Monday 30 January 2017

Tempat Makan Best di Langkawi

Tempat Makan Best di Langkawi


Selain melawat tempat-tempat menarik di Langkawi, apa kata singgah makan di beberapa tempat makan best di sini. Mat Drat senaraikan beberapa tempat makan best di sini.

TAPI... senarai ni tak ikut rangkin ye. Semua berdasarkan pengalaman beberapa kali ke sini dan juga pembacaan.



1. Kak Yan Nasi Campur

Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi
1. Kak Yan Nasi Campur


Kalau nak makan nasi campur dengan pilihan lauk yang banyak, boleh la ke Kak Yan Nasi Campur . Lauk memang banyak dan kedai makan ni sentiasa menjadi pilihan pengunjung.

Boleh kata,setiap hari kedai makan ni akan dipenuhi pelanggan terutama jika cuti sekolah. Bukan pelanggan berkereta sahaja yang kesini, yang datang dengan bas juga makan di sini.


Jika ingin buat tempahan awal dan makan secara buffet dalam kumpulan besar, boleh hubungi tuan empunya kedai untuk tempahan


Lokasi : Ulu Melaka

Map : 👉👉  Peta Google Map Kak Yan

Nak senang, guna sahaja WAZE dan lokasinya di tepi jalan sahaja.


Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best di Langkawi
Add caption

Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best di Langkawi



Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi

Tempat Makan Best di Langkawi



2. Laksa Power Tepi Airport Langkawi

Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi
2. Laksa Tepi Airport

Kalau datang ke Langkawi, jangan lupa singgah makan di beberapa gerai bergerak / lori yang terletak di tepi Airport Langkawi. 

Antaranya 
1. Laksa Power
2. Laksa Kaw Ikan Sekoq.

Mat Drat suka ke gerai Laksa Power. Pilih gerai Laksa Power ni sebab tempat parking agak luas (terletak di hujung sekali).

Lokasi : Di Pantai Cenang bersebelahan Airport Langkawi

Map : 👉👉  Peta Google Map Laksa Power






Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi


Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi



Makan laksa sambil mengadap laut memang seronok terutama di sebelah petang. Kawasan makan agak luas dan redup. Sambil makan boleh mengadap laut. Santai ....

Selain laksa, terdapat juga menu lain seperti pasembor, cendol dan rojak.


Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi




Yang best tu, sambil makan bukan sahaja boleh lihat kapal terbang berlepas/mendarat tetapi turut boleh menikmati suasana sunset di sini.







3. Nasi Dagang Pak Malau




3. Nasi Dagang Pak Malau
Sumber : Twitter Tourism Malaysia


Mat Drat suka ke sini sebab suasana makan di sini yang agak santai dan menu utama nasi dagangnya yang memang sedap. Harga pun biasa-biasa sahaja.

Kalau nasib baik, boleh makan di 'gazebo' (kalau ada kosong.

Bukan senang nak dapat makan sambil melihat pemandangan sawah padi dan gunung.

Info Update (10.12.2018):
Nasi Dagang Pak Malau 3.0 (fasa 2), dibuka bersebelahan dengan tapak lama. Jadi makin luas dan makin banyak ruang makan.
Alhamdulillah, makin murah rezeki owner Nasi Dagang Pak Malau


Pantun yang mengalu-alukan pelanggan...

"Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba Mengkuang Layu,
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat,
Dagang Hamba menumpang Lalu..."


Suasana di sini

Nasi Dagang...menyelerakan...
Jemput Makan...

Terbaik...


Dah kenyang.....masa sandarkan diri... 😊😊


Menu Pilihan : Nasi Dagang Ayam Kampung, Ayam, Ikan, Daging

Waktu Operasi : 8pagi – 2petang


Telefon : 012-271 1977
Lokasi : No 186, Jalan Makam Mahsuri,  Kampung Mawar

Map : 👉👉  Peta Google Map Nasi Dagang Pak Malau




xxxxxxxx

xxxxxxx


4. Jom Ikan Bakar


Tempat Makan Best di Langkawi
4. Jom Ikan Bakar


Antara pilihan ramai untuk makan tengah hari di Langkawi . Menu utama pastinya masakan melayu dan ikan/seafood bakar segar menjadi pilihan.

Telefon : 013-512 9931
Lokasi : Padang Mat Sirat
- Terletak bersebelahan Pejabat Pos Mini Padang Mat Sirat
500 meter dari bulatan/roundabout Airport Langkawi. 

