Sunday 29 January 2017

Tips Bercuti Ke Langkawi

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti

Untuk panduan pembaca yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi, mungkin sedikit info di bawah dapat membantu percutian anda.

1. Penerbangan ke Langkawi

  • Pengunjung dan pelancong boleh ke sini dengan beberapa pilihan sama ada dengan menaiki kapal terbang, feri atau bawa kereta sendiri (guna perkhdmatan feri roro).
  • Jika memilih datang dengan penerbangan, boleh pilih MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly 
  • Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada jenis pesawat kita naik. Ada hanya 55 minit dan ada mengambil masa 1 jam 20 minit. 
  • MAS berlepas dari KLIA, Airasia dan Malindo dari KLIA2 dan Firefly dari Subang Airport.


2. Feri ke Langkawi


  • Jika menaiki feri, boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi.
  • Feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa 55 minit manakala dari Kuala Kedah pula mengambil masa 2 jam.
  • Jika menaiki feri, sampai di Jeti Pekan Kuah Langkawi, seeloknya beli terus tiket untuk balik. Ini untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik ke kKuala Perlis/Kuala Kedah telah habis terutama pada musim cuti sekolah.
  • Seeloknya belilah tiket secara online terutama semasa peak season untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.
  • Untuk ke Jeti Pekan Kuah, elok bertolak dari hotel lebih awal sekitar 2-3 jam sebelum masa feri berlepas. Ini untuk mengelak kesesakan menuju ke Pekan Kuah.
  • Tambang feri Kuala Perlis - Langkawi : sehala RM18 (dewasa) / RM 13 (kanak-kanak 3- 12 tahun)
  • Tambang feri Kuala Kedah - Langkawi : sehala RM23 (dewasa) / RM 17 (kanak-kanak 3- 12 tahun)


3. Feri Roro ke Langkawi - Bawa Kereta ke Langkawi

  • Jika ingin membawa kereta sendiri boleh gunakan perkhidmatan feri roro yang disediakan dari Kuala Perlis
  • Boleh baca di Link berikut untuk pengalaman saya ke Langkawi dengan menaiki Feri Roro. 


Boleh baca perkongsian pengalaman Mat Drat ke Langkawi dengan Feri Roro ni

👉👉 Pengalaman Ke Langkawi dengan Roro




Kadar bayaran untuk kenderaan adalah seperti berikut : 

  • kereta sedan bawah 1500 cc : RM 130/RM 250 (sehala/pergi-balik) 
  • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 160/RM 300 (sehala/pergi-balik) 
  • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 200/RM 380 (sehala/pergi-balik) 
  • MPV / 4WD bawah 2000 cc: RM 180/RM 340 (sehala/pergi-balik) 



Untuk lain-lain kategori, kena layari laman web mereka. 



Kadar tambang penumpang pula seperti berikut : 
  • Dewasa: RM 18/RM 36 (sehala/pergi-balik) 
  • kanak-kanak : RM 13/RM 26 (sehala/pergi-balik)

Kadar tambang bagi penumpang ini adalah sama dengan kadar tambang feri penumpang biasa.






4. Masa Sesuai ke Langkawi

  • Bila-bila masa sesuai cuma kalau boleh elakkan musim hujan. Jika datang musim hujan, banyak aktiviti akan tergendala. Island Hoping tak boleh, pergi Kilim Geo Park mungkin tak dapat dan naik cable car Langkawi Panoramic juga mungkin sedikit terganggu. Kira pergerakan akan betul-betul terjejas.
  • Kebiasaannya bulan Disember hingga Februari selalu hujan. Tapi ikut nasib juga, cuaca ni kita tak boleh nak ramal sangat.
  • Kalau yang bujang tu atau dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, elakkan datang pada peak season seperti LIMA, cuti sekolah atau public holiday. Selain kena beratur panjang di tempat tarikan, tempat tu juga akan dipenuhi pengunjung. Masa nak makan pun silap-silap kena tunggu lamaaaa.....  orang ramai kan...
  • Masa peak season seperti cuti sekolah, LIMA atau public holiday, kena bayar lebih sedikit seperti kereta sewa dan hotel. Harga makanan juga kalau nasib tak berapa baik pun akan kena bayar lebih. Nak tawar menawar pakej island hoping / Kilim Geo Park pun susah sikit masa peak season sebab masa tu demand tinggi.

