperti memusing separuh pulau Perhentian Kecil, sebab tu harganya menjadi double dari ke Long Beach.


Menaiki Water Teksi (Bot) ke Long Beach dari Perhentian Kecil

Tambang teksi air ke Long Beach hanya RM 10 seorang, manakala jika terus ke Coral Bay dikenakan RM 20 seorang.

Memandangkan jika ambil teksi terus ke Coral Bay, bila balik ke hotel selepas matahari terbenam nanti, caj akan menjadi double dari RM 20 seorang kepada RM 40 seorang. Total dah boleh jadi RM 120, macam mahal la pulak. Jadi kami hanya akan menggunakan teksi air ke Long Beach sahaja.

Anak-anak memang kami tak bawa di atas faktor keselamatan sebab perjalanan bot agak memakan masa dan perlu pula berjalan kaki yang agak jauh melalui trek untuk ke Coral Bay.

Untuk ke sini, kami masih menggunakan bot operator sama yang membawa kami ke Kampung Nelayan tadi. Bot operator ni betul-betul terletak di hadapan The Barat Perhentian. 

Di kawasan sini, boleh kata setiap hotel/ resort menawarkan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan teksi air yang dikendalikan sendiri oleh pihak resort atau pun oleh pihak lain.

Semasa kami ingin menaiki bot, pemilik berkata memang lebih bagus kami ke Long Beach sahaja sebab berjalan kaki ke Coral Bay tak berapa jauh dan menaiki bot waktu malam dari Coral Bay tu dia tak berapa dicadangkan la.... 

Kira betullah pilihan kami sebab, pekerja tu pun kata elok ke Long Beach sahaja.


Tambang Teksi Air Bot Pulau Perhentian
standard harga...semua operator sama

Apabila bot mula berada jauh dari Pulau Perhentian Besar, bot mula terumbang ambing di pukul ombak yang sedikit besar. Hanya bot kami di tengah-tengah laut, sayup-sayup nampak 1 -2 bot lain.

Kami mula rasa tak sedap hati sebab memang tak diberikan safety jacket. Tak sangka pula naik bot ke Long Beach ni menempuh ombak yang sedikit kuat tidak seperti ke Kampung Nelayan tadi. Memang rasa cuak. Isteri dah senyap seribu bahasa sebaab ketakutan. Kalau orang biasa ke laut mungkin tiada masalah.

Bila kami tanya ada tak safety jacket dalam bot ni, budak yang bawa bot ni kata memang tak ada... dah biasa katanya. Adoiiiii

Waktu ni betul-betul rasa sangat bernasib baik sebab kami tak naik bot terus ke Coral Bay dan juga tak bawa anak-anak bersama. Kalau terus ke Coral Bay pasti lagi terasa seorang di tengah laut dan ombak pasti lagi kuat. Macam mana la perjalanan balik nanti.....

Jika dari The Barat Perhentian ke Kampung Nelayan, jaraknya dekat dan airnya agak tenang sebab di apit oleh dua-dua pulau. Peta kat bawah ni kita boleh lihat The Barat Perhentian betul-betul mengadap Kampung Nelayan ( White Mosque). Manakala perjalanan ke Long Beach pula lagi jauh ke utara dan ombak agak sedikit kuat kerana kedudukannya dah mengadap Laut Cina Selatan.



Pulau Perhentian Map
Lebih kurang 15-20 minit, kami tiba di jeti Long Beach. Jeti terletak di hujung Long Beach berhampiran Moonlight Chalet. Jeti agak sunyi tanpa orang-orang lain sewaktu ketibaan kami. Mungkin hari pun sudah lewat petang sekitar jam 6.30 petang.

Jurupandu bot tak minta bayaran sebab katanya boss dia pesan, balik nanti dia akan ambil semula. Bayar masa balik nanti sahaja katanya. Saya pula pesan keada dia, kalau nak ambil nanti jam 8 malam, jangan lewat dan bawa safety jacket sekali untuk kami. Dua kali kami pesan pasal safety jacket tapi dia buat acuh tak acuh je.


Berjalan menyusuri Long Beach

Dari jeti ni untuk ke laluan trek ke Coral Bay, jaraknya lebih kurang 600 meter dan kita perlu berjalan di persisir pantai di hadapan resort-resor, chalet-chalet dan guset house di sepanjang Long Beach ini.