Untuk senang, gunakan sahaja WAZE.

Waktu Operasi  : 10:00am - 5:00 pm





5. Restoran Seashell - Laman Padi


Tempat Makan Best di Langkawi
5. Seashell Langkawi


Restoran ini sememangnya menjadi salah satu tempat makan pilihan pengunjung sama  ada dari dalam negara atau pun dari luar negara. 

Pelbagai pilihan menu/set hidangan untukmakan tengah hari dan amakan malam. 

Makan di sini, akan terasa sedikit kelainan kerana kita makan dengan turut disajikan dengan padi yang menghijau. Pasti selera bertambah, apatah lagi jika makan di pondok-pondok yang disediakan!!

Info Update (10.12.2018):

Teringat pertengahan tahun hari tu, Mat Drat makan di restoran yang berkonsepkan sama tetapi di MARDI Sepang. Cuma dimaklumkan oleh pengurus, menu di MARDI Sedang di sesuaikan dengan tempat di sana. 


Tempat Makan Best di Langkawi





Map : 👉👉  Peta Google Map Seashell Langkawi 



6. Restoran Nelayan Bukit Malut


Sumber : Blog Restoran Nelayan Langkawi



Satu lagu pilihan ramai untuk makan malam di Langkawi. Sajian, pastinya ikan/seafood segar menjadi pilihan pelanggan di sini. Keunikan makan di sini adalah restoran ini terletak berhampiran pokok-pokok bakau, jadi kita akan menikmati makan malam dalam suasana yang cukup tenang.


Lokasi : Bukit Malut
- Jika datang dari Jalan Padanag Mat Sirat, restoran ini terletak di sebelah kiri.
- Perhatikan signboard yang ada ditepi jalan terutamanya jika datang selepas maghrib (takut tak perasan simpang ke restoran ni). 
- Tak ada kedai atau bangunan lain bersebelahan restoran ini, jadi susah juga nak cari landmark. 
- Untuk senang, gunakan sahaja WAZE.



Telefon : 04-966 459

Website (blog) : http://foodspottinglangkawi.com/medan-selera-nelayan-bukit-malut/

Map : 👉👉  Google Map Restoran Nelayan Bukit Malut


Pesanan Mat Drat
Apabila makan di restoran seafood ni, elok perhati dahulu tanda harga ikan / seafood. Jangan main ambil je. Harga di sini sepadan dengan ikan/seafood segar yang disajikan serta suasananya yang agak unik.

Jangan jadi orang yang masa makan tak ingat, bila bayar terkejut harga dan lepas tu viral kesana sini.











7. Uncle Jai Cafe

Tempat Makan Best di Langkawi
7. Uncle Jai Cafe 


Restoran ini merupakan pilihan utama bagi mereka yang menginap di sekitar Pekan Kuah. Restoran ini menyajikan masakan alai Thai, masakan melayu dan juga western food.

Terletak di kawasan yang terdaat banyak kedai-kedai 'free duty'. Jadi lepas membeli belah, boleh la singgah makan di sini. 

Harga di sini amat berpautan. "Harga biasa-biasa"

Waktu Operasi : 5:oo pm - 

Lokasi : Jalan Pandak Mayah 7, Pekan Kuah



Map : 👉👉  Peta Google Map Uncle Jai Cafe




8. Medan Selera HIG - Haji Ismail Group


8. Medan Selera HIG Bazaar


HIG - Haji Ismail Group semakin berkembang setahun ke setahun. Kini HIG juga mempunyai medan selera yang terletak di hadapan komplek HIG itu sendiri. DI medan selera HIG ini terdapat beberapa gerai yang menyajikan makanan yang sedap. Selepas penat shopping di komplek HIG, boleh la singgah makan di sini.

Lokasi : Hadapan Kompleks HIG, Pekan Kuah





Antara restoran dan sajian yang menjadi pilihan Mat Drat kalau ke sini.

A. Gerai Otak-otak JB
Sambil menunggu makanan berat, boleh la order otak-otak dari gerai ni dahulu.




B. Gerai Ahmad Pasembor Top Langkawi

Ada dua gerai yang saling berhadapan. Satu gerai menjual rojak dan pasembor. Manakala satu lagi menjual masakan ala Thai dan masakan melayu. Paling mantap adalah su tulang kat sini.











