Tuesday 22 November 2016

Tempat Menarik di Kudat Sabah


TEMPAT MENARIK DI KUDAT

Dari entry saya sebelum ini   >> Jalan Jalan ke Kudat <<


Antara tempat menarik sekitar Kudat adalah seperti berikut :


1. Tip Of Borneo

Puncak atau penghujung Borneo. 
Terletak di Tanjung Simpang Mengayau. 
Merupakan tanah paling atas di bahagian 'tanduk' peta Sabah/ Sarawak.
30 km dari Pekan Kudat





Di belakang saya tu la penghung tanah Borneo atau hujung tanduk!



Penghujung tanah besar Borneo.
 

Entry detail saya sila ke   >> Tip Of Borneo Kudat Sabah << 


2. Pantai Tanjung Simpang Mengayau 

Pantai yang cantik... sangat cantik.
Tidak ramai pengunjung.
Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana pnatai dan kedamaian.
Pemandangan yang indah ketika sunset.



3. Rumah Panjang Bavanggazo / Bavanggazo Longhouse

Jarak dari Tip Of Borneo adalah lebih kurang 42 km.
Masa perjalanan lebih kurang 50 minit.
Terletak di antara Kudat - Kota Belud

Gambar dari Google Image :









4. Kampung Sumangkap - Kilang Membuat Gong

Jarak dari Bavanggazo Longhouse hanya 5 km.
Masa perjalanan lebih kurang 10 minit.

Terletak di KampunG Sumangkap dan rata-rata penduduk di sini memiliki kemahiran membuat gong.
Hampir setiap rumah mempunyai gong...pelbagai saiz

Gambar dari Google Image :





Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu

Friday 18 November 2016

Sunset di Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Dari entry sebelum ini ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Cuti-Cuti Malaysia ke Kota Kinabalu 4H3M







Ini hari terakhir saya di Kota Kinabalu. Flight ke Kuala Lumpur pada jam 8.20 malam. Memang sengaja saya ambil penerbangan malam kerana semata-mata untuk menikmati keindahan sunset pada petang tu di Tanjung Aru Kota Kinabalu.

Jadi sementara menunggu masa untuk check-in di airport, saya dan seorang rakan singgah di Tanjung Aru untuk menjamu selera sambil menjamu mata dengan keindahan pantainya ketika matahari terbenam.

Jadi entry ini lebih kepada perkongsian gambar-gambar suasana ni Tanjung Aru semasa matahari terbenam.

Suasana sungguh cantik... cuma handphone tak berapa mahal, jadi ini sahajalah gambar-gambar yang mampu di kongsikan untuk tatapan pembaca.





Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru ini merupakan tempat istirehat penduduk di sekitar Kota Kinabalu untuk menikmati keindahan pantai dan suasana sunset sambil menjamu selera.

Kedudukannya hanya 4-5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan kira-kira 6-7 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.


Anjung Perdana Tanjung Aru

Saya sampai di sini sekitar jam 4.45 petang. Maghrib pada hari ini lebih kurang pada jam 6.15 petang. Keadaan pantai sekitar jam 4.45 petang.
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu



Pantai Tanjung Aru

Matahari terbenam lebih kurang satu jam lagi. Jadi kami Anjung Perdana dahulu untuk makan dan minum. Suasana di sini agak meriah, memang ramai orang terutama ketika hujung minggu.


Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu
Suasana di anjung selera. 
Selain banyak gerai di dalam anjung ini, terdapat juga gerai-gerai di luar anjung.....termasuk gerai menjual makanan dan souveniour.


Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu


Kemudahan surau turut disediakan, jadi nak bersolat di sini tak ada masalah. Surau terletak bersebelahan anjung sahaja.


Surau Tanjung Aru

Apabila matahari semakin menghampiri ufuk barat, maka cahaya keeamasan mula menerjah ke dalam anjung..... ini maknanya masa telah sampai untuk ke tepi pantai untuk mengambil gambar suasana sunset. 


Tanjung Aru Kota Kinabalu
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu


Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu



Jika tadi pantai agak lengang, sekarang suasana di pantai telah mula dikerumuni orang ramai. Jurufoto professional dan amatur pun mula la standby dengan kamera masing-masing. Yang kaki selfie pun mula la selfie menyelfie.


Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu
Orang mulai ke pantai



Dan ini sebhagaian gambar-gambar saya ketika sunset di Tanjung Aru Kota Kinabalu pada trip kali ini.

