Tuesday, 6 September 2016

Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral

Nak travel lama dan mencari tempat parking yang menjimatkan? 
Bagi yang dah biasa memandu dan park kereta di KLIA / KLIA2, pasti tahu rate parking di KLIA / KLIA2 kan. Sehari boleh mencecah RM 46 jika parking di sana.

Untuk  trip percutian atau trip bukan atas urusan kerja, biasanya saya tidak menggunakan perkhidmatan teksi ke KLIA. Sebaliknya saya akan memandu ke sana dan park di Park N Ride Putrajaya.

Jika trip pendek 1-2 hari bersama family pula, saya akan terus park kereta di KLIA. Ini lebih memudahkan dan lebih menjimatkan. TETAPI jika untuk trip yang melebihi 2 hari, biasanya saya memang akan park kereta di Park n Ride Putrajaya - Putrajaya Sentral. Memang berbaloi.

Park n Ride Putrajaya
Park n Ride Putrajaya



PARK N RIDE PUTRAJAYA - PUTRAJAYA SENTRAL


  • Park n Ride Putrajaya ini merupakan lot parking berbumbung 3 tingkat dan ia terletak di Presint 7.
  • Terdapat lebih 1,400 lot parking tersedia di sini.
  • Terletak bersebelahan dengan bangunan Station Putrajaya Sentral
  • Bangunan parking kereta dan Station Putrajaya Sentral di hubungkan dengan laluan di aras P3.
  • Jika menggunakan waze / google map, cari sahaja "Putrajaya Sentral" atau "Park n Ride Putrajaya".



Perlu tahu dan ingat ....

  • Lot parking di sini agak luas dengan terdapat beberapa tingkat.
  • Kalau park beberapa hari, elok ambil gambar dan ingat betul-betul lokasi serta tingkat di manakita park kereta.
  • Jika datang untuk park kereta pada siang hari bekerja (Isnin-Jumaat), akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan lot parking di tingkat bawah. Sebaliknya perlu berpusing-pusing dan perlu park di tingkat atas dan agak jauh dari lift.
  • Jika datang pada hujung minggu (Sabtu / Ahad), cari lot parking yang kosong di sini tiada masalah ( di tingkat bawah dan berdekatan dengan lif).
  • Warga Putrajaya dan kawasan berdekatannya ramai yang akan park kereta di sini dan pergi kerja dengan menaiki tren KLIA Transit.

Dan juga perlu ambil kira .... di sini tidak di sediakan trolley bagasi ye. 






Park n Ride Putrajaya
Park n Ride Putrajaya

Park n Ride Putrajaya
Park n Ride Putrajaya

Park n Ride Putrajaya
Park n Ride Putrajaya




Kadar Parking di Park n Ride Putrajaya

Kadar bayaran parking kereta di sini jauh lebih murah berbanding parking kereta di KLIA/KLIA2. 

Jika park kereta di KLIA/KLIA2 boleh mencecah RM 46 sehari, manakala park kereta di sini hanyalah pada kadar RM2 sehari dan tambahan RM 4 sehari jika melebihi 12am.

Parking Rate Fee di Park n Ride Putrajaya

Kadar bayaran tempat letak kereta yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut :-
  • 15 minit pertama : Percuma
  • Bayaran sehari (sebelum 12.00 tgh malam)  : RM2.00
  • Bermalam (mulai 12.01pagi hingga 6.00pagi) : Tambahan RM4.00
Jika park seharian, caj yang dikenakan adalah RM 6 ( RM2 + RM 4).

Masa sebelum kenaikan dahulu,  kadar parking hanya RM 2 sehari dan tambahan RM2 untuk setiap malam (12:01am ke 6:00am). Kira kadar baru,  pihak pengurusan naikkan kadar parking waktu malam shj.  
Untuk kadar parking terkini kena layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya.



Nota!! 
Had limit park kereta di sini adalah 14 hari. Saya tak tahu bagai mana pengiraan sekiranya kita park melebihi 14 hari.