C. Gerai Jus Mangga King Kong / King Kong Mango Juice


Setiap kali makan, mesti saya order air buah mangga dari gerai akak ni. Memang kaw jus mangga kat sini.











Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Jika rasa bermanfaat untuk rakan-rakan Facebook, boleh klik butang SHARE.


Selamat Bercuti. 

~mat-drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇


Sunday 29 January 2017

Kereta Sewa Langkawi


Kereta Sewa Murah di Langkawi



Saya kongsikan beberapa nombor telefon untuk di hubungi jika ada yang ingin mencari kereta sewa di Langkawi. Beberapa pemilik kereta sewa turut mempunyai laman web sendiri.


Seelok-eloknya dapatkan dan booking awal kereta sewa. Jangan last minit baru nak booking apatah lagi jika peak season masa cuti sekolah atau public holiday.

Perlu booking awal untuk elak kereta yang kita inginkan tidak available ataupun dikenakan harga sedikit mahal, terutama pada peak season.

Di Airport atau Jeti, terdapat juga perkhidmatan kereta sewa tetapi seeloknya buat lah tempahan dahulu sebelum tiba ke Langkawi. 

Jika datang selain pada peak sason dan lebih-lebih lagi sewaktu weekday, cuba tawar untuk harga yang lebih murah. Sebagai contohnya, VIOS yang biasa disewakan pada harga RM150-RM180 sehari pada peak season, boleh dapat pada harga RM100 sehari. Jika nasib baik Avanza pun boleh dapat serendah RM 100 sehari pada waktu off-peak.

Kereta paling murah untuk disewa adalah Viva, hanya RM 50 sehari (off-peak) dan RM 90 sehari pada peak season.

Kebiasaannya kereta sewa boleh di ambil di Airport atau pun di Jeti Pekan Kuah. Jika ingin di hantar ke hotel, dapatkan nama hotel dan arrange penghantaran kereta kesana.

Nota :

1. Saya tidak menyediakan perkhidmatan sewa kereta. Saya hanya senaraikan beberapa nama  dan nombor mereka yang menyediakan perkhidmatan ini.

2. Boleh hubungi mereka untuk sebarang pertanyaan.

3. Nasihat saya, 







Senarai Kereta Sewa Langkawi  :



1.



2. LZ Car Rental:

Saya keluarkan nombor contact kerana ada aduan nombor yg diberi tidak dapat dihubungi


3. Bang Chik : 013-350 8430
http://www.mrplangkawi.com/2013/06/perkhidmatan-kereta-untuk-disewa.html


4. Anuar : 019-754 3694
http://langkawi-keretasewa-airport.blogspot.my/



5. Big Thumb : 016-414 0916
http://langkawi.i1rentcar.com/

6. Anoxtravel : 019-458 8180
http://www.keretasewalangkawi.info/?m=1

7. Najmi : 017-4256 796
https://lgkrentalcar.wordpress.com/

8. Sham Sibah : 012-4440 109
https://lgkrentalcar.wordpress.com/


9. Azrul : 017-452 3349
http://arenaechoholidays.blogspot.com



10...11...12.....boleh cuba hubungi mereka yang  tinggalkan nombor di ruangan komen di bawah bagi perkhidmatan kereta sewa yang mereka sediakan. 

Harap perkongsian ini bermanfaat. 

Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Jika ada nak bagi feedback berkaitan kereta sewa  pun okey. 

Selamat Bercuti. 

~mat-drat~


Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇



Tips Bercuti Ke Langkawi

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti

Untuk panduan pembaca yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi, mungkin sedikit info di bawah dapat membantu percutian anda.

1. Penerbangan ke Langkawi

  • Pengunjung dan pelancong boleh ke sini dengan beberapa pilihan sama ada dengan menaiki kapal terbang, feri atau bawa kereta sendiri (guna perkhdmatan feri roro).
  • Jika memilih datang dengan penerbangan, boleh pilih MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly 
  • Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada jenis pesawat kita naik. Ada hanya 55 minit dan ada mengambil masa 1 jam 20 minit. 
  • MAS berlepas dari KLIA, Airasia dan Malindo dari KLIA2 dan Firefly dari Subang Airport.