5. Airport Langkawi

  • Airport Langkawi adalah airport International ye. Jadi lengkap dengan pelbagai kemudahah.
  • Airport terletak di Jalan Padang Maksirat dan berdekatan dengan Pantai Cenang. 
  • Kalau minum dan makan laksa di tepi Pantai Cenang yang ramai pengunjung tu, akan nampak flight turun naik di landasan.
  • Di Airport Langkawi, seperti airport kecil lain... perlu turun dari kapal terbang dan menapak ke terminal. Tak ada aero-bridge. Tak kira naik MAS, Airasia, Malindo, Firefly atau airline mana pun...
  • Banyak kaunter menawarkan kereta sewa di airport ni. Kalau pergi bukan waktu cuti sekolah atau bukan public holiday, boleh ambil kereta sewa di sini je. TAPI elok arrange awal-awal (bagi Mat Drat). Sampai-sampai je dah ada kereta sewa, tak payah nak baru nak mencari kereta sewa.
  • Kalau tak nak menyewa kereta atau pun tak ada lesen nak memandu, boleh ambil teksi yang ada di sini. Tak ada masalah.


Klook.com




Airport Langkawi

Airport Langkawi


Di sini terdapat banyak pilihan untuk makan. Jadi tak ada masalah kalau nak makan dahulu sebelum meninggalkan airport atau pun tiba awal di airport ini dan nak makan dahulu sebelum berlepas.

Selain restoran seperti Marrybrown, Starbucks dan seumpamanya... juga terdapat restoran yang lebih 'budget' di sini. Restoran ni terletak di belakang Starbucks. Kalau nak makan nasi dengan harga agak murah, boleh la ke Restoran Teratak Damai.


Airport Langkawi
Restoran Teratak Damai.




6. Kereta Sewa di Langkawi

  • Kereta sewa banyak di Langkawi. Boleh ditempah secara online atau telefon. Di airport dan di jeti juga ada kaunter-kaunter kereta sewa.
  • Motor / skuter sewa juga boleh didapati di Langkawi. Jalan sahaja di Pantai cenang, pasti jumpa 'skuter sewa'
  • Harga kereta sewa lebih murah jika bukan pada peak season.
  • Untuk mendapatkan senarai Kereta Sewa Murah di Langkawi, boleh klik DI SINI

7. Penginapan di Langkawi

  • Hotel, resort, chalet, motel dan home-stay banyak di sini.
  • Jika musim cuti sekolah dan public holiday, perlu booking awal untuk elak full house. Start la booking 2-3 bulan awal.
  • Antara lokasi pilihan adalah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pekan Kuah, Kuala Muda, Tanjung Rhu dan Padang Maksirat.
  • Lokasi penginapan di kawasan Pantai Cenang atau Pantai Tengah yang lebih happening. Nak makan pun senang di sini, banyak pilihan. Juga dekat dengan Airport.
  • Lokasi penginapan di Pekan Kuah berdekatan dengan jeti dan banyak terdapat kedai bebas cukai. Nak makan di sini juga senang.
  • Senarai hotel dan resort di Langkawi boleh klik DI SINI





Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?
Jika ke Langkawi, nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget.

2 pilihan utama adalah di Pantai Cenang dan di Pekan Kuah

1. Pantai Cenang
  • Jika ingin suasana yang agak 'happening', boleh lah menginap di hotel sekitar Pantai Cenang. Banyak hotel resort, motel dan chalet di sepanjang Pantai Cenang ini. Pantai Cenang ni boleh la dikatakan sebagai destinasi utama pelancong ke sini.
  • Ramai yang pilih menginap di sini kerana pantainya agak cantik dan pemandangan agak mempersonakan terutama ketika sunset. Selain suasananya agak happening, di sini juga terdapat banyak kedai-kedai dan restoran. Senang nak makan, hanya perlu menapak sahaja dari hotel/chalet.