Long Becah ni orang kata agak happening di waktu malam, kira malam di sini suasananya masih hidup. Di sini juga memang ramai pengunjung mat salleh berjemur dan bersantai semasa kami melalui kawasan ni. Kalau minah salleh tu, rata-rata memang berbikini sahaja. Sebab tu orang kata tempat ni kurang sesuai bawa anak-anak.

Malam pula katanya akan ada pertunjukan api di persisir pantai di sini. Jadi malam agak meriah la.

Di kawasan sini selain resort dan chalet, terdapat banyak guset house untuk backpacker. 

- Antara resort di kawasan Long Beach ini adalah :
  • Bubu Villa
  • Sunrise Inn
  • Moonlight Chalet
  • Panorama Chalet



Ombak memang agak kuat di Long Beach. Tapi masih  ada je yang berani mandi

Yang menginap di khemah pun ada... memang sempoi lepaak kat sini

Antara Guest House. Tak ada website, kena call atau walk in sahaja.

 2 - 3 buah bar pun ada kat sini. Ada staff baru pacak signboard. "PARTY TONIGHT".. 
Macam-macam kat sini rupanya.


Sepanjang berjalan di persisir pantai ni, ada 3 operator bot yang kami jumpa. Satu dah tutup operasi selepas 6 petang, dan tinggal 2 sahaja yang masih beroperasi. 

Kedua-dua operator ini apabila saya tanya bberkenaan safety jacket untuk bot ke Barat Perhentian, jawab mereka ...mereka tak sediakan. Emmm. Tambahan pula satu operator kata dia tak jalan waktu malam.... Nampaknya memang kami kena guna perkhidmatan bot tadi juga  la nampaknya.

Sewaktu kami melalui kawasan Long Beach ini, saya lihat pantainya agak kotor dengan sampah sarap seperti kayu-kayu, ranting-ranting kayu dan juga botol-botol kosong. 


Saya ada menyuarakan kepada ejen saya sewaktu pulang dari Pulau Perhentian ini akan keadaan Long Beach. Dia kata Long Beach ni baru seminggu lebih sahaja di buka semula untuk public. Sebelum ni di tutup kerana monsun tropika. Jadi obak besar memang membawa banyak sampah-sampah ke pantai dan penduduk masih belum membersihkan lagi kawasan ini.  Dia juga maklumkan seminggu sebelum saya tiba, ada satu hari bot tidak dapat menurunkan pengunjung di jeti Long Beach. Jadi mereka yang menginap di sekitar Long Beach terpaksa turun di Coral Bay dan menapak ke sini melalui trek yang disediakan.


Tips : 
Pastikan  tarikh pergi ke Pulau Perhentian adalah sesuai. 
Biasanya Pulau Perhentian ditutup dari Bulan November sehingga hujung Februari / awal Mac. 
Kena semak dengan tempat penginapan atau ejen percutian anda.

Trek Jalan Kaki ke Coral Bay

Dalam 10 minit berjalan, akhirnya kami sampai di susur masuk ke trek jalan kaki untuk ke Coral Bay. Tanya sahaja orang-orang di sini, mereka pasti tahu trek nak ke Coral Bay

Trek jalan kaki ni agak sunyi, tapi masih ada orang melaluinya walau tidak ramai. Sedikit semak di kiri kanan pada 50-100 meter pertama . Kemudian akan melalui sebelah chalet (nampak macam separuh siap) sebelum bertemu ladang getah di puncak bukit.

Jangan risau, sebab ladang getah tu terang dan bersih dan kita pandang kebawah sudah boleh nampak cafe dan resort Coral Bay dan Suria Chalet. Masa kami melalui kawasan ini untuk balik ke Long Beach, siap ada mat salleh tengah jogging dalam kawasan ladang getah ni.

Jalan kaki di trek ni makan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Kalau nak cepat, buat la lari-lari anak... seperti satu couple mat salleh yang kami jumpa.

Total masa jalan kaki dari Jeti tadi lebih kurang 30 minit sebab kami jalan-jalan santai sahaja.

Jika ingin berjalan malam, elok la sediakan torch light sebab cahaya lampu samar-samar sahaja di sini.


Simpang masuk ke trek jalan kaki. Bendera Finland tu... Kimi Raikkonen!


Keadaan trek jalan kaki 50-100 meter pertama.

Menuju ke bukit. 
Trek menaiki bukit menuju ladang getah.
Kami mula menuruni bukit dari ladang getah... hujung tu Ewan cafe dan Ombak Resort


Pandangan ladang getah dari Ewan Cafe  pula
Sampai di laluan tepi Ombak Dive Resort. Ombak Dive Resort sediakan laluan khas.