2. Feri ke Langkawi


  • Jika menaiki feri, boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi.
  • Feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa 55 minit manakala dari Kuala Kedah pula mengambil masa 2 jam.
  • Jika menaiki feri, sampai di Jeti Pekan Kuah Langkawi, seeloknya beli terus tiket untuk balik. Ini untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik ke kKuala Perlis/Kuala Kedah telah habis terutama pada musim cuti sekolah.
  • Seeloknya belilah tiket secara online terutama semasa peak season untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.
  • Untuk ke Jeti Pekan Kuah, elok bertolak dari hotel lebih awal sekitar 2-3 jam sebelum masa feri berlepas. Ini untuk mengelak kesesakan menuju ke Pekan Kuah.
  • Tambang feri Kuala Perlis - Langkawi : sehala RM18 (dewasa) / RM 13 (kanak-kanak 3- 12 tahun)
  • Tambang feri Kuala Kedah - Langkawi : sehala RM23 (dewasa) / RM 17 (kanak-kanak 3- 12 tahun)


3. Feri Roro ke Langkawi - Bawa Kereta ke Langkawi

  • Jika ingin membawa kereta sendiri boleh gunakan perkhidmatan feri roro yang disediakan dari Kuala Perlis
  • Boleh baca di Link berikut untuk pengalaman saya ke Langkawi dengan menaiki Feri Roro. 


Boleh baca perkongsian pengalaman Mat Drat ke Langkawi dengan Feri Roro ni

👉👉 Pengalaman Ke Langkawi dengan Roro




Kadar bayaran untuk kenderaan adalah seperti berikut : 

  • kereta sedan bawah 1500 cc : RM 130/RM 250 (sehala/pergi-balik) 
  • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 160/RM 300 (sehala/pergi-balik) 
  • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 200/RM 380 (sehala/pergi-balik) 
  • MPV / 4WD bawah 2000 cc: RM 180/RM 340 (sehala/pergi-balik) 



Untuk lain-lain kategori, kena layari laman web mereka. 



Kadar tambang penumpang pula seperti berikut : 
  • Dewasa: RM 18/RM 36 (sehala/pergi-balik) 
  • kanak-kanak : RM 13/RM 26 (sehala/pergi-balik)

Kadar tambang bagi penumpang ini adalah sama dengan kadar tambang feri penumpang biasa.






4. Masa Sesuai ke Langkawi

  • Bila-bila masa sesuai cuma kalau boleh elakkan musim hujan. Jika datang musim hujan, banyak aktiviti akan tergendala. Island Hoping tak boleh, pergi Kilim Geo Park mungkin tak dapat dan naik cable car Langkawi Panoramic juga mungkin sedikit terganggu. Kira pergerakan akan betul-betul terjejas.
  • Kebiasaannya bulan Disember hingga Februari selalu hujan. Tapi ikut nasib juga, cuaca ni kita tak boleh nak ramal sangat.
  • Kalau yang bujang tu atau dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, elakkan datang pada peak season seperti LIMA, cuti sekolah atau public holiday. Selain kena beratur panjang di tempat tarikan, tempat tu juga akan dipenuhi pengunjung. Masa nak makan pun silap-silap kena tunggu lamaaaa.....  orang ramai kan...
  • Masa peak season seperti cuti sekolah, LIMA atau public holiday, kena bayar lebih sedikit seperti kereta sewa dan hotel. Harga makanan juga kalau nasib tak berapa baik pun akan kena bayar lebih. Nak tawar menawar pakej island hoping / Kilim Geo Park pun susah sikit masa peak season sebab masa tu demand tinggi.

5. Airport Langkawi

  • Airport Langkawi adalah airport International ye. Jadi lengkap dengan pelbagai kemudahah.
  • Airport terletak di Jalan Padang Maksirat dan berdekatan dengan Pantai Cenang. 
  • Kalau minum dan makan laksa di tepi Pantai Cenang yang ramai pengunjung tu, akan nampak flight turun naik di landasan.
  • Di Airport Langkawi, seperti airport kecil lain... perlu turun dari kapal terbang dan menapak ke terminal. Tak ada aero-bridge. Tak kira naik MAS, Airasia, Malindo, Firefly atau airline mana pun...
  • Banyak kaunter menawarkan kereta sewa di airport ni. Kalau pergi bukan waktu cuti sekolah atau bukan public holiday, boleh ambil kereta sewa di sini je. TAPI elok arrange awal-awal (bagi Mat Drat). Sampai-sampai je dah ada kereta sewa, tak payah nak baru nak mencari kereta sewa.
  • Kalau tak nak menyewa kereta atau pun tak ada lesen nak memandu, boleh ambil teksi yang ada di sini. Tak ada masalah.