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Satu petang di pantai Cenang bersama anak-anak
Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Menunggu sunset di Pantai Cenang

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Menjelang senja...menikmati suasana sunset sambil bermain layang-layang bersama anak-anak

2. Pekan Kuah

  • Satu lagi pilihan adalah menginap di kawasan sekitar Pekan Kuah. Pekan Kuah ni lebih dekat dengan Jeti Kuah dan juga di sini terletaknya beberapa tempat membeli belah barangan bebas cukai. Cuma pantai agak jauh la jika menginap di sini... 
  • Mat Drat juga pernah menginap 2 kali di kawasan Pekan Kuah ini. 

3. Lokasi Lain

  • Selain dua lokasi pilihan utama di atas, beberapa tempat lain seperti Pantai Tengah, Kuala Muda dan Pantai Kok juga terdapat beberapa hotel, resort, chalet, motel atau pun home-stay.

Jadi kalau ke Langkawi nak menimati suasana pantai dan kemeriahan Pantai Cenang, kena la menginap di kawasan Pantai Cenang macam Mat Drat...



 







Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?

Jika ke Langkawi, nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget.

Seperti yang Mat Drat kongsikan di Entry sebelum ini....

Trip pertama bersama keluarga dahulu (trip 5H4M), Mat Drat menginap :

a. Langkawi Lagoon Resort 
  • Langkawi Lagoon Resort ni terletak di kawasan Padang Maksirat.
  • 2 malam kami di sini, Mat Drat pilih kerana untuk memenuhi kriteria anak-anak.... mereka nak hotel yang ada swimming pool. Pemandangan di swimming pool cukup cantik terutamanya ketika sunset.

b. AB Motel di Pantai Cenang .
  • Dan 2 malam berikutnya pula di AB motel, memang pilih lokasi pantai cenang. Mana bilik yang available, Mat Drat sambar sahaja.
  • Ambik bilik / hotel di kawasan Pantai Cenang ni memang menyeronokkan. Pantai hanya beberapa meter dari pantai.
 
 
Trip kedua ( trip bersama rakan-rakan baru-baru ni pula), kami menginap di:
De Baron Resort Langkawi (Baron Waterfront) 
  • Terletak di Pekan Kuah. Kami pilih hotel ni bukan sahaja untuk memudahkan urusan logistik kami tetapi faktor bilik yang selesa dan harga yang berpatutan juga memainkan peranan .... maklumlah 5 malam menginap di sini dan duit poket sendiri kena keluar tu yang cari hotel yang agak murah. 
  • Nak makan juga cukup senang di kawasan sini. Ada banyak restoran di sekitar hotel De Baron ini....  nak jalan kaki ke restoram juga tiada masalah, dekat je.
  • Lagi satu, nak beli barang murah yang bebas cukai di RAMS juga senang sebab dekat. Kalau malas naik kereta, jalan kaki sahaja ke RAMS ni. Untuk yang belum tahu, RAMS merupakan salah satu pilihan membeli belah di Langkawi dengan harga murah. Boleh baca mengenai 'shopping di Langkawi' di entry Mat Drat berikutnya.
  • De Baron ni ada beberapa buah hotel / chalet di sekitar Langkawi. Jika nak tahu tawaran harga yang ada, boleh klik di sini 




Trip ke-tiga  - Edited 30.11.2018

Sempena cuti sekolah baru-baru ni, Mat Drat isteri dan anak-anak ke Langkawi.

Tapi kali ni lain sikit, kami tak naik flight atau naik feri. Sebaliknya Mat Drat bawa kereta masuk ke Langlawi dengan feri Roro. Mat Drat kongsikan pengalaman bercuti ke Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan feri Roro.

di entry link ini

Dan untuk percutian ini, Mat Drat menginap

a.
HIG Hotel n Aparment (Pekan Kuah) dan
b. 
Malibest Resort (Pantai Cenang).