Kaunter pendaftaran Ombak Dive Resort


Selepas berjalan kaki hampir 15 minit melalui trek yang disediakan, akhirnya kami sampai pantai Coral Bay.

Di kawasan ini ada beberapa resort dan juga terdapat chalet yang di uruskan oleh individu serta guest house.

Antara resort yang agak menjadi tumpuan adalag Sha-rila Island Resort dan Ombak Dive Resort.

Kawasan ini juga menjadi tumpuan penunjung kerana di sini menjanjikan pemandangan sunset yang cukup indah di samping terdapat beberapa restoran/kedai makan yang mengadap laut

Resort  yang ada di sini adalah :




Keluar sahaja dari kawasan Ombak Resort, terus berada di pantai

Pemandangan suasana pantai di sini ... mengadap Sha-rila Resort

Pemandangan suasana pantai di sini ... mengadap Sha-rila Resort
Ada beberapa restoran di sini. Juga menyediakan BBQ
Janagn lupa minum 'Fresh Coconut'

RM 5 sahaja sebiji. Besar pulak tu

Fatimah Cafe

Sunset di Coral Bay

Saya rasa Coral Bay antara tempat menarik yang terdapat di Pulau Perhentian ini. Apabila matahari mula ingin melabuhkan diri di ufuk barat.... maka  camera hand phone saya pun tak putus-putus merakam suasana matahari terbenam.

Saya kongsi di entry ni 1 gambar sahaja. Satu entry khas saya sediakan untuk saya berkongsi gambar sunset di Coral Bay Pulau Perhentian ini.


👉👉👉 Sunset indah di Pulau Perhentian





Apabila matahari telah terbenam sepenuhnya, kali ini tidak kelihatan pula rembang kemerahan di ufuk sana yang biasanya menghasilkan suasana yang cukup indah. Jadi kami tidak menunggu lama, terus berjalan untuk menaiki bot di jeti Long Beach.

Berjalan di trek tadi di waktu ini masih tiada masalah kerana samar-samar cahaya matahari masih kelihatan. Terpaksa kami berjalan laju untuk mengelak kegelapan melalui kawasan ini.

Berjalan balik cepat pula rasanya, dalam 10 minit kami dah sampai di Long Beach


Tadi masa lalu kosong... sekarang dah dipenuhi meja

Memang laju kami berjalan, sampai di Long Beach suasana masih belum gelap.

Di Long Beach ini banyak terdapat restoran dan Cafe yang beroperasi sehingga malam.



Kami sampai di jeti Long Beach seitar jam 7.45 malam. Hari mulai gelap. Dalam sekitar jam 8 malam, suasana telah jadi gelap gelita di jeti. Hanya kami berdua sahaja di jeti.

Bot yang di tungggu masih belum kelihatan. SMS dan WhatsApp yang di hantar tidak berbalas. Kami dah semakin risau.

Akhirnya 8.15pm lebih baru bot kami tiba. Apabila saya minta safety jacket, jurupandu bot kata tak bawa. Adoi.... dah la malam gelap gelita ni.


Bot kami meredah kegelapan malam dengan hanya berpandu kepada cahaya lampu suluh yang d ikat di kepalanya. Memang kami tak nampak apa-apa dan bot lain juga tidak kelihatan. Cuak dan takut usah cakap la terutama apabila dipukul ombak yang sedikit kuat. Kami hanya senyap seribu bahasa.

Pada mulanya saya menyalakan torch light saya untuk kurangkan kegelapan di bot kami. Tiba-tiba di satu ketika, jurupandu bot memberhentikan bot dan hanya sebut 'Tutup Lampu' ... Bahaya.

Tanpa soal, saya tutup terus dan tidak bertanya kenapa. Isteri saya dah semakin takut sebab genggaman tangan dia semakin kuat selepas jurupandu bot tadi menyuruh saya menutup torch light saya.


15 minit  kemudian, baru la nampak kami nampak cahaya rumah api berhampiran Coral View Resort dan lampu The Barat Perhentian mula kelihatan. Baru la hati sedap sedikit tambahan pula ombak sudah tidak kuat.