Klook.com




Airport Langkawi

Airport Langkawi


Di sini terdapat banyak pilihan untuk makan. Jadi tak ada masalah kalau nak makan dahulu sebelum meninggalkan airport atau pun tiba awal di airport ini dan nak makan dahulu sebelum berlepas.

Selain restoran seperti Marrybrown, Starbucks dan seumpamanya... juga terdapat restoran yang lebih 'budget' di sini. Restoran ni terletak di belakang Starbucks. Kalau nak makan nasi dengan harga agak murah, boleh la ke Restoran Teratak Damai.


Airport Langkawi
Restoran Teratak Damai.




6. Kereta Sewa di Langkawi

  • Kereta sewa banyak di Langkawi. Boleh ditempah secara online atau telefon. Di airport dan di jeti juga ada kaunter-kaunter kereta sewa.
  • Motor / skuter sewa juga boleh didapati di Langkawi. Jalan sahaja di Pantai cenang, pasti jumpa 'skuter sewa'
  • Harga kereta sewa lebih murah jika bukan pada peak season.
  • Untuk mendapatkan senarai Kereta Sewa Murah di Langkawi, boleh klik DI SINI
👉👉  Kereta Sewa Murah di Langkawi 

7. Penginapan di Langkawi

  • Hotel, resort, chalet, motel dan home-stay banyak di sini.
  • Jika musim cuti sekolah dan public holiday, perlu booking awal untuk elak full house. Start la booking 2-3 bulan awal.
  • Antara lokasi pilihan adalah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pekan Kuah, Kuala Muda, Tanjung Rhu dan Padang Maksirat.
  • Lokasi penginapan di kawasan Pantai Cenang atau Pantai Tengah yang lebih happening. Nak makan pun senang di sini, banyak pilihan. Juga dekat dengan Airport.
  • Lokasi penginapan di Pekan Kuah berdekatan dengan jeti dan banyak terdapat kedai bebas cukai. Nak makan di sini juga senang.
  • Senarai hotel dan resort di Langkawi boleh klik DI SINI
👉👉 Hotel Pilihan di Langkawi - 





Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?
Jika ke Langkawi, nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget.

2 pilihan utama adalah di Pantai Cenang dan di Pekan Kuah

1. Pantai Cenang
  • Jika ingin suasana yang agak 'happening', boleh lah menginap di hotel sekitar Pantai Cenang. Banyak hotel resort, motel dan chalet di sepanjang Pantai Cenang ini. Pantai Cenang ni boleh la dikatakan sebagai destinasi utama pelancong ke sini.
  • Ramai yang pilih menginap di sini kerana pantainya agak cantik dan pemandangan agak mempersonakan terutama ketika sunset. Selain suasananya agak happening, di sini juga terdapat banyak kedai-kedai dan restoran. Senang nak makan, hanya perlu menapak sahaja dari hotel/chalet.

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Satu petang di pantai Cenang bersama anak-anak
Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Menunggu sunset di Pantai Cenang

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Menjelang senja...menikmati suasana sunset sambil bermain layang-layang bersama anak-anak

2. Pekan Kuah

  • Satu lagi pilihan adalah menginap di kawasan sekitar Pekan Kuah. Pekan Kuah ni lebih dekat dengan Jeti Kuah dan juga di sini terletaknya beberapa tempat membeli belah barangan bebas cukai. Cuma pantai agak jauh la jika menginap di sini... 
  • Mat Drat juga pernah menginap 2 kali di kawasan Pekan Kuah ini. 

3. Lokasi Lain

  • Selain dua lokasi pilihan utama di atas, beberapa tempat lain seperti Pantai Tengah, Kuala Muda dan Pantai Kok juga terdapat beberapa hotel, resort, chalet, motel atau pun home-stay.

Jadi kalau ke Langkawi nak menimati suasana pantai dan kemeriahan Pantai Cenang, kena la menginap di kawasan Pantai Cenang macam Mat Drat...



 







Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?

Jika ke Langkawi, nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget.

Seperti yang Mat Drat kongsikan di Entry sebelum ini....