MENGINAP DI MALIBEST - MEMANG BEST

Kali pertama ke Langkawi lebih 10 tahun dulu, sorang kawan suggest kpd Mat Drat..."ko try la lepak kat Malibest". Dan kali tu Mat Drat pun pilih la Malibest

Dan tiap kali ke Langkawi, Malibest adalah pilihan utama Mat Drat untuk menginap di Pantai Cenang ni. Ada kosong je, mesti Mat Drat pilih.

Kali ni nasib baik, dapat menginap di Malibest walaupun hanya dapat 2 bilik sahaja. Nak cari 3 bilik tapi dapat 2, tapi okey la sebab dapat chalet (Deluxe Family).... bilik uas dan katil pun besar...... cuma tak dapat unit sebalah menyebelah, satu bawah satu atas. Pun kira okey la...

BEST pasal menginap di Malibest kali ni sebab 
  • dapat bilik below RM200 untuk deluxe family (2 queen bed - muat 4 orang)
  • ada kolam renang. Anak-anak ni kalau tidur hotel, swimming pool tetap dicari juga walaupun kita ambil resort tepi pantai.
  • Pantai pun tak jauh dari Malibest ni....50 meter je , depan bilik. Anytime boleh ke pantai.
  • Ada lot parking private - Pantai Cenang sekarang kiri kanan penuh dengan bangunan, lot parking agak limited tepi jalan. Untung menginap di Malibest ni sebab bila waktu malam nak park, tak pening cari tempat parking sebab ada lot parking khas. Cuma kena menapak sikit la, seberang jalan je.
Nak jimat boleh tempah secara online je....macam biasa, online memudahkan dan menjimatkan .... boleh klik  Malibest Resort Online


Ni je gambar bilik Deluxe Family di Malibest yang sempat Mat Drat ambil.

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Bilik (Chalet) Family Deluxe ni memang luas. 2 katil Queen cukup selesa untuk Mat Drat yang berfamily besar.


Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Bilik air juga besar. Yang penting air laju











8. Makan di Langkawi

  • Terdapat banyak pilihan untuk makan di sini.
  • Paling senang dan banyak pilihan untuk makan adalah di kawasan Pekan Kuah dan Pantai Cenang.
  • Juga terdapat beberapa tempat special dan yang agak 'viral' di lokasi tertentu, yang perlu dikunjungi jika ke sini.
  • Harga makan di sini tidak la mahal seperti di sesetengah pulau percutian.
  • Kalau datang dalam mode "cuti budget', elakkan makan di restoran seafood dan seumpamnya. Lobster di sini bukan murah macam harga lobster di Kota Kinabalu ye.
  • Untuk senarai Tempat Makan Best di Langkawi klik di bawah


9. Tempat Menarik di Langkawi

  • Langkawi ni memang tempat tumpuan pengunjung ... dalam dan luar negeri. Sentiasa ramai.
  • Survey dulu pakej harga untuk pakej-pakej island hoping, mangrove tour dan seumpamanya.
  • Datang sini jangan lupa ke Panaromic Langkawi ( cable car). Kalau ada keberanian, boleh berjalan di jambatan gantung di puncak tu nanti.
  • Antara tarikan lain di Langkawi yang menjadi tumpuan pengungjung adalah 3D Art Museum. Cuti sekolah, nak bergambar dengan kreativiti susah sikit sebab ramai pegunjung dan masing-masing tunggu turn nak bergambar.
  • Jika datang pada musim cuti sekolah atau public holiday, jangkakan kena 'Q' panjang terutama nak naik cable car. Berjam kena beratur kecuali sanggup bayar harga untuk express lane. 
  • Untuk tiket murah, boleh juga beli secara online melalui KLOOK. Ada beberapa tiket ke destinasi tempat tumpuan boleh di beli secara online melalui KLOOK. Lebih murah dan memudahkan.


