Monday 10 July 2017

Honestbee Di Malaysia

Published originally on 10.03.2017


Honestbee Malaysia
Sebahagian  'bee' dalam keluarga Honestbee

Honestbee merupakan sebuah syarikat yang menawarkan portal membeli belah barangan runcit secara dalam talian. Honestbee ini sebenarnya sedang berkembang pesat di Asia dimana ia telah pun memasuki beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Filipina, Indonesia dan juga Thailand.

Bagi yang belum mengenali Honestbee atau baru mendengar namanya, Honestbee merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Singapura dan menawarkan perkhidmatan membeli belah untuk barangan runcit di beberapa rakan prniagaan runcit terkemuka. Syarikat ini diasaskan oleh tiga orang jejaka pada Dec 2014 dan kini terus berkembang pesat.


Perkhidmatan portal beli-belah Honestbee ini telah pun dilancarkan secara rasmi di Publika Sri Hartamas baru-baru ini dan menjadikan Malaysia sebagai negara ke-lapan yang dimasuki oleh Honestbee. Saya turut di jemput untuk memeriahkan majlis pelancaran tersebut yang turut dihadiri oleh Pengasas bersama Honestbee iaitu Joel Ng. 

Sebenarnya, seminggu sebelum majlis pelancaran ini saya bersama 2 orang rakan telah terserempak dengan beberapa orang pekerja Honestbee ini di Publika sewaktu mereka sedang memasukkan barangan runcit ke dalam 'beg courier' mereka. Selalu juga kami minum di Chawan Publika tapi kali ni tertarik dengan beberapa orang yang memakai baju kuning yang cukup mencuri tumpuan mata kami. Apabila salah seorang rakan saya bertanya "Apa benda Honestbee ni?" Dengan confidentnya saya jawab waktu tu " Syarikat provide service hantar barang makanan kot...sebab box dia besar je kat belakang motor tu". Rupa-rupanya jawapan saya itu walaupun hanya serkap jarang, tetapi betul rupanya.


Okey... berbalik kepada majlis pelancaran itu.... Mr Joel Ng mengatakan dengan kehadiran mereka di pasaran Malaysia sedikit sebanyak telah membuka ruang pekerjaan kepada orang ramai di sekitar 'hub' mereka. Buat masa ini, hub mereka adalah di Dutamas. Apa yang saya agak tertarik adalah, peluang pekerjaan yang ditawarkan cukup fleksible dan banyak peluang pekerjaan part-time akan ditawarkan. Sedikit sebanyak para pelajar atau pun suri rumah dapatlah menambah sedikit pendapatan mereka.


Honestbee Malaysia ini telah bekerjasama dengan lebih 10 rakan perniagaan runcit terkemuka termasuk rakan kongsi utama, Ben’s Independent Grocer (B.I.G.). Perniagaan lain termasuk kedai khusus seperti Shojikiya, Fareastflora.com, Cat & The Fiddle, Southern Rock Seafood, Castania Nut Boutique, Vom Fass, The Blue Cow Butcher, La Juiceria, Wondermilk, Cookie Box, GNC, Real Food dan Chai Huat Hin serta peruncit makanan segar dari ladang, Jezripe.


Teringat saya sewaktu majlis pelancaran tersebut, buah-buahan yang di sajikan oleh Jezripe sangat segar. Sangat....sangat segar ye. Rasanya tak pernah saya membeli buahan sesegar ini di mana-mana pasar raya. 


Masa makan buah-buah yang disajikan, teringat saat kami makan buah-buah segar sewaktu trip percutian saya dan isteri ke Gold Coast dan ke Baarcelona dahulu.

Satu lagi rakan perniagaan yang ada pada waktu itu adalah Southern Rock Seafood. Southern Rock Seafood ini merupakan perniagana yang menawarkan ikan-ikan dan seafood yang segar.Dijamin segar. Saya tengok hari tu pun, memang segar-segar ikan-ikan yang dibawa.


Sedikit gambar sewaktu majlis pelancaran tempoh hari:


Pelacaran Honestbee Malaysia
Pelacaran Honestbee Malaysia 

Honestbee Malaysia Pelancaran
Pelacaran Honestbee Malaysia 



Pelacaran Honestbee Malaysia Jezripe
 Jezripe dengan sajian buah-buahan segar
Honestbee Malaysia Pelancaran
 Jezripe dengan sajian buah-buahan segar

Honestbee Malaysia Pelancaran
Contoh packing untuk buah-buahan dari Jezripe

Honestbee Malaysia Pelancaran
Fresh seafood dari Sothern Rock Seafood

Honestbee Malaysia Pelancaran
Fresh seafood dari Sothern Rock Seafood


Honestbee Malaysia Pelancaran
Fresh seafood dari Sothern Rock Seafood


Ambil peluang ini untuk merasai pengalaman membeli belah barangan runcit secara senang tanpa perlu pening kepala dengan kesesakan jalan raya dan pening mencari parking di shopping complex.

Sebenarnya Honestbee ini memberikan banyak kesenangan dalam kehidupan kita. Contohnya anda sibuk dan terpaksa balik dari pejabat agak lewat, jadi anda boleh buat pembelian dari pejabat dan terima penghantaran pesanan barangan apabila sampai di rumah. 

Jika hari cuti pula anda ingin berehat-rehat sahaja di rumah, anda boleh membuat pembelian baranagn runcit dari rumah sambil menonton tv atau sambil bergolek di atas katil. Kan senang.

Atauanda berada di luar kawasan, dan ingin sesuatu untuk dihantar kepada orang di rumah anda / atau rumah ibubapa anda atau rumah sesiapa sahaja, anda boleh buat pesanan dari jauh dan mereka terima barang yang anda pesan tanpa merunsingkan anda yang mereka akan terputus bekalan makanan runcit.


Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman baru membeli belah secara online untuk baranagn runcit, saya sediakan voucher bernilai RM 30.  V

BEE30

Kod promo ini boleh diguanakan dengan syarat :
- hanya boleh digunakan sekali bagi pelanggan baru 
- belian minima yang diperlukan adalah RM 150. 
- boleh diguankan sehingga 31 May 2017



Bagaimana proses membeli belah di Honestbee ?? 
Senang sahaja...semuanya didalam 3 langkah sahaja. Klik laman web Honestbee di SINI dan ikut 3 langkah berikut :


1. Anda membuat tempahan dari kedai pilihan anda

Kemudian

2. Pekerja Honestbee (lebih tepatnya shopper) akan 
memilih barangan di kedai tersebut sendiri

Kemudian

3. Barangan akan di hantar kepada anda.



Pekerja Honestbee ( concierge shopper) akan ke kedai pilihan anda dan akan memilih barangan yang anda inginkan. Mereka telah dilatih untuk memilih barangan yang terbaik untuk kepuasan pelanggan. Lagi pun kebanyak mereka adalah suri rumah yang biasa membeli belah barangan runcit.

Shoper sedang membeli barangan

Penghantaran kepada pelanggan


Dan buat masa ini, Honestbee Malaysia turut mengadakan promosi Kos Penghantaran RM 1 untuk setiap kali penghantaran. Jadi rebut peluang ini kerana promosi ini ditawarkan sehingga 14 Mac 2017.




~mat-drat~




No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.