Apabila bot kami mencecah pantai, baru saya bertanya kenapa dia menyuruh saya menutup lampu tadi. Dia kata jika menaiki bot kecil, bahaya menyalakan lampu kerana takut ikan-ikan yang bermuncung tajam seperti marlin atau todak akan melompat untuk mengejar cahaya tu. Sebab tu torch light yang dia gunakan, dia tidak menyuluh ke air yang berekatan dengan bot... tetapi dia suluh hampir 200-300 meter ke hadapan. Dapat satu ilmuu berguna.


Sampai di The Barat Perhentian, perut dah lapar... juga pastinya anak-anak kami.

Malam ni kami makan di Restoran The Mama Chalet.



Baca entry berikutnya ... 
👉👉👉   entry ke-10 : Tempat Makan Murah di Pulau Perhentian 




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian

~mat-drat~




Booking.com

Thursday 2 June 2016

Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil




sambungan dari entry ke-7 sebelum ini... Tempat Snorkeling Best di Pulau Perhentian


Day 2....untuk entry ke-8 ini saya kongsikan catatan kami 


Kampung Nelayan , Pulau Perhentian Kecil

Sampai di bilik dari trip snorkeling tadi, anak-anak dah kepenatan. Nampak riak muka masing-masing yang letih dan di tambah pula cuaca yang agak panas.

Jadi saya decide anak-anak berehat sahaja di bilik, manakala saya dan isteri berdua sahaja akan ke Kampung Nelayan di Pulau Perhentian Besar untuk cari makanan untuk santapan tengah hari serta bekalan untuk sarapan pagi esok.

Dari Barat Perhentian Resort, tambang teksi air (bot) adalah RM 5 seorang untuk sehala ke Kampung Nelayan. Jarak perjalanan saya rasa cuma lebih kurang 5 minit sahaja, memang betul-betul The Barat Perhentian ini mengadap Kampung Nelayan.



Tambang Bot Pulau Perhentian



Tambang bot Pulau Perhentian

Tambang teksi air (bot) boleh dikatakan agak sama sahaja di antara satu operator ke operator lain. Harga yang dipamer adalah harga tambang bagi seorang, bukan harga satu bot. Dan tak kira kita naik satu bot tu berdua atau berlima atau bertujuh, harga tetap sama

Harga tambang teksi ini mengikut jarak, dari RM 5 sehingga RM 50 ke lokasi yang paling jauh. (Dari The Barat Perhentian la. Jika menginap di Teluk Dalam di Pulau Perhentian Besar ni, kemungkinan untuk ke Long Beach atau ke Coral Bay pastinya harga yang dikenakan lebih mahal. 

Harga tambang teksi ini juga akan naik kepada double apabila selepas 7 malam.

Bot kami naiki ini, hanya kami berdua sahaja yang akan ke Kampung Nelayan. Jadi mereka tak tunggu bot penuh atau penunpang ramai sedikit. Janji lepas duit petrol dan upah pekerja, kira boleh jalan la..... Senang sistem macam ni. Kalau nak tunggu bot penuh, memang tak tahu bila la boleh gerak. .



Bot kami naiki menghampiri Kampung Nelayan.
Tersergam masjid baru mereka.



Air berhampiran Kampung Nelayan ini juga cukup jernih
Memang agak bamyak bot di sini.

Terpampang tulisan di jeti ni  "Menjaga Kebersihan Lautan Kita"
Jeti Kampung Nelayan. Kedai makan ada tetapi agak penuh.


Kampung Nelayan di Pulau Perhentian Kecil ni boleh la dikatakan satu-satunya penempatan yang paling lengkap di Pulau Perhentian. Di sini ada pelbagai kemudahan seperti sekolah, tadika, balai polis dan klinik. Ada juga beberapa kedai runcit dan kedai makan serta juga sebuah masjid. Sewaktu kami ke Pulau Perhentian ini, masjid yang baru dibina telah dibuka. Tersergam indah masjid ni yang kedudukannya ditepi laut. Orang sini panggil 'Masjid Putih'.




Di sini juga terdapat banyak penginapan budget dan juga bilik untuk backpacker. Harga per pax boleh dapat serendah RM 30 per pax. Tapi kena buat pilihan betul-betul supaya percutian tidak terganggu dengan masalah penginapan yang kurang selesa.


Kalau ambil penginapan yang RM 30 per pax, jangan pula bandingkan dengan bilik resort yang beratus satu malam.




Balai Polis... Balai Raya... Tadika... Klinik... Lengkap semua



Kampun Nelayan dapat nama semestinya kerana majority penduduknya di sini adalah nelayan. Jadi ikan disini agak murah. Kalau nak beli makanan, nak murah beli la ikan.... jangan pulak ambil lauk ayam. 