Klook.com



  • Untuk senarai Tempat Menarik di Langkawi klik di bawah. Mat Drat kongsikan dengan info seperti harga tiket, lokasi dan waktu operasi.


10. Shopping di Langkawi


  • Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai.  Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar.
  • Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamatdan rokok.
  • Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri,
  • Ada barangan mempunyai limit belian dan bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi. Limit belian adalah yang belian yang tidak dikenakan cukai. Jika membeli lebih dari yang dibenarkan, akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di Airport.
  • Antara limit belian : 
  1. Kain batik hanyaboleh beli maksimum 2 helai jika datang sehari semalam dan 6 helai jika menginap lebih 2 malam. Tak silap saya kain batik jawa (3 serangkai contohnya) ada larangan tapi tak pasti sejauh mana 'larangan'nya.
  2. Set pinggan mangkuk juga hanya dibenarkan 1 set sahaja jika datang sehari semalam. Tapi kalau menginap beberapa malam dan datang dengan ahli keluarga, tidak menjadi masalah. ( berdasarkan pengalaman)
  3. Rokok ikut kata kawan saya hanya di benarkan 2 karton sahaja. Jika menginap lebih 2 malam pula saya tak pasti maksima boleh beli.
  4. Barang lain seperti coklat dan minyak gamat tiada sekatan had limit.
  5. Di sini juga banyak dijual beg-beg luggage dengan harga cukup murah.
  • Simpan tiket feri/kapal terbang serta bil hotel/resort untuk rujukan pihak kastam bagi menentukan berapa malam kita menginap di Pulau Langkaw.
  • Saya pergi dahulu pihak kastam minta tiket flight datang dan inbois hotel tetapi kali ni, tidak diminta  apa-apa. Mungkin kerana datang seorang diri, tak banyak barang yang boleh di beli.
  • Untuk senarai Tempat Shopping Murah Langkawi klik di bawah. Mat Drat kongsikan dengan info seperti lokasi dan waktu operasi.








Lain-lain tips akan Mat Drat update sikit demi sedikit



Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Jika rasa bermanfaat untuk rakan-rakan Facebook, boleh klik butang SHARE.


Selamat Bercuti. 


~mat-drat~





Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇







56 comments:

  1. Haha.. Roro nama dia .. saya hari tu blur jap bila ada yang sebut Roro ni ada kat Langkawi.

    .
    Komen Boleh - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
  2. masa en mat pergi bulan berapa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory, terlepas pandang komen ni. Saya tulis ni selepas balik dari Langkawi bulan 11 hari tu.

      Dan saya jawab ni selepas saya pergi lagi bulan lepas (Ogos).

      tq

      Delete
  3. Nak sewa kereta di Langkawi, sila whatspp 014-3484972 / 018-4659001

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa masukkan nama dan nombor telefon di ruangan komen di "Senarai Kereta Sewa Langkawi"

      Delete
  4. Encik naik cable car x? ape kelebihan book ticket online ye? sbb kne queue jugak kan di kaunter utk redeem tiket tu..

    ReplyDelete
  5. naik. saya kesana lagi baru ni (cuti sekolah bulan Ogos), saya sampai dlm 10.30am di cable car. tak perlu beratur nak beli tiket sbb awal. Dlm sejam lepas tu, memang panjang beratur untuk beli tiket dan nak naik cable car.

    tapi kalau nak elak kena beratur panjang (kalau cuti sekolah atau public holiday), saya suggest dtg awal atau beli online tiket. Jgn lupa bawa Mykad utk harga warganegara kalau beli tiket di kaunter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde prob ke bawa baby age 1.8yrs naik cable car?TQ

      Delete
    2. tak ada masalah.... saya pi sana baru ni dgn anak 1.1 yrs.

