Sunday 4 September 2016

Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu



Air Gelas Buah Besar


Kalau ke Kuala Terengganu, air buah gelas besar jangan dilupa. Sebenarnya ada beberapa gerai air buah gelas besar di sekitar Kuala Terengganu ini, tetapi 2 kedai  ni antara yang paling menjadi tumpuan. Air Buah Gelas Buah Pak San dan  Air Buah Pior.

Pada hari pertama rakan saya bawa saya minum di Air Buah Gelas Buah Pak San. Pada hari ke-2 pula kawan saya yang lain bawa saya minum di gerai Air Buah Pior

Kiranya kawan saya bawa 2 dua tempat yang paling top la dan kedua-duanya terletak di Seberang Takir.




Air Buah Gelas Besar Pak San

Kedai Air Buah Gelas Besar Pak San ni terletak di tepi jalan utama iaitu Jalan Tengku Ampuan Bariah.  Dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu hanya 3 km dan jika memandu tidak sampai 5 minit. 

Jika mencari lokasi di Google Map atau Waze, taip sahaja "Air Buah Gelas Besar Terengganu". 
Kedai ini juga terletak berhampiran Keropok Lekor 519. Jika sercah lokasi dan nampak kedai Air Buah Gelas Besar berhampiran Keropok Lekor 519, kira betul la h tu.

Jika ke sini, jangan la pula minta air lain.... minta la air buah. Orang kata dok manis laa lagu tu....

Harga air buah berbeza mengikut saiz, dan kita boleh pilih nak saiz kecil, sederhana atau pun saiz besar. Kalau nak puas minum, order la saiz besor.... baru puas hati minum, boleh sampai kembung perut. Kalau saiz besor ni, minum untuk 2 orang pun boleh. Tak pun, paling kurang order la saiz sederhana.... saiz kecik tu bagi budak2 minum okey la.... Datang jauh-jauh, order saiz kecik.... rugi la. Harga bukan mahal pun.

Nak pilih jenis air buah apa, sebut sahajalah air buah apa... Kalau tak ada, dia cakap tak ada.

Macam saya... saya tanya air buah yang best... Pelayan tu sebut satu satu nama air buah sampai dia sebut air 'Jebe' (kalau tak salah saya la).

Saya tanya buah jebe tu buah apa?? Dia cakap anggur... Okey la, saya order air buah jebe saiz sederhana.!!!

Sambil minum, boleh la nak makan benda-benda lain seperti keropok lekor, laksam, nasi lemak dan nasi dagang. Nasi dagang kat sini pagi petang siang malam ada, jangan terkejut la.


Air Buah Gelas Besar Terengganu Pak San
Terletak di tepi jalan besar tetapi jalan tidak terlalu sibuk.

Air Buah Gelas Besar Terengganu Pak San
Harga agak murah

Air Buah Gelas Besar Terengganu Pak San
Saiz sederhana vs saiz kecil. 
Yang kecil tu pun sudah cukup jika tidak terlalu dahaga.


Air Buah Pior

Pada hari ke dua, saya di bawa ke Kedai Air Buah Pior. Kedai ini juga terdapat di Seberang Takir cuma lebih kedalam sedikit dan lebih tepat di Bukit Tokbeng.

Hebat orang Ganu ni... speaking London mereka ni. Pior ni sebenarnya dari perkataan Pure. Bunyi sama, makna sama cuma di eja sahaja berbeza. 

Sambil minum air buah tu, boleh la rasa makanan lain...Kat sini katanya yang sedap laksam dan meehun sup. Makan meehun sup memang terasa umppp dia.

Air kat sini, tak tengok harga pun tak apa sebab harga tak mahal macam minum air buah di KL seumpamanya. Tengok harga, sure tak terkejut punya.


Air Buah Gelas Besar

Air Buah Gelas Besar

Air Buah Gelas Besar
Air Buah Durian Belanda... Saiz sederhana je

Sekali lagi saya pesan, kalau ke Kuala Terengganu... jangan lupa minum air buah gelas besar. Nak dapat tempat lain, susah dah.... kalau ada pun tak dapat la harga macam kat sini.

Di Ampang dan di Shah Alam rasanya  ada satu kedai Air Buah Gelas Besar. Kalau mengidam tu, boleh la ke situ.


~mat-drat~


Entry berkaitan trip Kuala Terengganu kali ini
👉👉 Jalan Jalan Ke Kuala Terengganu

Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu
👉👉 Trip Ke Pulau Perhentian
👉👉 Trip Ke Tasik Kenyir 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.