Wednesday 21 February 2018

Urban Farming Komuniti Presint 9 Putrajaya



Pertanian Bandar Putrajaya

Dalam siri lawatan Road To Agro Tourism Siri 3 baru-baru ini bersama Malaysia Tourism Council (MTC) turut singgah ke komuniti Presint 9 Putrajaya untuk melihat projek Pertanian Bandar / Urban Farming di sini.

Pertanian bandar ini merupakan satu usaha yang cukup bermanfaat oleh penduduk setempat di sini dengan memanfaatkan tanah kosong yang ada. 

Program Putrajaya Urban Farming ini merupakan satu projek smart partnership diantara Perbadanan Putrajaya (PPj), Malaysia Agriculture Research  and Development  (MARDI) dan Koperasi Komuniti Penduduk Putrajaya Berhad.


Berikut sedikit gambar tanaman yang mereka  (penduduk Presint 9) yang telah mereka usahakan...







Di sini juga ditempatkan pilot projek bagi pelajar Uitm dalam mempermodenkan pertanian.


Pelajar sedang menerangkan robot yang sedang mereka bangunkan

Demonstrasi meracun pokok tanaman

Tanaman tumbuh cukup segar.. dijaga rapi


Pada hari ini juga, satu program di adakan untuk memberikan pendidikan dan tunjuk ajar kepada penduduk setempat serta juga kepada pelajar. Seramai lebih kurang 30 orang pelajar pendidikan khasa dari Sekolah Menengah Presint 9 turut hadir.




Taklimat kepada para peserta (penduduk dan pelajar)




Sessi menyemai pokok lada

Para pelajar tekun mendengar taklimat dari bro 'Nature Guide' 




~Mat Drat~

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.