      Delete
  6. nak tanya tuan, if kereta tinggal kt kuala perlis atau kedah, ada tmpt parking yg slmt tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pengalamana saya naik di Kuala Perlis, di kawasan jeti memang banyak tempat parking disediakan. Dan memang yang naik feri, akan park kereta di kawasan situ... berbayar dan rate ikut hari kita tinggalkan kereta.

      Delete
  7. Sy suka sgt2 blog mat drat. Tq sudi share ilmu. Nnt nak p bulan mei ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Aliah sudi singgah blog saya... Dan TQ juga suka sgt2 ☺️☺️😁

      Selamat Bercuti... Saya baru lagi pergi kesana semua, kali ni 5H4M naik feri Roro. Saje naik Roro, lagi pun Tak sanggup nak sewa MPV RM300-RM400 masa cuti sekolah baru ni... 😁😁

      Delete
  8. assalammualaikum mat drat.. nak tanya sikit..mat drat stay di malibest pilih bilik jenis yg mana ya?n untuk brp org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu bilik ada 2 Queen Bed. Jadi 2 dewasa + 2 kanak2 satu bilik. (Kalau 4 dewasa pun masih selesa).. Kalau setakat nak tidur tak ada masalah

      Delete
  9. Waalaikumussalam... Yang trip terbaru ni Mat Drat ambil 2 unit deluxe family.

    ReplyDelete
  10. terima kasih diatas perkongsian..

    ReplyDelete
  11. Sesiapa yg nk datang ke langkawi bole hubungi saya. Pelbagai pakej disediakan termasuk kereta sewa. Bole hubungi saya 013-5379297.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum nakminta pendapat klu saya daru johor nak kr langkawi better naik flight atau memandu sendiri naik feri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari JOhor rasanya flight better kot, tak 'rugi' masa. Tapi kalau masa bukan masalah, boleh juga memandu.... Cuma rasanya akan makan masa dan sedikit letih.

      Hujung thun lepas saya ke sana drive sendiri je, nak rasa bawa kereta naik feri roro... Tapi drive dari KL je

      Delete
  13. Salam . Nak tanya . Cuti LIMA tu apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam... bukan Cuti LIMA, tapi LIMA.
      LIMA = Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition

      Delete
  14. Kalau pergi dgn fmly duduk homestay ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa pun okey sbb ramai juga yang pergi Langkawi dan duduk di Homestay.

      Delete
  15. Klu dok pantai cenang nk g tasik dayang bunting camne ye?

    ReplyDelete
  16. Klu dok pantai cenang nk g tasik dayang bunting camne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan pakej melalui ejen-ejen dan operator yang ada di Pantai Cenang. Jalan-jalan di Pantai Cenang (di tepi jalan) kita boleh jumpa ejen-ejen yang promote pakej, cuma kena compare harga ye.

      Delete
  17. Perkongsian terbaik mat drat.. kemah keming ore klate kato.. bln 10 nk ke sane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah blog saya.... n enjoy your trip...

      Delete
  18. Thanks bro for ur info.. Sungguh bermanfaat pada sy dan semua..
    Question:-
    1- Boleh beri cadangan, jika bulan Dec 18 sebaiknya tarikh bila sesuai untuk kesana.??
    2- Cadang ingin memasuki melalui ferry Roro, jika van berapa rm pergi/balik.??
    Dan
    3- Boleh rekeman, homestay mana yg sesuai di pantai Chenang untuk pakej family 10 orang.?? (homestay yg berdekatan pantai)..
    Terima kasih semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Bulan 12 cuti sekolah... bagi saya semua tarikh sesuai tapi orang ramai sikit lagi-lagi minggu terakhir (Critsmas)

      Delete
    2. 2. Masuk guna feri roro... boleh baca perkongsian saya di blog ni ye, pengalaman saya guna hari tu
      https://mat-drat.blogspot.com/2018/04/feri-roro-langkawi-pengalaman-bawa-kereta.html

      Delete
    3. 3. saya tak berani nak rekemen, biasa say abaca 'review' sebelum booking hotel. Tapi mungkin perkongsian saya menginap di Pantai Chenang, boleh la jadi panduan nak pilih...