Info tambahan (updated 25.11.2016):
- Saya menggunakan kemudahan parking di sini untuk 5 hari baru-baru ni
(18.11.2016 : 9.00 am - 23.11.2016 : 01.10 am) .
- Caj dikenakan RM 34.  (RM 6 X 5 + RM 4)
- Saya juga bertanya kepada petugas kaunter bagaimana jika ingin park melebihi 14 hari.
- Petugas maklumkan,  untuk yang ingin park melebihi 14 hari, perlu maklumkan terlebih dahulu kepada petugas di pejabat parking. (Mungkin pengiraan secara manual akan diperlukan)




Kebiasaanya saya park kereta hanya untuk short trip 3-5 hari sahaja. Tempoh parking yang paling lama saya park kereta di sini adalah untuk 10 hari. 


Saya park lama ni sewaktu trip saya ke Barcelona - Paris - Doha atas tajaan QATAR AIRWAYS dahulu. Boleh la baca di link di bawah.



Sila baca entry berkaitan






Jadual Tren KLIA Transit ke KLIA / KLIA2


Perlu tahu dan ingat....

  • Dari sini untuk ke KLIA / KLIA2, kita perlu menaiki tren KLIA Transit dan bukannya KLIA Ekspres ERL.
  • Jangan bimbang ternaik tren ERL, kerana ERL tidak berhenti di sini. ERL hanya berhenti di 3 stesyen iaitu KLIA2 - KLIA - KL Sentral.  Jadi apa tren yang berhenti itu adalah tren KLIA Transit dan tren itu akan ke KLIA/KLIA2 atau pun ke KL Sentral.
  • Perlu ambil tahu jadual pejalanan tren KLIA Transit ini terutamanya First Train dan Last Train. Jangan sampai tak sempat menaiki tren terakhir atau pun terpaksa menunggu tren pertama terlalu lama di awal pagi. Sini sunyi ye waktu tengah malam selepas tren terakhir.
  • Tren tiba di sini setiap 20 minit ( waktu sibuk) dan 30 minit ( waktu tidak sibuk).
  • Masa perjalanan dari Station Putrajaya Sentral ini ke KLIA hanya lebih kurang 16 minit sahaja. Selama saya guna memang tidak lewat, sentiasa on time. 
  • Jika anda ingin menuju ke KLIA/KLIA 2 dan mengejar waktu check-in atau departure, perlu juga ambil kira masa anda perlu menapak dari platform ke kaunter/departure hall. Biasanya saya bagi masa dalam 10 minit kepada diri saya untuk ke kaunter check-in atau ke kaunter pemeriksaan imigresen.

Jadual KLIA Transit
Jadual KLIA Transit ( As at 06 09 2016)


Untuk maklumat terkini mengenai jadual KLIA Transit baru sila layari laman web rasmi DI SINI

Dan untuk jadual penuh perjalan KLIA Transit, sila KLIK DI SINI



Tambang Tren KLIA Transit ke KLIA / KLIA 2 

Harga tambang KLIA Transit (harga baru 2016) dari Stesyen Putrajaya adalah : 

- Salak Tinggi ( RM 4.70 )
- KLIA / KLIA 2 ( RM 9.40 )

- Bandar Tasik Selatan ( RM8.00 )
- KL Sentral ( RM 14.00 )



Info tambahan ( edited 25.11.2016) : 

Terbaru, saya ada menggunakan perkhidmatan ini pada November dan Disember 2016. Tiket saya beli cuma pada harga RM 8.60 sehala untuk perjalanan Putrajaya Sentral - KLIA dengan menggunakan kad kredit/debit Mastercard. Promosi ini saya tak pasti sehingga bila.


