Friday 7 July 2017

Cetak Gambar Atas Kayu di CetaKayu

Promosi CetaKayu





Cetak Gambar atas kayu di CetaKayu

Kali ni Mat Drat nak share sikit pasal print gambar di atas kayu.... tapi bukan print atas sebarang kayu ye, ini kayu special punya.


Kemeriahan Aidilfitri masih lagi dirasaikan walaupun dan masuk minggu ke dua hari ni. Kalau hari raya pertama, kedua dan ketiga hari tu,  tak putus-putus di rakan-rakan kita kongsi gambar raya masing-masing. Macam-macam ragam dan macam-macam gaya.

Yang jarang-jarang update status pun, ambil kesempatan sempena Aidilfitri untuk upload status dengan baju raya masing-masing. Seronok juga sebenarnya lihat kawan-kawan kongsi gambar-gambar keluarga sempena Aidilfitri tu. Dapat lah berkongsi kegembiraan dan kemeriahan. Seronok tengok suasana raya di kawan-kawan. 

Bila semua dah mula bekerja, dalam minggu ni banyak pula rakan-rakan yang share gambar suasana raya di pejabat. Tak pun gambar raya open house kawan-kawan kat kota pula. 

Jadi bagi mereka yang banyak ambil gambar masa Aidilfitri tu, Mat Drat sarankan JANGAN disimpan sahaja gambar semua tu dalam handphone.  Kalau ditakdirkan hilang la handphone tu atau pun tercorrupt memory card handphone tu....memang menangislah mengenangkan gambar-gambar semua tu.

Jadi apa kata abadikan lah sekeping dua gambar yang cantik dan bermakna tu dengan print gambar tu di CetaKayu. Mat Drat share kat blog ni bukan sebab ada saham ye, cuma tolong war-warkan biz kawan.  Owner CetaKayu ni kawan Mat Drat sebenatnya. Pernah la juga kami ber'travel' 2-3 kali bersama. 

Nak cerita lebih-lebih pun tak pandai, tapi apa yang Mat Drat lihat cetakan gambar kat atas kayu ni memang akan nampak rare....lain dari yang lain. Cantik tu memang cantik la, tambahan pula kayu yang digunakan memang berkualiti. 

Setahu Mat Drat, pelanggan CetaKayu sangat berpuas hati termasuk kawan-kawan Mat Drat sendiri yang pernah buat tempahan.

Promosi Cetakayu
Ni cetakan saiz besar ye...Sesuai letak di ruangtamu rumah

Mat Drat rasa, dari kita print gambar saiz besar-besar di kedai dan letakkan di frame, lagi bagus terus print sahaja dengan CetaKayu ni. Jadi tak payah nak pening-pening nak beli frame yang cantik sebab kayu tu sendiri dah jadi frame. Cantik pulak tu.

Kat bawah ni Mat Drat letak beberapa gambar pelanggan dengan hasil CetaKayu. Gambar-gambar ni dikongsikan oleh kawan Mat Drat sendiri, kalau perasan ada muka yang macam familiar je tu..... betullah tekaan tu. 😊

Dan juga video dari pelanggan CetaKayu sendiri...Kira macam testimoni la... 😍😍







Promosi CetakayuPromosi Cetakayu













Harga Cetakan

Mat Drat tolong promotekan di blog ni sebab CetaKayu ada buat promosi sempena Aidilfitri 2017. Memang berbaloi buat tempahan sempena #promoraya2017 sebab harganya lebih murah dari harga sebelum ini.


Untuk #promoraya2017, harga yang ditawarkan hanyalah RM 100 untuk 2 saiz cetakan iaitu 1 cetakan bersaiz 1 X 2 kaki dan 1 cetakan bersaiz A4.

Saiz 1 x 2 Kaki dan Sazi A4


Kalau harga biasa (boleh rujuk jadual di bawah), harga untuk saiz 1 X 2 kaki sahaja dah RM 90, manakala harga untuk saiz A4 pula RM 35. Tu tak termasuk kos postage lagi. 


Tapi kalau order sempena #promoraya2017 ni, kos postage ditanggung oleh CetaKayu (semenanjung sahaja), tapi untuk Sabah Sarawak ada tambahan kos postage RM 15 ye.


Harga Cetakan CetaKayu


Cara Tempahan / Order

Cara nak buat tempahan Mat Drat share semula apa yang kawan Mat Drat ni WhatsApp kepada Mat Drat. Jadi follow sahaja step yang diberikan, jangan pula email atau komen di sini ye untuk buat tempahan. Mat Drat tak ambil order atau tempahan ye.

Ini steps untuk buat tempahan :
  1. Emelkan ke cetakayu@gmail.com
  2. Letakkan tajuk emel #promoraya2017
  3. Tunggu reply pihak CetaKayu beserta inbois
  4. Jika bersetuju, buat bayaran ( arahan bayaran seperti di inbois)
  5. Maklumkan CetaKayu bayaran telah dibuat. 
  6. CetaKayu akan berikan nombor "booking"
  7. Emelkan gambar beserta nombor booking, detail penerima dan alamat.
  8. Tunggu cetakan sampai.


Akhir sekali, Mat Drat sampaikan pesanan kawan Mat Drat ni masa jumpa dia beberapa hari sebelum Aidilfitri baru-baru ni ..... 
"Jangan Simpan Sahaja Gambar Raya Anda di Handphone!!!




Jadi, print lah di CetaKayu... Kalau berpuas hati, boleh lah bagi tahu kawan-kawan. 


~Mat Drat~

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.