Trip pertama bersama keluarga dahulu (trip 5H4M), Mat Drat menginap :

a. Langkawi Lagoon Resort 
  • Langkawi Lagoon Resort ni terletak di kawasan Padang Maksirat.
  • 2 malam kami di sini, Mat Drat pilih kerana untuk memenuhi kriteria anak-anak.... mereka nak hotel yang ada swimming pool. Pemandangan di swimming pool cukup cantik terutamanya ketika sunset.

b. AB Motel di Pantai Cenang .
  • Dan 2 malam berikutnya pula di AB motel, memang pilih lokasi pantai cenang. Mana bilik yang available, Mat Drat sambar sahaja.
  • Ambik bilik / hotel di kawasan Pantai Cenang ni memang menyeronokkan. Pantai hanya beberapa meter dari pantai.
 
 
Trip kedua ( trip bersama rakan-rakan baru-baru ni pula), kami menginap di:
De Baron Resort Langkawi (Baron Waterfront) 
  • Terletak di Pekan Kuah. Kami pilih hotel ni bukan sahaja untuk memudahkan urusan logistik kami tetapi faktor bilik yang selesa dan harga yang berpatutan juga memainkan peranan .... maklumlah 5 malam menginap di sini dan duit poket sendiri kena keluar tu yang cari hotel yang agak murah. 
  • Nak makan juga cukup senang di kawasan sini. Ada banyak restoran di sekitar hotel De Baron ini....  nak jalan kaki ke restoram juga tiada masalah, dekat je.
  • Lagi satu, nak beli barang murah yang bebas cukai di RAMS juga senang sebab dekat. Kalau malas naik kereta, jalan kaki sahaja ke RAMS ni. Untuk yang belum tahu, RAMS merupakan salah satu pilihan membeli belah di Langkawi dengan harga murah. Boleh baca mengenai 'shopping di Langkawi' di entry Mat Drat berikutnya.
  • De Baron ni ada beberapa buah hotel / chalet di sekitar Langkawi. Jika nak tahu tawaran harga yang ada, boleh klik di sini 
👉👉 De Baron Resort Langkawi.




Trip ke-tiga  - Edited 30.11.2018

Sempena cuti sekolah baru-baru ni, Mat Drat isteri dan anak-anak ke Langkawi.

Tapi kali ni lain sikit, kami tak naik flight atau naik feri. Sebaliknya Mat Drat bawa kereta masuk ke Langlawi dengan feri Roro. Mat Drat kongsikan pengalaman bercuti ke Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan feri Roro.

di entry link ini

Dan untuk percutian ini, Mat Drat menginap

a.
HIG Hotel n Aparment (Pekan Kuah) dan
b. 
Malibest Resort (Pantai Cenang).


MENGINAP DI MALIBEST - MEMANG BEST

Kali pertama ke Langkawi lebih 10 tahun dulu, sorang kawan suggest kpd Mat Drat..."ko try la lepak kat Malibest". Dan kali tu Mat Drat pun pilih la Malibest

Dan tiap kali ke Langkawi, Malibest adalah pilihan utama Mat Drat untuk menginap di Pantai Cenang ni. Ada kosong je, mesti Mat Drat pilih.

Kali ni nasib baik, dapat menginap di Malibest walaupun hanya dapat 2 bilik sahaja. Nak cari 3 bilik tapi dapat 2, tapi okey la sebab dapat chalet (Deluxe Family).... bilik uas dan katil pun besar...... cuma tak dapat unit sebalah menyebelah, satu bawah satu atas. Pun kira okey la...

BEST pasal menginap di Malibest kali ni sebab 
  • dapat bilik below RM200 untuk deluxe family (2 queen bed - muat 4 orang)
  • ada kolam renang. Anak-anak ni kalau tidur hotel, swimming pool tetap dicari juga walaupun kita ambil resort tepi pantai.
  • Pantai pun tak jauh dari Malibest ni....50 meter je , depan bilik. Anytime boleh ke pantai.
  • Ada lot parking private - Pantai Cenang sekarang kiri kanan penuh dengan bangunan, lot parking agak limited tepi jalan. Untung menginap di Malibest ni sebab bila waktu malam nak park, tak pening cari tempat parking sebab ada lot parking khas. Cuma kena menapak sikit la, seberang jalan je.
Nak jimat boleh tempah secara online je....macam biasa, online memudahkan dan menjimatkan .... boleh klik  Malibest Resort Online


Ni je gambar bilik Deluxe Family di Malibest yang sempat Mat Drat ambil.