Tambang ERL . KLIA Transit
Tambang ERL . KLIA Transit

Untuk maklumat harga tambang terkini ( sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan  KLIK DI SINI






PARKING ALTERNATIF

Selain park kereta di Putrajaya Park  n Ride, terdapat beberapa pilihan lain .... antaranya;

PARKING DI TBS - Terminal Bersepadu Selatan

Satu lagi alternatif, boleh juga parking di TBS. TBS atau dikenali juga sebagai Terminal Bersatu Selatan terletak berhapiran Bandar Tasik Selatan, bersebelahan dengan MRR2.

Kadar parking di sini adalah sama tengan kadar parking di Putrajaya Sentral tetapi penguna perlu membayar tiket tren lebih mahal untuk ke KLIA/KLIA 2...

Info Tambahan ( edited 25.11.2016): 
Saya dimaklumkan TBS telah mengenakan kadar parking baru.



Tambang Tren TBS ke KLIA/KLIA2

- TBS ke KLIA/ KLIA 2 : RM 38.40 ( return RM 76.80 ), manakala
- Putrajaya ke KLIA / KLIA2 : RM 9.40 ( return RM 18.80 )

Beza tambang tren TBS - KLIA agak besar jurangnya jika dibandingkan dengan tambang Putrajaya Sentral - KLIA.

Walau bagai mana pun, tambang yang perlu dibayar seperti di atas ( RM38.40 sehala) boleh dijimatkan dengan mengikuti tips di bawah ni: .... (tapi tips ni tidak sesuai jika bawa anak-anak kecil dan banyak beg yang perlu di bawa.




Tip Jimat Tambang Tren TBS ke KLIA / KLIA 2

1. Naik tren dari Stesyen TBS dan berhenti di stesyen Putrajaya = Tambang RM 8.00
2. Turun dari tren dan beli pula tiket untuk tren berikutnya
3. Naik tren dari Stesyen Putrajaya ke KLIA / KLIA2 = = RM 9.40

Jumlah yang perlu di bayar hanya RM 17.40

Walau bagaimana pun, tips ni agak tidak sesuai jika :
1. bawa anak-anak kecil bersama
2. luggage yang banyak dan agak berat
3. masa yang agak suntuk sebelum pelepasan penerbangan
Tak sesuai kerana perlu keluar tren, beli tiket dan turun semula ke platform untuk menunggu tren berikutnya.






PARKING DI PARK N RIDE DI STESYEN SALAK TINGGI

Saya tidak pernah park kereta di sini walau pun stesyen ini paling hampir dengan KLIA /KLIA2. Ini kerana sewaktu mencari maklumat parking murah ke KLIA/LCCT beberapa tahun dahulu, saya ada terbaca ada kes kereta di pecah masuk atau dicuri. Tapi mangsa park kereta di tepi tak silap saya dan bukannya park di lot parking berbayar.

Pada tahun lepas beberapa kali saya menaiki Tren ERL / KL Transit dan apabila saya singgah stesyen ini, saya perasan satu bangunan parking baru sedang di bina.

Rupa-rupanya lot parking baru yang dibina itu adalah Park n Ride Salak Tinggi. Park n Ride Salak Tinggi ini sebenarnya bagi menampung pengguna KL Transit dari kawasan ini. Tempat parking yang sedia ada sangat terhad.

Maklumat yang saya baca, Park N ride ini akan dibuka mulai bulan September. Dan baru-baru ini apabila tren berhenti di stesyen ini saya dapati lot parking yang disediakan masih kosong dan seperti masih belum dibuka, cuma tidak pasti bila tarikh pembukaannya yang sebenar.


Info Tambahan ( edited 25.11.2016):  
Saya baru menggunakan ERL Transit ini pada 18.11.2016.  Bangunan parking bertingkat Park N Ride Salak Tinggi masih belum dibuka. Pengguna masih perlu park kereta di tempat parking terbuka yang berbayar.

Kadar parking di sini juga adalah sama mengikut maklumat yang saya dapat. Untuk makluman, semua stesyen KL Ekspress ERL / KL Transit dimiliki dan iuruskan oleh pihak yang sama iaitu ERL Sdn Bhd. Boleh dapatkan info di SINI.