Selesai sahaja matahari terbenam, saya terus bergegas ke Airport untuk penerbangan kami balik ke Kuala Lumpur





Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu

Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu

Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu

Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu

Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu




Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu

Wednesday 16 November 2016

Hotel murah di Surfer Paradise, Gold Coast

Hotel murah di Gold Coast


Ramai yang datang ke Gold Coast, memilih hotel/apartment di kawasan sekitar Surfer Paradise. Selain dekat dengan kawasan tumpuan pelancong, pilhan makanan halal juga banyak di sini.

Hasil semakan saya  berikut adalah hotel yang direkemenkan oleh ramai pengunjung. Boleh klik link di setiap nama hotel di bawah dan baca review.







Hotel pilihan di sekitar Gold Coast dan berhampiran Surfer Paradise :

Mantra Legends Hotel




Untuk pilihan Hotel 3 Bintang yang lebih murah pula :



Couran Cove Resort Paradise Island



Untuk bekeluarga mungkin boleh pilih apartment / hotelapartment berikut - lebih jimat dan sesuai yang ramai ahli keluarga;

Kalau untuk backpackers pula, kebanyakkannya akan memilih hotel/hostel ini :


Atau untuk pilihan hotel yang lebih, boleh klik  >> DI SINI << .

Thursday 10 November 2016

Lazada Box Of Joy - Sesuatu yang menggembirakan

Box  Of Joy dari Lazada



Baru-baru ini saya telah dijemput oleh pihak Lazada ke Online Revolution Affiliate Workshop yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel. Ini adalah usaha pihak Lazada bagi menghadapi jualan tahunan terbesar mereka iaitu Online Revolution yang akan berlangsung pada 11.11.2016.



Motto jualan Online Revolution untuk tahun adalah "BRANDS FOR ALL. Lazada telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk memberikan pelbagai pilihan barangan dan jenama kepada para pelanggan pada harga yang cukup istimewa.





Pada program tersebut para peserta telah diberikan dengan satu kotak yang di gelar sebagai BOX OF JOY.

Kenapa Box Of Joy? Tidak lain dan tidak bukan kerana semua yang menerimanya sangat bergembira apabila membuka kotak dan melihat isi dalamnya.

Di dalam Box Of Joy saya, pihak Lazada telah bekalkan kepada saya dengan barangan berikut :


- Sandisk Dual Drive
- Nestle White Coffee
- Nestle Just Milk Full Cream
- Nestle Careal
- Nestle Instant Noodle
- MamyPoko Wipe
- MamyPoko Pampers

- Loreal Shampoo

Box Of Joy by Lazada

Box Of Joy by Lazada



Terima kasih kepada  Nestle, Sandisk, L'oreal dan MamyPoko yang telah memberikan barangan di atas.

Kesemua barangan di atas boleh dibeli pada harga istimewa di Lazada sempena Online Revolution Sales yang bermula pada 11.11.2016.


Klik di SINI untuk dapatkan tawaran menarik di Lazada 

Jangan lepaskan peluang membeli semasa Online Revolution Sales ini. Bukan sahaja barangan ditawarkan pada harga yang cukup istimewa, tetapi turut boleh menggunakan kupon diskaun tertentu.


Kepada yang ingin membuat pembelian di Lazada, jangan lupa gunakan Kupon diskaun 20% yang saya berikan ini. 

Kupon ini boleh digunakan sehingga 17 Disember 2016 dan hanya bagi pelanggan pertama. Amaun maksima diskaun adalah RM 25. (Tertakluk kepada terma dan syarat)


>> KUPON DISKAUN <<


Jadi, ingin membeli secara online...belilah di Lazada.





If you would like to participate in reviews
like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!


Sunday 6 November 2016

Tip Of Borneo Kudat Sabah

Bersambung dari entry sebelum ini... Jalan-Jalan ke Kudat dari Kota Kinabalu

Tip Of  Borneo Kudat







Tip of Borneo ni merupakan puncak atau penghujung Borneo. Terletak di Tanjung Simpang Mengayau. Ia merupakan tanah paling atas di bahagian 'tanduk' peta Sabah/ Sarawak.



"Hujung Tanduk"


Jarak dari Pekan Kudat ke Tip Of Borneo jauhnya 30 km. Masa perjalanan lebih kurang 45 minit dan jalannya bukanlah jalan yang besar.... tidak banyak kenderaan lalu lalang di laluan ini.



Sepanjang perjalanan dari Pekan Ludat tu, satu perkara yang agak menarik perhatian saya, di satu kawasan tu saya ada ternampak beberapa ekor anjing ditepi jalan. Kurus dan kecil anjing-anjing di kawasan ni. Memang spesis anjing tu kot.... kecil dan kemetot je saya tengok.