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Bilik (Chalet) Family Deluxe ni memang luas. 2 katil Queen cukup selesa untuk Mat Drat yang berfamily besar.


Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Bilik air juga besar. Yang penting air laju











8. Makan di Langkawi

  • Terdapat banyak pilihan untuk makan di sini.
  • Paling senang dan banyak pilihan untuk makan adalah di kawasan Pekan Kuah dan Pantai Cenang.
  • Juga terdapat beberapa tempat special dan yang agak 'viral' di lokasi tertentu, yang perlu dikunjungi jika ke sini.
  • Harga makan di sini tidak la mahal seperti di sesetengah pulau percutian.
  • Kalau datang dalam mode "cuti budget', elakkan makan di restoran seafood dan seumpamnya. Lobster di sini bukan murah macam harga lobster di Kota Kinabalu ye.
  • Untuk senarai Tempat Makan Best di Langkawi klik di bawah
👉👉 Tempat Makan Best di Langkawi






9. Tempat Menarik di Langkawi

  • Langkawi ni memang tempat tumpuan pengunjung ... dalam dan luar negeri. Sentiasa ramai.
  • Survey dulu pakej harga untuk pakej-pakej island hoping, mangrove tour dan seumpamanya.
  • Datang sini jangan lupa ke Panaromic Langkawi ( cable car). Kalau ada keberanian, boleh berjalan di jambatan gantung di puncak tu nanti.
  • Antara tarikan lain di Langkawi yang menjadi tumpuan pengungjung adalah 3D Art Museum. Cuti sekolah, nak bergambar dengan kreativiti susah sikit sebab ramai pegunjung dan masing-masing tunggu turn nak bergambar.
  • Jika datang pada musim cuti sekolah atau public holiday, jangkakan kena 'Q' panjang terutama nak naik cable car. Berjam kena beratur kecuali sanggup bayar harga untuk express lane. 
  • Untuk tiket murah, boleh juga beli secara online melalui KLOOK. Ada beberapa tiket ke destinasi tempat tumpuan boleh di beli secara online melalui KLOOK. Lebih murah dan memudahkan.


Klook.com



  • Untuk senarai Tempat Menarik di Langkawi klik di bawah. Mat Drat kongsikan dengan info seperti harga tiket, lokasi dan waktu operasi.


10. Shopping di Langkawi


  • Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai.  Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar.
  • Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamatdan rokok.
  • Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri,
  • Ada barangan mempunyai limit belian dan bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi. Limit belian adalah yang belian yang tidak dikenakan cukai. Jika membeli lebih dari yang dibenarkan, akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di Airport.
  • Antara limit belian : 
  1. Kain batik hanyaboleh beli maksimum 2 helai jika datang sehari semalam dan 6 helai jika menginap lebih 2 malam. Tak silap saya kain batik jawa (3 serangkai contohnya) ada larangan tapi tak pasti sejauh mana 'larangan'nya.
  2. Set pinggan mangkuk juga hanya dibenarkan 1 set sahaja jika datang sehari semalam. Tapi kalau menginap beberapa malam dan datang dengan ahli keluarga, tidak menjadi masalah. ( berdasarkan pengalaman)
  3. Rokok ikut kata kawan saya hanya di benarkan 2 karton sahaja. Jika menginap lebih 2 malam pula saya tak pasti maksima boleh beli.
  4. Barang lain seperti coklat dan minyak gamat tiada sekatan had limit.
  5. Di sini juga banyak dijual beg-beg luggage dengan harga cukup murah.
  • Simpan tiket feri/kapal terbang serta bil hotel/resort untuk rujukan pihak kastam bagi menentukan berapa malam kita menginap di Pulau Langkaw.
  • Saya pergi dahulu pihak kastam minta tiket flight datang dan inbois hotel tetapi kali ni, tidak diminta  apa-apa. Mungkin kerana datang seorang diri, tak banyak barang yang boleh di beli.
  • Untuk senarai Tempat Shopping Murah Langkawi klik di bawah. Mat Drat kongsikan dengan info seperti lokasi dan waktu operasi.

  • 👉👉 Tempat Shopping Murah di Langkawi







Lain-lain tips akan Mat Drat update sikit demi sedikit



Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Jika rasa bermanfaat untuk rakan-rakan Facebook, boleh klik butang SHARE.


Selamat Bercuti. 


~mat-drat~





Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