Tambang tren KL Transit ke KLIA /KLIA2 dari sini sudah pastinya lebih murah iaitu hanya RM4.70 sehala dan perjalanan hanya mengambil masa kurang 10 minit ke KLIA.


Memandangkan lokasi stesyen ini agak ke selatan, saya rasa lebih sesuai untuk mereka yang datang dari kawasan selatan seperti Nilai, Seremban, Banting dan kawasan berdekatan. Jika dari Lembah Klang, agak jauh dan mengambil masa lebih untuk ke sini berbanding ke stesyen Putrajaya sentral.



Akhir sekali... Pesanan Saya
1. Jangan lupa lock kereta.
2. Jangan simpan barang berharga terutama barangan elektronik di dalam kereta.
3. Simpan tiket parking elok-elok terutama yang park lama... jangan sampai hilang / rosak
4. Ingat betul-betul park kereta di mana



Selamat Bercuti Semua.









~mat-drat~



37 comments:

  1. Dari park n ride pjaya ke klia ada public transport?

    ReplyDelete
  2. Setahu saya hanya ada Tren KL Ekspress, tiada bas ke KLIA. Teksi juga agak jarang kelihatan pada waktu waktu tertentu, mungkin boleh cuba grabcar/uber.

    ReplyDelete
  3. Park and ride di salak selatan tu dah boleh parking ka....dengo kabor bulan september 2016 start...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru menggunakan ERL Transit 2 hari lepas. Park n Ride Salak Selatan masih belum dibuka walau sepatutnya dibuka bulan September lepas. Kawan saya masih park di kawasan parking open space lama.

      Delete
  4. Selamat ye parking kat putrajaya sentral ni? Saya sedang cari tmpt slmt untuk parking dlm jangka masa seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab selamat tu saya tak pasti... tapi saya biasa parking di situ dan setakat ni tak ada masalah. Mmg banyak kereta yg park di situ.

      Delete
  5. Hi..pada waktu might nite 1.00am hingga 5.00am...putrajaya Erl Station ada taxi atau bus ke KLIA? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..
      Saya tak pasti bab teksi dan bas tu tapi 1 am tu saya rasa teksi macam dah tak ada di sini.
      Selepas 1 am pun hanya ada 1 tren yg akan tiba itupun dari KLIA/KLIA2.

      Bas ke KLIA /KLIA2 setahu saya memang tak ada.
      http://mat-drat.blogspot.my/2016/09/bas-klia-ke-kl-sentral-bas-kl-sentral.html

      Mungkin pilihan terbaik naik Tren ke KLIA, tapi kena awal sikit sbb tren last tiba jam 0022. Atau ambil 1st tren ke KLIA jam 0452 ( kalau sempat untuk check in n boarding).

      Atau park di TBS dan naik bas dari TBS
      1st Bas Dari TBS - 3 pagi ( boleh check Jetbus punya website)

      harap membantu




      Untuk ke KLIA/KLIA 2

      Delete
    2. Saya baru gunakan Park n Ride ni 2 haru lepas dan tiba di Putrajaya Sentral ni jam 1am lebih (last tren dari KLIA). Bas dah tak ada pada waktu tu tapi saya perasan masih ada beberapa teksi (kurang 10 buah teksi) masih menunggu di area teksi/bas.

      Cuma suasana disini agak sunyi pada waktu lewat malam.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya baru gunakan kemudahan ini minggu lepas untuk 4 hari (13 - 16 Dis) . Saya ke Park n Ride ini pada pagi Isnin di hari cuti sekolah. Nampaknya, mencari lot parking kosong agak senang semasa musim cuti sekolah walaupun waktu saya tiba adalah waktu peak orang pergi kerja (8.00am). Mungkin kerana ramai warga Putrajaya yg bercuti (tidak bekerja)

    ReplyDelete
  8. Thanks for the information! Tapi nak Tanya. Midnite pukul 3am macam tu masih boleh masuk parking ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...tapi agak sunyi...
      Masuk situ 3am, kena tunggu lama 1st tren, around 5am baru tiba di putrajaya sentral (tren to klia)

      Delete
    2. Oh... takpe la. As long as boleh masuk.. Thank you very much Mat Drat!