      Delete
    4. Orait thanks..
      "Langkawiiii hang tunggu sat no ceq nak maii"..

      Delete
  19. Boleh mat Drat list kan harga tiket masuk beberapa tmpat menarik di Langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya update dengan info terkini. tq untuk cadangan

      Delete
  20. Salam..

    Percutian anda lebih menarik dengan perkhidmatan kereta sewa kami..
    InsyAllah puas hati, selamat dan berpatutan..

    DALILA 011 10400994

    Boleh kunjungi blog kami di:

    http://keretasewacunpulaulangkawi.simplesite.com/
    http://keretasewacunpulaulangkawi.simplesite.com/

    ReplyDelete
  21. salam...

    cuti sekolah bulan december,sesuai x kalau nk gie pulau langkawi naik feri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai je sbb mmg ramai yg naik feri. Cuma jangkakan orang yg ramai dan barisan nak masuk tempat lawatan agak panjang... Terutama cable car

      Delete
  22. assalamualaikum...

    saya ada beberapa soalan.
    1/musim cuti sekolah bulan december 2018 , x ada masalahkan kalau kita naik feri?
    2/tiket feri sentiasa ada kan?tiket feri kita blh beli walk in?

    ReplyDelete
  23. Salam mat Drat nak tanya pasal ubatan yg kita bawa perlu ada surat doktor ke? blh x klu bawa slip ubat shj @ buku temujanji doktor tanpa bawa surat pengesaha doktor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pengalaman saya, ubat ubatan tak perlu surat doktor. saya bawa description / kotak ubat sahaja.

      Kalau keluar negara, kalau ubat kita habis dan ubat 2 ni biasanya kita akan beli di farmasi / drug store dan mungkin
      jenama yg biasa kita makan tiada. Jadi description tu bantu farmacist beri ubat yg betul.

      Harap membantu

      Delete
    2. Jawapan saya kalau utk trip ke luar negara ye...

      Delete
  24. Assalam mat drat,

    Boleh ke beli rokok seludup 2 cartons di langkawi pastu bawak balik naik flight? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam..
      Maaf, tak pernah dgr dan tak tahu pasal ni.

      Tapi kenapa perlu beli rokok seludup sedangkan rokok biasa di sana duty free.

      Delete
  25. Mat drat ,saya nak tane, dari pekan kuah kr pantai chenang tu jauh tak? So better mana lagi bagus kalau kita nk sewa hotel,resort dll..untuk ketempat trmpat mrnarik di langkawi..pantai chenang or pekan kuah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuah ke Pantai chenang dalam 30 minit. Kalau nak lama/banyak main di pantai, cari hotel di area Pantai chenang.

      Singgah baca di link https://mat-drat.blogspot.com/2018/04/percutian-ke-langkawai-tips-bercuti.html
      , trip terbaru saya ke Langkawi dengan Feri Roro

      Delete
  26. Wah ! rupanya banyak tempat-tempat menarik kat Langkawi ni. Last time pi, tak dapat naik cable car sebab Q panjang. Dah ramai beratur sebelum kaunter bukak lagi. Tak sempat merasa. Kami ubah intenari. Rugi masa percutian duk menunggu lama kat satu tempat je. So, kalau nak pi.. next time kena pilih bukan time peak session. Thanks for good tips Mat Drat👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Sayang kan pergi sana, tapi tak dpt naik.

      Delete
  27. klau bawa ahli kluarga yg brkrusi roda aktvti ape yg bleh trut srta... cable car bleh?

    ReplyDelete
  28. klau bawa ahli kluarga yg brkrusi roda aktvti ape yg bleh trut srta... cable car bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... lambat reply, terlepas pandang. Mat Drat tak sure sepatutnya tempat mcm cable car tu mesti Wheelchair friendly

      Delete
  29. masa nk sewa tu perlu tunjuk lesen atau apa ii x?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.