Kami ke sebuah kedai runcit untuk membeli sedikit bekalan makanan memandangkan makanan untuk bersarapan esok telah habis. Semua roti kami 2 bungkus yang dibawa telah disedekahkan kepada ikan-ikan semasa snorkeling pagi tadi.

Di kedai runcit ni, harga tidak la mahal melampau, masih boleh diterima memandangkan jarak pulau ni yang agak jauh dari tanah besar. Sebagai contohnya, telur sebijik di sini berharga RM0.60. Maggi segera pula berharga RM 2.00 sepaket dan sardine kita tambahla dalam RM 2-3 dari harga kita beli di tanah besar.

Ikan sarin dalam tin pun banyak... jangan risau.

Kami tak pusing kemana-mana di Kampung Nelayan ni, selepas beli sedikit bekalan makanan kami terus ke kedai makan yang terletak di tepi Jeti. Terdapat beberapa kedai makanan di sini, jadi jangan risau takut makanan habis.



Ada beberapa kedai makan berhampiran jeti
Murah akak ni jual lauk kepada kami

Kami sampai di sini sekitar jam 3 lebih dan nasi dan lauk-lauk masih ada. Dalam memilih lauk untuk dibungkus, tertarik lak saya dengan ikan yang seakan ikan kekek/ikan cermin. Pastinya ikan-ikan disini segar-segar belaka. 

Bila saya tanya kepada kakak yang menjual, berapa harga ikan ni seekor... dia kata seekor RM 0.50.

"RM 0.50 je seekor kak?" tanya saya.

Sambil senyum , "Shyyyy... jangan kuat sangat. akak bagi kat awak murah ni sebab akak nak tutup kedai dah. Nanti dengar kat orang depan tu...."

Di dalam kedai makan ni ada satu couple dan satu family kecil sedang makan. Mungkin mereka tadi kena harga mahal sikit kot... Rezeki kami sebab sambil memilih lauk tu kami banyak berbual dengan akak tu.

Habis ikan-ikan tu kami borong, nasib baik ada 10-12 ekor sahaja. Kalau ada 20 ekor tadi, 20 ekor lah yang akan kami beli.


Kedai makan akak tadi


Ada sesetengah pakej snorkeling menawarkan sekali lawatan ke Kampung Nelayan.  Kira lawatan sambil makan tengah hari. Boleh la tanya-tanya operator bot atau ejen yang menguruskan aktiviti snorkeling kalau dia boleh arrangekan sekali ke sini.

Selesai bungkus nasi dan lauk pauk, kami terus balik ke The Barat Perhentian Resort.  Mahal pulak naik bot dari sini, ingatkan standard harga. Tadi RM 5 seorang sehala untuk ke sini, ini nak balik kena RM 6 seorang pula.



Terpampang di sini "Keep Our Ocean Clean"

Tengok la air tu... jernihnya
Pemandu bot yang hantar kami ke The Barat Perhentian. Macam-macam dia cerita

Selepas penat bersnokeling, menaiki bot berdua sambil ditiup angin laut sungguh membuat diri terasa di awan-awangan.... seronok pula berselfie sambil menikmati saat-saat ini berdua.


Tambang Bot Pulau Perhentian


Tambang Bot Pulau Perhentian







Cuma satu masalah, bot ini tak sediakan safety jacket! Adui... Kita yang sekali sekala naik bot kat tengah laut ni terasa ngeri je bila atas bot kecil tanpa safety jacket. Kalau jadi apa-apa , memang 'selamat' la..... Nasib baik tak bawa anak-anak sekali.

Pergi tadi tak di beri safety jacket, balik pun sama tak diberi safety jacket.

Sewaktu perjalanan balik ke hotel, agak kurang kelihatan bot mundar mandir tidak seperti pagi semasa aktiviti snorkeling.

Dan apabila sampai di The Barat Perhentian, rupa-rupanya anak-anak dah menunggu kami pulang sambil mereka berehat di buaian di hadapan Reception resort kami.





Siap makan-makan dengan anak-anak di hadapan ni (di sini banyak disediakan meja dan kerusi), kami berdua bersiap pula untuk ke Long Beach, Pulau Perhentian Kecil untuk melihat suasana sunset dari sana.



Dan catatan saya bersambung di entry ke-9 ... 
👉👉👉  Jalan-jalan di Long Beach Perhentian Kecil




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian

~mat-drat~