      Delete
    3. Just nak update, kawan saya dengan wife serta anak2 masuk ke car park around 4am++ tadi, dan dia naik 1st tren ke klia.

      Delete
  9. Thank u for the info.. sgt berguna..

    ReplyDelete
  10. Saya baru gunakan kemudahan parking di sini untuk 3 hari minggu lepas ( 7-9 Mac), beli tiket ERL KLIA TRANSIT masih dapat diskaun 10% jika gunakan kad DEBIT/KREDIT MasterCard di mesin tiket

    ReplyDelete
  11. TQ info. Sbb dulu sy park di Putrajaya Sentral RM14 utk 3 hari 2 mlm.
    Tu yg cari info latest berapa kadar parking sekarang.

    TQ ya tuan tanah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama 😊
      Kalau RM 14 tu kira rate parking baru dan masih tak berubah lagi sehingga skrg

      Delete
  12. Info di entry ini masih boleh di'guna-pakai'... tiada apa-apa perubahan sebab saya baru menggunakan kemudahan ini pada 28/04/2017 - 01/05/2017

    ReplyDelete
  13. Dan baru guna lagi kemudahan parking ini pada 08/05/2017 - 14/05/2017.
    Saya masuk ke parking pada jam 7.00am, dapat park di level B1, berdekatan dengan lif.

    Dan untuk tarikh 28/04/2017 - 01/05/2017... saya masuk ke kawasan ini pada jam 8.30 malam. Nanti boleh baca perkongsian saya TRIP BUSAN KOREA

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan boleh sy tanya, parking yang tuan maksudkan ini di salak tinggi atau di putrajaya sentral park

      Delete
    2. saya maksudkan Park n Ride Putrajaya. TQ

      Delete
  14. Salam tuan...sy mohon izin share/link info ini ke blog sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. WASALLAM... sila dan mohon letakkan kredit serta link ke blog saya ye... TQ

      Delete
    3. TQ...sy dh letak kredit serta link blog tn...
      http://biskuttiger.blogspot.my/2017/05/famili-trip-ke-sabah-4-hari-3-malam.html

      Delete
    4. tq... saya ingat nak copy info.. kalau nak share info je, no hal...

      tq... salam kenal

      Delete
  15. Kemudahan ini kali terakhir saya guna 08/05/2017 - 14/05/2017.
    Rasanya tiada apa-apa untuk saya kemaskini info di sini...

    Nanti singgah blog saya untuk perkongsian saya TRIP BANGKOK dan TRIP PATTAYA

    ReplyDelete
  16. Asslm.. nk tanye ade limit tak berapa hari parking kat salak tinggi?
    sehari berapa rm?
    Selamat ker parking? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam.
      Sorry Cuney 3...tak dpt nak bagi jawapan...

      1. Tak sure ada limit atau tak, tak ada info lagi. Mungkin sama dgn Park n Ride Putrajaya Sentral... max 14 hari, kalau lebih kena inform awal.

      2. Rate parking pun saya tak asa info... mungkin ada reader yg boleh jwbkan...

      3. Selamat ke tak.... pun susah nak jawab. Rasanya tempat parking baru ni nampak mcm 'okey' compare dgn yg lama.

      Delete
  17. Assalamualaikum.. nak bertanya, parking untuk motorsikal ada disediakan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat Parking motorsikal dalam bangunan bertingkat Park n Ride saya tak pernah nampak ada (mungkin tak perasan). Cuma di luar di kawasan parking kereta open space tu memang ada saya perasan beberapa barisan motorsikal yang sedang parking kat situ. Tapi tak pasti pula sama ada selamat atau tidak jika tinggal 'bermalam'.

      Delete