Jalan semakin mengecil dan semakin legang. Dari simpang ni lebih kurang 10 km lagi.




Bila sampai di kawasan ni, dah rasa dekat sebab dah macam dekat dengan pantai dan laut. Kurang dari 5 km lagi nak sampai.


Akhirnya kami sampai di Tip Of Borneo lebih kurang jam 1 tengah hari. Tempat parking agak luas di sini. Memang agak panas pada waktu ini, jadi tiada pengunjung lain selain kami.




Sebelum menapak menuju ke Tip Of Borneo, apa lagi... kami isi perut dahulu dengan KFC yang dibeli di Pekan Kudat tadi. 

Bukan senang nak dapat peluang makan KFC kat hujung Borneo ni - dan boleh juga kata hujung Malaysia.




Jauh sayap ayam ni terbang....sampai ke hujung Borneo.






Selesai isi perut baru kami menuju ke Tip Of Borneo. Perlu menapak sedikit turun dan naik bukit. Dekat je. Dalam 300 meter sahaja ke Tip Of Borneo dari tempat parking.


Dah sampai sini, jangan lupa bergambar sebagai bukti dah pernah sampai ke hujung Borneo.



Secawan Pepsi ni pun tak habis sewaktu menapak kesini tadi.







Di belakang saya tu la penghung tanah Borneo atau hujung tanduk!




Cameraman sedang beraksi! 

Ini bukan pasir tapi batu. Entah berapa ribu tahun sampai jadi begini bentuknya. 

Berhati-hati semasa turun. Pijak batu dan bukannya pasir ye. 


Elok jangan bawa anak-anak kecil turun sebab batu-batu di bawah sana tu agak licinterutama sekiranya selepas air pasang. Pagar tiada ye, kalau jatuh.... jatuh terus ke Laut Cina Selatan. 


Hujung Tanduk -Ini lah dia....


Walau pun saya angkat tangan... tapi takut juga tu.
Ni sahaja hujung yang saya berani berdiri...
 Lagi hujung dah tak berani 

Sewaktu ombak tak memukul ..nampak tenang je. 

Ini kalau waktu sunset...sure cantik pemandangan kat sini.

Seorang sahabat saya.... kira berani jugak la dia ni. 

Seperti biasa.... selfie beramai-ramai sebagai bukti pernah tiba di sini. 

Kami di sini pun tak lama. Dah rasa puas bergambar, kami naik ke atas semula. Lagi pun tengah panas terik.... kalau waktu petang tu memang saya tunggu sampai matahari terbenam.







Kalau lah saya tahu keadaan Tip Of Borneo dan Pantai Tanjung Simpang Mengayau ni macam ni malam tadi, malam tadi jugak saya booking chalet di sini. Memang saya akan bermalam semata-mata nak menyaksikan sunset di sini.



Mungkin suatu hari nanti saya akan repeat dan menginap di sini untuk menyaksikan sunset dari hujung Borneo ni. Tambahan pula, pantai Simpang Mengayau ini cukup cantik. Tak berapa ramai pengunjung dan pastinya ia cukup mendamaikan.



Sempat saya intai-intai gambar sunset di Pantai Tanjung Simpang Mengayau / Tip Of Borneo ni di Twitter.



Antara yang saya jumpa di Twitter :


Kredit : Twitter Cik Bunga / SZahrah 25
"Utk dptkan benda yg cantik dan indah perlu tempuh perjalanan yg berliku.
Alhamdulillah indahnya ciptaan Allah" 
Setuju sangat.... perjalanan jauh dari Kota Kinabalu terasa sangat berbaloi jika dapat menikmati keindahan sunset sebegini...Damai, tenang dan mengasyikkan.


Kredit : Anson Chin
"Honestly the best picture i have ever taken in my whole life " 

Kredit : Anson Chin
"Honestly the best picture i have ever taken in my whole life " 
Alangkah seronoknya kalau saya dapat menikmati keindahan sunset di sini.... saya tengok gambar ni pun teras teruja.



Kredit :Nancy Lamau : "Perfecr Scene!!" 

Yup... saya setuju seperti kata Nancy... memang perfect scene ditambah pula dengan tiupan angin....Perfect!!


Kredit : Bernhard Hagen


Kredit : Hawley & Hazel





Dan sedikit gambar keindahan Pantai Simpang Mengayau...

Pantai cantik.... tapi KFC ni mengganggu betul pemandangan


Kredit Sara / Sharwinaziz
Kredit : Bernhard Hagen

Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu